≡ Menu

Kaedah Pengiraan Kos Pos Laju Mengunakan Kaedah Matriks

Sebelum ini saya ada menunjukkan kaedah pengiraan pos mengunakan kaedah berat. Jika kotak anda melebihi 30cm, kaedah matriks akan digunakan. Apabila kaedah ini digunakan kos penghantaran akan meningkat berbanding dengan kaedah timbangan berat. Mereka akan mengikut kaedah manakah yang tertinggi. Jika kaedah matriks lebih mahal, maka kaedah tersebut akan diambil kira. Jika kaedah timbangan berat lebih tinggi, maka pengiraan timbang berat akan diambil kira.

Kaedah Timbang Berat

Kaedah ini saya telahpun menerangkan dalam pos Cara Pengiraan Kos Penghantaran di Malaysia sebelum ini mengunakan kaedah timbang berat. Jika kotak anda besar, kaedah matriks akan digunakan.

Kaedah Pengiraan Matriks

Dengan mengunakan kaedah ini, tinggi, panjang dan lebar kotak akan diukur. Jika kotak anda melebihi 30cm, kaedah matriks akan digunakan untuk menentukan kos pos. Namun, jika kaedah timbangan lebih tinggi. Kaedah timbangan akan dipilih dan dicaj kepada anda.

Contoh pengiraan:

Tinggi = 24cm

Lebar = 22cm

Panjang = 33cm

Formula yang digunakan:

(Panjang x Lebar x Tinggi)/6000

(33 x 22 x 24)/6000 = 2.904

Berat pakejing yang baru ialah 2.904kg. Berat yang diperoleh ini akan dimasukkan dalam penggiraan berat di laman web pos malaysia.

pos laju matriks

Pengiraan pos laju kaedah matriks

Kemudian seperti kaedah timbangan. Surcaj , handling dan GST akan dikenakan iaitu keseluruhan 26% daripada kos diatas.

Jadi,

RM18 x 0.26 = 4.68

Jadi kos penghantaran pula ialah = RM18+4.68 = RM22.68

Lebih kurang macam tulah apabila kaedah matriks digunakan. Mereka akan compare kaedah manakah yang lebih menguntungkan Pos Malaysia dan mereka akan kenakan caj yang paling tinggi. Mereka ada jadual pengiraan ini. Tetapi ia tidak diberikan kepada pelanggan mereka.

Kaedah Matriks ini biasanya digunakan di Pusat Pos Laju. Jika di pejabat pos biasa, rasanya masih mengunakan kaedah timbangan. Saya tak pasti samada ia sudah ditukar atau tidak sekarang ini sebab kami mengunakan perkhidmatan di Pusat Pos Laju kerana ada akaun dengan Pos laju. Mereka ada perkhidmatan pick up daripada rumah.

Jangan lupa untuk merujuk pos kami sebelum ini tentang kos penghantaran di Malaysia. Semoga ia membantu anda dalam mengira kos pos produk anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • harga pos laju mengikut berat
  • harga poslaju mengikut berat
  • www pengiraankos
  • senarai harga pos laju mengikut berat
  • senarai harga poslaju mengikut berat
  • senarai harga pos laju
  • kiraan pos laju
  • pengiraan berat poslaju
  • harga timbang pos laju
  • harga timbangan pos laju

{ 2 comments… add one }

  • rashidi June 23, 2012, 4:33 pm

    saya nak bertanya kan berapa kos penghantaran baja sawit ke sabah mengunakan 20kaki punya kontena,kuantiti dalam 20tan matrik

  • sham June 25, 2012, 8:58 am

    Ini kena tanya syarikat kapal la ni. bukan boleh pos 20 tan.

Leave a Comment