Produk Belum Siap,Tapi Bayaran Sudah Ambil?

Semalam saya ada bertemu 4 mata dengan saudara Rizal KomenEbook di Kuala Ibai.Kami layan keropok lekor 007 kegemaran saya sejak kecil. Banyak juga yang dibincangkan seperti isu semasa & perniagaan internet. Beliau memang seorang yang peramah. Beliau banyak menulis tentang review produk ebook yang ada dipasaran Malaysia.  Produk terbaru beliau ialah Panduan Membeli Ebook iaitu panduan untuk mengelakkan diri daripada terbeli ebook “sampah” atau scam.

Berkenaan dengan produk yang belum siap tetapi dah ambil bayaran, ia cuba digunakan oleh seorang usahawan internet yang baru meningkat naik.Malah saya pun respek juga kat dia ni. Tapi ada beberapa kesilapan yang mungkin akan menjejaskan nama baik beliau di internet. Malah di forum Wangcyber pun sekarang ni dah ramai yang mula bengang dengan sikap berdiam diri beliau.

Ini adalah antara kesilapan yang berlaku.Kita boleh jadikannya sebagai iktibar dalam perniagaan internet anda nanti.

1.Produk Belum Siap & Tak siap siap
Beliau mengamalkan konsep ambil duit dulu baru nak develop produk.Ia konsep yang sangat bahaya jika tidak berjaya siap dalam masa yang ditetapkan.Ia akan mengundang kemarahan pembeli yang menantikan produk yang dijanjikan. Secara tidak langsung, beliau boleh kehilangan pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk yang akan datang. Perlu diingat, jika ada satu negatif walaupun mempunyai 10 yang positif.Negatif akan menang.Memang sukar untuk mendapatkan kepercayaan orang setelah mereka terasa tertipu. Malah saya juga risau perkara ini berlaku kepada saya sendiri.

2.Customer Support Lambat
Ia sangat penting. Pastikan setiap email yang dihantar oleh pelanggan dijawab walaupun pendek.Jangan biarkan pelangan anda terkapai kapai. Menjual produk teknikal memang mencabar kerana mungkin ada yang akan bertanya soalan yang sama. Anda tetap kena menjawab email tersebut. Wajib. Jika tidak anda sebenarnya akan menjauhkan pelanggan tersebut dari anda. Walau sesibuk mana sekalipun, jawab email beberapa patah perkataan dah cukup. Luangkan masa 1/2 jam pun dah cukup untuk reply email pelanggan.

3.Tiada Keterbukaan
Saya mengamalkan sikap terbuka walaupun ada yang mengkritik saya secara terbuka diblog saya.Saya akan approve komen tersebut.Sesetengah usahawan tidak membenarkan komen negatif diblog mereka kerana takut kredibiliti mereka jatuh. Bagi saya, kita bertanggungjawab terhadapa produk yang kita hasilkan. Jika ada kelemahan, terima dan berterima kasih buat mereka yang menegurnya. Tak ramai usahawan internet malaysia yang berani untuk dikritik.

4.Kebergantungan Kepada Orang Lain
Dalam menghasilkan produk seeloknya kurangkan kebergantungan kepada orang lain. Kebergantungan kepada programmer mungkin akan menyebabkan nama kita sendiri tercalar. Ini adalah risiko yang perlu dihadapi jika terlalu bergantung kepada orang lain atau pihak ketiga untuk menyiapkan produk kita. Jika berlaku kelewatan, jangan hanya berdiam diri. Beritahu kepada pelanggan yang sedang menunggu. Jadi pelanggan juga akan berasa lega kerana produk sedang disiapkan dan bukan nak “kapur” duit diorang je.

5. Alasan..
“Nak seribu daya,tak nak seribu dalih” itulah perumpamaan melayu tentang mereka yang sering memberikan alasan. Jika anda sibuk belajar, kerja dan sebagainya.Pastikan janji ditunaikan kepada pelanggan anda.Apabila sibuk, jangan pula dok menyibuk untuk promote produk lain sedangkan pelanggan masih ternanti nanti janji ditunaikan. Pasti pelanggan yang ternanti nanti ini akan naik angin. Masakan tidak, email tak berbalas tapi sempat pula menulis email untuk promote produk affiliate yang lain. Seperti yang saya cakap sebelum ini, anda bertanggungjawab terhadap produk anda.

Ini adalah kesilapan yang perlu dielakkan. Ia boleh memberi kesan yang cukup besar terhadap perniagaan dan juga kredibiliti anda sebagai usahawan internet. Jangan sampai ada yang cop anda sebagai usahawan internet mata duitan. Hanya mengejar duit tanpa memperdulikan nasib pelanggan yang sedia ada.

Dalam kes ini, elakkan daripada menerima bayaran jika produk belum siap lebih lebih lagi jika anda bergantung kepada pihak ketiga (programmer) untuk menyiapkan produk yang sedangkan dibangunkan. Jika anda yang bangunkan sendiri, ia tidak mengapa kerana anda tahu masalah anda yang sebenar jika berlaku kelewatan.

Dalam kes ini, pihak berkenaan dapat menyelesaikan produk yang dijanjikan.Bonus produk sebelum ini pun belum lagi siap.Kemudian melancarkan produk baru tanpa berusaha menyiapkan produk yang masih tertunggak. Ia sebenarnya adalah hutang yang perlu dilangsaikan. Hutang akan dituntut sampai akhirat. Jika berjanji, sila tunaikan. Jangan hanya berikan alasan. Ia akan menjarakkan anda dan juga pelanggan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments 3

  1. khalifah February 23, 2009
  2. sham February 23, 2009
  3. Dhiaqis February 23, 2009

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.