Perkara Yang Perlu Anda Tahu Jika Ingin Menyertai Program Francaisor


Artikel kali ini saya perolehi daripada nota bisnes puan ainon. Ia berkenaan bisnes francaisor. Ini adalah nota daripada guru saya iaitu Puan Ainon dalam Ainon Business School.

Banyak orang muda yang baru keluar universiti, yang belum apa-apa, tetapi mereka sudah berfikir mahu membuka ‘kedai’ fizikal.

Apabila berfikir hendak memulakan bisnes, perkara pertama yang melintas dalam fikiran mereka:

+ “Nak jual apa?”
+ “Nak buka kedai apa?”

Disebabkan mereka tidak mempunyai idea hendak menjual apa dan hendak membuka kedai macam apa, maka jawapan yang paling cepat masuk ke dalam fikiran mereka adalah membuka kedai francais.

.

Sampai hari ini, masih banyak orang Melayu yang menyamakan ‘membuka bisnes’ dengan ‘membuka kedai’.

Hasilnya, banyak dalam kalangan orang Melayu yang baru berniaga kali pertama, mereka membuka kedai francais. Kemudian, kedai francais mereka tutup. Bisnes mereka lingkup meninggalkan mereka dalam keadaan dibelit hutang bank berpuluh-puluh ribu, malah beratus ribu.

.

Ini senario yang sedang rancak berlaku dalam dunia bisnes orang-orang muda Melayu….

Orang-orang muda yang baru keluar universiti, yang belum pandai berniaga, belum pandai menggandakan duit seringgit menjadi sepuluh ringgit, tetapi mereka sudah berani berhutang berpuluh ribu, malah beratus ribu, dari bank.

Golongan yang paling kuat mendorong orang muda supaya berani berhutang adalah wakil-wakil syarikat francaisor.

.

Kos membuka kedai fizikal adalah sangat tinggi. Ini memaksa kita berhutang dengan bank.

Duit pinjaman bank itu kemudian kita laburkan pada benda-benda mati, yang tidak menghasilkan duit, yang sebenarnya menjadi liabiliti dalam bisnes, yang nilainya jatuh merudum setiap tahun, yang tidak laku dijual semula apabila bisnes ditutup dan kita gulung tikar.

.

Apabila kita membuka kedai, mereka yang sudah tentu gelak-gelak ketawa pergi ke bank adalah:

+ Syarikat francaisor
+ Pemilik bangunan kedai yang disewa
+ Kontraktor yang menerima kontrak renovasi bangunan

Semoga ia bermanfaat untuk mereka yang ingin mencari peluang bagi menceburkan diri dalam perniagaan. Yang penting ialah ilmu. Anda juga perlu membuat penilaian risiko terhadap bisnes yang ingin diceburi. Bukan semua bisnes francaisor menguntungkan. Malah ada yang sukar untuk dijual. Yang mudah dijual sekalipun, ia sangat susah untuk disertai seperti McDonalds.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. shahrina December 17, 2013

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.