Ketika menyiapkan Ebook Seni Adwords, saya ada terperasaan produk baru yang dilarang di Google Adwords. Ia seolah olah ditujukan kepada CPA offer. Antara larangannya ialan Information Harvesting…
Examples of prohibited websites:
- Websites that offer a free gift in exchange for personal information
- Websites that request personal information to get the results of a survey or quiz
Examples of acceptable websites:
- Websites that request personal information for legitimate lead generation or business purposes
Google Adwords mempunyai terma yang kadang kala yang samar samar. Kadang kala disalah gunakan oleh staf mereka untuk menutup akaun pengiklan sedangkan terma mereka agak kabur. Program yang diterima dan dilarang adalah hampir sama.
Ini yang mengelirukan pengiklan. Ramai yang diban akibat kesalahan yang mengelirukan ini. Apa yang jelik tentang Google ini, mereka tidak akan melayan sebarang pertanyaan orang yang diban. Anda boleh bertanya ketika akaun anda masih aktif. Jika akaun diban, email anda langsung tidak akan dilayan terutamanya jika anda bertanya kenapa anda diban sedangkan tiada kesalahan yang anda buat.
Pada minggu ini, beberapa pelanggan PanduanAdwords.com mengadu akaun mereka diban oleh Google. Saya memang tak boleh buat apa sebenarnya. Inilah kelemahan sistem ban Google. Lebih lebih lagi Google support tiada di Malaysia. Yang ada hanya di Singapore.
Apa yang boleh dibuat untuk bertanya kepada Google Adwords Support adalah menerusi:
https://adwords.google.com/support/bin/request.py
Anda boleh rujuka Content Guideline yang diberikan oleh Google ini.
https://adwords.google.com/support/aw/bin/static.py?hl=en&guide=28435&page=guide.cs
Jika boleh, email kepada mereka adakah produk yang anda iklan tersebut dibenarkan atau tidak kepada Google Support terlebih dahulu. Jika tidak, akibatnya akaun anda akaun ditutup. Jika anda cuba membuka akaun lain, Google mengesannya, duit pendahuluan anda sebanyak RM20 akan hangus dan akaun tersebut ditutup secara automatik.
Susah betul dengan Adwords ni. Kadang kadang saya pun pening dengan karenah mereka ni. Banyak pertanyaan daripada pelanggan saya berkenaan pelbagai perkara. Ramai yang guna Adwords tanpa merujuk kepada terma terlebih dahulu. Bila dah kena ban, ada kalanya saya dipersalahkan dan meminta refund. Pening kepala…. Cabaran buat produk teknikal…