Jumlah Peratus Telco makan dari Bisnes SMS


Saya tertarik dari komen dari system failure. Saya rasakan beliau melakukan langkah bijak untuk iklan di majalah dan bukan surat khabar. Ini adalah kerana respon di majalah berkali ganda berbanding iklan di surat khabar. Yang buat sms tu tak kira la guna sms gateway mana sekalipun, utamakan iklan di majalah. Ia berbaloi. 🙂

Berkenaan jumlah sebenar telco ambik ialah :

Maxis = 42%
Celcom = 54%
Digi = 30%+7 sen

Daripada caj sms yang dikenakan.Jika caj, RM1 tolak la peratus tersebut. IA ADALAH SAMA, TIDAK KIRA GATEWAY Mana yang anda guna. Itu tak kira dari bahagian yang gateway ambil.Ia bergantung kepada perjanjian dengan gateway la. Ada yang 60-40,65-35,70-30,80-20 atau 90-10.Jarang sms gateway tak ambik skit keuntungan trafik. Ini adalah kerana mereka perlu bayar line tiap tiap bulan.

Saya dah tengok bagaimana sistem I-Go Mobile kepunyaan MIRSB tu. Secara peribadi saya rasakan ia sangat bagus dan powerful tetapi usahawan tiada kebebasan untuk membuat apa yang mereka mahukan. Dengan bahasa senangnya, tak leh buat customization pada sistem untuk menyesuaikan keperluan organisasi mereka. Itu kelemahan sistem berkenaan.

Pengguna sistem berkenaan kena guna content yang disediakan seperti waktu solat & etc. Jadi ia akan menjadi agak terbatas dan minda pemikiran pun akan jadi terbatas sebab mereka terpaksa guna apa yang ada sahaja. Sebab itulah yang jadi contest sepesen je kat surat khabar. Saya rasa mereka rugi walaupun harian metro ramai pembaca,tetapi respon tetap kurang. Kalo majalah ok la..

Tentang report traffic, biasanya sistem akan simpan rekod untuk 3 bulan terbaru sahaja. Yang lama dia akan”flush” keluar. Jadi anda kena rekodkan sendiri setiap bulan dan buat anggaran keuntungan/kerugian anda. Dari situ anda boleh kuiri jika anda tidak berpuas hati dengan pendapatan anda dengan menunjukkan bukti traffic anda.

Anda boleh laporkan kepada SMS Gateway, kalo mereka berdolak dalik..Laporkan kepada Tribunal Pengguna/MCMC untuk tidakan lanjut. Masalah payment biasanya berlaku kat bahagian telco dan gateway. Jika gateway anda tidak jujur, mereka akan curi skit pendapatan sms tersebut tanpa anda tahu. Sebab itulah, penting untuk anda rekodkan traffic sms anda setiap bulan.

Jadi pilih gateway yang mempunyai track rekod yang baik. Ia sangat penting agar nasib anda terjaga termasuk la dari segi teknikal. Ini adalah asas utama dalam perniagaan sms. Anda akan rugi seruginya jika anda silap langkah. Sebab itulah buat kajian terlebih dahulu.

Harap ini dapat memberi sedikit maklumat kepada mereka yang terlibat dalam perniagaan sms. System failure, saya dah cuba jawap sedikit sebanyak persoalan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. titan April 29, 2008

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.