Apakah Nasib Usahawan Sekarang?

Apabila PM mengumumkan kenaikan minyak secara mengejut baru baru ini. Ramai orang mengeluh terutamanya para usahawan. Ini adalah kerana mereka tidak dibenarkan menaikkan harga barangan mereka walaupun mereka terpaksa menanggung kos yang semakin meningkat terutamanya pengankutan.

Syarikat pengangkutan adalah yang terpaksa bertahan walaupun kerajaan ada mengatakan mereka mempunyai sabsidi tetapi hanya 40% sahaja yang mempunyai fleet card yang layak menerima sudsidi tersebut. Tun Dr.Mahathir ada mempertikaikan kenapa usahawan perlu menjadi “badan kebajikan” apabila kerajaan melarang mereka menaikkan harga.

Bas yang saya tempah bagi rombongan perkahwinan saya pun dah naikkan harga RM200. Saya sememang dah agak dan bersedia dengan sedikit bajet kontigensi bagi menghadapi perkara sebegini. Pada asalnya hanya Rm1800 kini dah jadi RM2000 bagi charted bas.Malah ada syarikat yang menaikkan sehingga RM400. Saya nasib baik kerana telah menempah lama. Jika tak,banyak tu jugak saya kena bayar kot.

Mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan mula mencongak bajet mereka sekarang. Sebagai usahawan apa yang boleh saya buat ialah mempelbagaikan lagi sumber pendapatan. Tambahan beberapa ratus ringgit dapat menyelesaikan banyak masalah.

Ketika masa ini, pasti ramai usahawan yang akan gulung tikar jika tidak dapat menyerap kenaikan harga minyak dan barang sekarang. Malah dalam berita tadi pun, di Perak telah pun kekurangan bekalan tepung protein tinggi bagi pembuatan roti. Saya pasti ia angkara pemborong/pengimport lagi untuk menaikan harga barangan kawalan tersebut.

Bagi pengawai kerajaan yang bergaji bawah RM1000 pasti sangat terdesak ketika ini. Dengan gaji sebanyak itu,ia hanya memadai untuk membayar kereta dan juga minyak je. Itu belum masuk lampin anak,makan minum suami isteri. Jadi apa tindakan kerajaan untuk membantu. Sekarang ada cadangan untuk buat 2 kali gaji. Lagi nazak kerana ia lebih sukar untuk membuat bajet belanja. Nanti ada pulak anak bini tak makan sebab takde duit.

Pendapatan isi rumah di Malaysia bukan la tinggi sangat. Jangan dibandingkan dengan negara maju. Memang tak mampu terlawannya. Kenaikan mendadak 40% adalah tinggi. Jika negara lain,kenaikan hanya 10% sahaja. Sekarang subsidi telah ditikarkan kepada rebat tunai. Tapi ia hanya penyelesaian sementara sahaja kerana tiap hari kena beli minyak isi kat kereta dan ianya cukup untuk setengah bulan je. Jadi minyak lagi 11.5 bulan lagi macamana?

Saya dah siapkan satu biz plan baru bagi membuka bisnes baru khas untuk saya selepas kawin nanti. Harap ia berjaya. Saya akan siapkan beberapa bisnes plan lagi kot. Saya akan pilih nanti yang terbaik dan dirasakan ada potensi untuk maju.

Susah jadi usahawan.. Tapi ia menyeronokkan! 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments 2

  1. irwan.dahnil June 17, 2008
  2. titan June 22, 2008

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.