Perniagaan SMS Berkonsepkan Contest Semakin Merapu


Saya lihat pada hari ini bersepah contest SMS kat Metro & Sinar Harian. Sampaikan saya pun dah naik menyampah. Bukan apa, ia sangat merapu seolah olah tiada idea yang lebih gempak. Diorang regid pada contest yang terlalu biasa. “Apakah makanan kegemaran rakyat Malaysia”,”Adakah kanak kanak tidak selamat di Malaysia” dan banyak lagi la contest yang merapu.

Ia adalah daripada geng MIRSB. Diorang hanya buat contest & waktu solat je..Yang lain takde dah.Lepas tu bersaing sesama sendiri dalam iklan bersepah di surat khabar. Ia sangat tidak bagus. Ia sudah menjadi tidak unik dah. Mereka seolah olah tidak mahu lari daripad acuan MIRSB.Jadi lah usahawan yang kreatif.

Jika anda ingin berjaya dalam perniagaan sms. Jadilah seorang yang kreatif dan unik. Jika asyik benda sama yang diubah skit je.Orang akan muak. Lagipun iklan bukanlah sesuatu yang murah. Saya jamin hanya 2,3 orang sesat yang join contest tu. Sad but true…

Saya tak galakkan mereka yang ingin memulakan perniagaan sms membuat contest, ringtones dan waktu solat. Ia sudah tepu dan orang tidak berminat dengan benda sedemikian. Terdapat banyak kelemahan kalo mereka yang buat sms contest ni.

Persoalan yang timbul:

  1. Adakah hadiah yang ditawarkan adalah betul & benar?
  2. Adakah pembahagian hadiah saksama, tak berikan kepada sepupu sepapat.
  3. Adakah ia halal? ya..ada isu ni..Rujuk http://www.zaharuddin.net
  4. Adakah ia menguntungkan usahawan kerana bersaing sesama sendiri dengan aplikasi yang sama

Itu adalah persoalan saya. Ada banyak lagi kalo nak pertikaikan. Terus terang saya tidak sukakan apa yang berlaku sekarang. Orang yang join contest sebab nak menang hadiah semata mata. Rasanya ramai yang kecewa.

SMS Contest yang sebenar adalah seperti WALL’s buat tu. Beli aiskrim siapa yang sms akan dapat hadiah buat mereka yang bernasib baik. Bukannya buat contest tanya soalan budak tadika. “Berapakah jawapan 1 + 1?”… Nampak sangat usahawan berkenaan tak serius dan main main. Apatah lagi orang nak join…

Siapa yang buat tu…hentikan la..Buat contest yang educational skit. Bukan soalan budak tadika..Anda bukannya TV3 yang buat soalan tanya pendapat.TV3 boleh la buat sebab mereka TV. Mereka tak perlu keluarkan iklan di TV sendiri. Malah diorang pun tak iklankan berita mereka sebab orang akan tengok berita.

Saya nak tau lama mana mereka boleh bertahan kalo masih buat benda yang sama sedemikian. Rugi beb…Rugi…

Agaknya hanya SMS contest je yang boleh digunakan dalam banyak banyak aplikasi dalam Callcenter tu agaknya. Takde pulak yang buat direktori mcm MIRSB buat.Takut ada competitor ke apa..huhuhu.. :p

Apa nak jadilah nanti benda ni semua ni… Nak berjaya tapi kreativiti masih kurang…

Anda boleh undi dibawah:

[poll=1]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 6

  1. bajet April 12, 2008
  2. titan April 16, 2008
  3. rose April 17, 2008
  4. mr.eims April 18, 2008
  5. Non Blatik Sik July 31, 2008
  6. Tok Wan Asan Sik July 31, 2008

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.