Francais Bisnes Burger, Baguskah?


Ketika ini MAHA 2014 sedang berlangsung di MAEPS, Serdang. Ramai juga rakan-rakan saya yang membuka booth mereka di sana. Ada yang jual kopi untuk kesihatan, ada yang jual minyak sapu herba dan banyak lagi. Setakat ni saya belum pernah ke MAHA, mungkin suatu hari nanti kot. Kembali kepada topik..

Francais Bisnes Burger, Baguskah?

Sekarang ini semakin banyak program francais bisnes burger antaranya Otai Burger, Hot Burger dan banyak lagi. Mereka menawarkan peluang untuk orang berbisnes dengan jenama mereka. Persoalannya baguskan bisnes sedemikian? Ini hanya pendapat saya, bukan pendapat profesional dalam bidang bisnes burger.

RM50,000 hanya untuk membuka sebuah gerai burger francais! Mahai gilo! Yes. Jika dibandingkan antara francaisor dan francaisee, yang mana akan kaya dulu? Itu saya serahkan kepada  anda yang bijaksana untuk berfikir dan menilai.

hot-burger-francais

 

Contoh Yuran Francais Bisnes Burger Francais

Ini adalah antara yuran francais gerai burger tepi jalan. Kalau saya, rasanya dah boleh buka 7 atau 8 gerai burger dengan jenama kita sendiri dengan modal sebanyak itu.  Kebiasaanya, setiap francaisee perlu mendapatkan bahan mentah daripada francaisor mereka sahaja. Itu adalah antara syarat mendapatkan lesen francais.

Daripada apa yang saya belajar, bisnes terbaik ialah bisnes yang tidak akan membebankan jika dimulakannya. Kalau modal RM50K hanya untuk satu kiosk, jika di bandar kecil mungkin tidak sesuai. Jika di bandar besar seperti KL, JB atau P.Pinang, yang harga burger Rm5-6 sebiji, mungkin boleh survive. Untuk mendapatkan RM50K, pasti ada yang membuat pinjaman untuk memulakan bisnes ini.

Ada francais yang mensyaratkan modal yang lebih tinggi. Jika gagal, pasti yang bakal menanggung beban hutang. Pada saya, bisnes burger tidak lah sebesar mana kosnya. Yang menjadikannya mahal ialah untuk bayar royalti artis yang menjadi dutanya. Kalau diikutkan, burger hanya mengandungi roti, patty,sos dan sayuran.

Dengan adanya sistem francais, francaisor dapat buat duit menerusi lesen francaisor yang perlu dibayar secara bulanan atau tahunan dan juga jualan bahan mentah kepada francaisee yang pastinya lebih mahal berbanding harga pasaran. Bagaimana untuk peniaga kecil kecilan yang baru bermula nak survive?

Burger yang mahal agak sukar dijual. Jadi jual burger murah? Tapi bahan mentahnya mahal, bagaimana pula nak jual murah sedangkan setiap bulan perlu membayar yuran francais?

Walau bagaimanapun saya suka dengan cara ROTI BOCEY. Ia bukan francais malah kosnya juga tidak mahal. Sebagai orang yang terlibat dalam bidang bakery, saya sememang tahu akan pasaran bisnes roti ini.

Bukan Saya Melarang Untuk Berniaga, cuma perlu buat kira-kira terlebih dahulu sebelum mula.

Bisnes akan menarik masa dan tenaga anda. Andainya ia tidak membawa pulangan yang setimpal, buat sakit badan je. Pendirian saya, bisnes yang terbaik tetap bisnes yang tak memiskin kita jika gagal. Modalnya hanya dalam sekitar bawah RM5K. Andainya RM50k, anda gagal membayar hutang. Anda boleh diistiharkan sebagai muflis. Itu bahana yang menjejaskan masa hadapan anda.

Andainya sistem francais berkenaan mempunyai sistem pengurusan dan sistem pengedaran yang bagus, anda boleh mempertimbangkannya. Kebanyakan francais bisnes burger ini berbentuk bisnes jalanan, mampukah anda “hidup” dengan tekanan yuran dan kos bahan mentah?

Antara faktor lain ialah lokasi dan juga persaingan daripada bisnes burger lain. Jika lokasi yang strategik, mungkin akan boleh hidup dengan mewah dengan jualan yang tinggi. Jika lokasinya, tiada orang atau tiada orang membeli. Ia satu masalah besar kepada peniaga burger. Silap silap bergaduh dengan peniaga burger lain.

Atau anda boleh memulakan jenama burger anda sendiri. Anda boleh belajar untuk buat daging burger anda sendiri dan memulakan jaringan bisnes burger anda sendiri. Anda yang menjadi ikonnya. Saya rasa itulah lebih baik.

Pilihan ditangan anda untuk menentukan bisnes anda. Adakah jenama membantu jualan? Atau Rasa yang membantu jualan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. dinsblog December 14, 2014
  2. sham December 15, 2014

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.