Sekitar Seminar JomSeminar

Dari pagi hingga ke petang,saya berada di Hotel Armada PJ bagi menghadiri Seminar JomSeminar. Saya akan post gambar sekitar seminar pada post akan datang. Pada post kali ini saya bercerita sahaja skit je.

Ramai jugak yang datang seperti Abooain,Shuth,Kak G,Sukeri,Noorizam dan ramai lagi. Saya terlupa membawa biz kad saya.Huhuhu..Rasa mcm selebriti plak rasanya. Ramai yang minta no.contact bagi JV.Tapi saya nak tengok berapa ramai yang akan contact. 😛

Saya sampai agak lambat jugak.Ketika tu dah nak start dah seminar.

Buat pertama kalinya saya bertemu face to face dengan beberapa otai seperti Syed Ikhwan, Alang, Gobala, Fuad Latif dan Yusri. Nampaknya yusri tak gunakan nickname dia kat dunia IM malaysia.

Kalo shuth dah beberapa kali dah. Bengkel EbizMalaysia, Konvensyen Saifulsham,Seminar Nizaltalk dan Jomseminar. Kak G pulak kali kedua iaitu masa Konvensyen Saifulsham dan juga Jomseminar.

Ada juga bekas peserta Bengkel EbizMalaysia yang turut hadir iaitu En.Nasran. Nampaknya masih lagi mengumpul ilmu agaknya.Bila nak mula? 🙂

Sekarang masa untuk implement apa yang belajar,apa yang sedang buat ialah mengaplikasi gambarajah Super Affiliate Gobala sekarang ni. Saya membuat satu kesilapan yang merugikan saya sebenarnya. Saya akan mengaplikasikan dalam kadar yang segera, takut lupa plak.

Ia merupakan satu seminar yang berinformasi.Ada jugak untuk mereka yang advance seperti teknik SEO Fuad Latif (kompleks habis, tapi saya faham la sebab itu games saja jugak dulu),bagaimana buat duit dengan direktori iklan (saya dah ada 1 setakat ni),teknik super affiliate,teknik video marketing dan teknik kumpul duit paypal dengan cepat.

Saya akan aplikasi teknik super affiliate dahulu sebab ia relevan dengan apa yang saya buat untuk site baru saya. Ia adalah untuk testing clickbank + Adwords + MRR products. Saya sedang menyiapkan landing page yang baru. Malah saya telah beli beberapa tools & grafik yang baru untuk projek ini.

Nantikan post akan datang yang akan saya masukkan gambar sekitar seminar dari lensa kamera saya. Saya sambung wat keje saya pulak. Tunggu yea.. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 8

  1. arejae May 11, 2008
  2. wanmus May 11, 2008
  3. Rita NM May 12, 2008
  4. sham May 12, 2008
  5. zool May 13, 2008
  6. Kasyidi May 13, 2008
  7. Adi Surya May 13, 2008
  8. sufian JC May 14, 2008

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.