Buat Duit Dengan Amazon: Aku Dapat Sales Dari Amazon

Bila tengok rohaizad buat post tentang buat duit dengan Amazon, apa lagi. Saya terus login akaun Amazon Affiliate dan tengok…Wah…Ada 2 sales!!

Tak pernah-pernah dapat sales daripada Amazon sebelum ini. Serius. Tengok ni..

Komisen Amazon

Komisen Amazon

Walaupun komisen hanya USD0.80, yang penting ialah saya berjaya buat sales menerusi Amazon walaupun saya tak melakukan sebarang kempen promosi secara agresif. Memang tak sangka sebab akaun Amazon Associate ini sudah berusia 4 tahun tetapi belum berjaya membuat sebarang sales.

Akhirnya bila buat blog berkonsepkan games. Ia adalah laman khas untuk review games. Contentnya pula main cedok daripada laman web orang lain skit-skit..

Saya dah makin semangat skit nak serius dalam promosi laman web promosikan produk amazon ini. Seronok pula rasanya.

Bagaimana Nak Buat Duit Dengan Amazon?

Senang je. Anda ke laman web Amazon dan terus ke bawah laman webnya untuk mendaftarkan akaun Amazon Associates. Malah sekarang ni, Blogger.com juga mempunyai tools yang bersepadu dengan dengan Amazon. Ini memudahkan anda untuk membuat duit dengan Amazon.

amazon associates

amazon associates

Anda boleh menghasillan niche blog yang membincangkan tentang satu topik sahaja. Contohnya mengenai golf. Anda boleh masukkan juga produk Amazon bersama dengan Google Adsense. Lupa pulak. Amazon boleh digunakan bersama dengan Google Adsense. Memang digalakkan untuk mengabungkan laman web Adsense bersama dengan Amazon kerana ia boleh memberikan nilai tambah kepada laman web anda. Yang yang penting, duit tambahan daripada blog anda.

Saya dah makin semangat ni nak promote laman web saya tu. Sebelum ini saya buat dan tinggal je. Tak sangka pula ada jualan yang dihasilkan daripadanya. Syok!!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 6

  1. rohaizad June 30, 2011
  2. sham June 30, 2011
  3. alamonline July 11, 2011
  4. sham July 11, 2011
  5. khairul January 8, 2014
  6. sham January 10, 2014

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.