Cari Duit dan Buat Duit Online


Cari duit online atau buat duit online adakah ia satu mitos atau hanya angan angan kosong? Bagi saya tidak. Tetapi anda perlu tahu apa yang anda buat. Jangan hanya mengikut kata orang bak kata pepatah “ukur baju badan sendiri”. Ada sesetengah orang tak berkemampuan untuk buat duit di internet. Kalo nak promote skim cepat kaya,pelaburan yang jenis duduk diam dapat duit tu boleh la.

Tetapi halal kah cara begitu? Langkah pertama untuk anda memulakan perniagaan internet ialah membeli di internet. Jika anda sendiri tak pernah membeli sesuatu di internet. Jangan mimpi la jika anda ingin buat duit di internet. Ini adalah kerana perniagaan internet adalah berkenaan dengan kredibiliti dan kepercayaan. Ini adalah kerana anda perlu memberikan duit anda tanpa melihat sendiri produk berkenaan.

Jika ada orang bertanya kepada saya, bagaimana untuk berniaga kat internet? Saya akan tanya balik… Pernah tak beli pape kat internet? Kalo tak pernah, saya akan suruh dia beli dulu. Sebabnya? Anda belajar untuk percaya kepada usahawan tersebut. Jika anda percaya, orang pun boleh percayakan anda!

Sebab lain ialah untuk membiasakan diri anda tentang perjalanan transaksi online. Ia berlainan dengan jual beli biasa. Jika di kedai,kita akan terus mendapat produk yang kita hendak. Namun, pembelian online…anda perlu tunggu samada produk tersebut dihantar menerusi email atau pos kepada anda. Ada orang beranggapan penantian itu satu penyeksaan. Terima lah hakikat. Itulah sebenarnya perniagaan internet. Anda tidak akan mendapat produk anda segera. Ia memerlukan masa untuk mendapatnya.

Jangan terlalu teruja dengan janji manis yang kononnya anda boleh mendapat sekian duit setelah menjual sekian banyak produk. Secara teori, ia boleh dilakukan. Dunia sebenar jauh berbeza. Saya bermula dalam perniagaan internet sejak tahun 2004. Sumber rujukan sangat terhad. Apa yang perlu dilakukan ialah belajar sendiri. Kini dah banyak sumber dah.

Untuk menjual 2000 unit ebook pun saya mengambil masa hampir 2 tahun. Dengan pelbagai karenah pelanggan yang dihadapi. Inikan pula produk berbentuk iklan. Usahawan hari ini sendiri masih belum sedar akan potensi iklan. Inikan pula anda disuruh jual iklan. Saya menulis ebook siri Pengiklanan adalah semata mata untuk memberi pendedahan. Namun, ia masih sukar untuk menembusi minda para usahawan. Itu adalah matlamat jangka masa panjang saya. Ada perancangan lain untuk ebook siri pengiklanan.

Perniagaan internet secara teori adalah mudah. Ala apa yang nak susah kan…Jual je.. Tetapi bila anda mula menjual, ada tak orang beli? Itulah yang banyak terjadi kepada usahawan internet baru. Nasihat saya, mulakan dengan branding atau penjenamaan. Jenamakan nama anda. Tempatkan nama anda dikalangan senarai usahawan internet yang disegani. Biar orang respek anda dan menganggap anda seorang pakar dalam bidang tertentu.

Anda perlu jadi “champion” dalam bidang perniagaan yang anda buat. Jika anda jual ebook…jadi juara dalam penjualan ebook. Jangan orang memandang anda sebagai orang yang tidak berkelayakan. Saya mempunyai ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat. Mungkin ia satu tambah nilai yang baik untuk saya. Anda bagaimana? Apakah kelayakan yang anda ada? Kelayakan tidak penting dalam perniagaan internet sebenarnya. Jika anda seorang pelajar pun masih boleh memulakan dan berjaya dalam perniagaan internet. Contoh terbaik ialah Adik Labanon yang baru sahaja abis SPM telah mempunyai pendapatan 5 angka sebulan. Tak rasa tercabar ke? 🙂

Apa yang perlu anda buat ialah belajar dari mereka yang berjaya. Ikut cara mereka. Disamping itu bina kenyakinan orang terhadap anda. Inilah bahagian yang paling sukar. Jangan ingat ia senang. Saya bukan lah pakar dalam bidang perniagaan internet. Tetapi ramai orang yang beranggapan saya adalah pakar walaupun saya merasakan saya belum layak. Apabila orang percayakan kita, apa sahaja title akan kita perolehi.

Perkara lain ialah kejujuran. Anda perlu jujur. Jika ada pelanggan anda terbayar lebih, pulangkan kembali. Ia secara tidak langsung, anda akan mendapat seorang pelanggan tetap buat selama lamanya. Kebanyakan pembeli ebook Rahsia Penulis Ebook saya adalah dari pelanggan Ebook Panduan Raja Adsense. Kenapa? Sebab mereka berpuas hati dengan apa yang mereka dapat. Mereka tidak teragak agak untuk menjadi pembeli tetap produk anda tidak kiralah apa sahaja yang anda jual.

Diharap post saya yang tak seberapa panjang ini dapat memberi sedikit manfaat kepada anda. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. titan April 25, 2008
  2. kasimo June 26, 2008
  3. Kerja Kosong Kat Google January 7, 2009
  4. jawatan kosong July 2, 2009

Leave a Reply

error: Content is protected !!