Terokai Internet Untuk Menjana Wang Untuk Keluarga

Jika anda mempunyai talian internet di rumah, agak merugikan jika tidak menerokainya untuk menjana wang tambahan untuk keluarga anda. Perniagaan internet merupakan antara perkara yang boleh anda terokai. Namun, AWAS dengan jerat skim cepat kaya dan penipuan internet yang sentiasa mencari mangsa.

Perniagaan Apa Buat Di Internet?

Sebenarnya ada banyak perniagaan yang boleh anda lakukan di internet.  Terdapat 2 kategori produk yang boleh anda jual di internet iaitu produk digital dan produk fizikal.Ia bermula dengan diri anda. Anda boleh menjual diri anda. Produk ini boleh dihasilkan sendiri atau membelinya di tempat tertentu.

Apa yang saya maksudkan menjual diri ialah kemahiran dan pengetahuan yang anda ada. Ia merupakan satu aset yang tak luput dek zaman dan boleh disuaikan dengan pelbagai keadaaan. Ia adalah produk perniagaan internet yang terbaik!

Buktinya, Isteri saya baru sahaja memulakan perniagaan internet pertama beliau lebih kurang 3 minggu yang lepas. Beliau hanya menjual kemahiran dan pengetahuannya sahaja untuk menghasilkan pendapatan 4 angka sebulan. Apa yang beliau jual adalah pengetahuan dan kemahiran beliau dalam pembuatan coklat buatan tangan dan juga produk bakery di laman web beliau di http://www.buatcoklat.com

Saya memang tidak terkejut dengan hasil yang beliau dapat kerana saya telah terlibat dalam perniagaan internet sejak tahun 2006 lagi.

Apa lagi yang boleh dijual?

Produk disekitar anda. Contohnya pemilik Tudung-Online.com mengunakan kelebihan harga tudung yang murah di Terengganu untuk memasarkan tudung secara online dan menghasilkan pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan. Malah kemahiran dan kedudukan strategik untuk mendapatkan produk telah menjadikan satu kelebihan kepada kebanyakan usahawan berjaya.

Kraftangan yang dihasilkan di tempat anda juga boleh dijual di internet dan mempunyai permintaan yang agak tinggi di internet seperti tembikar, kraf kayu, kraf perak, kraf tembaga, kaca, kristal dan sebagainya.

Irfan Khairi, jutawan internet yang semakin popular hari ini menjadi jutawan dengan menjual perkhidmatan mereka bentuk grafik, laman dan menjual peta Malaysia secara online.

Pasaran Bergantung Kepada Permintaan

Suka saya ingat tidak semua barang berpotensi untuk dijual di internet. Ada sesetengah barang tidak sesuai antaranya barang basah seperti ikan dan sayur yang mudah rosak.

Apa yang perlu anda buat sekarang ialah terokai potensi diri anda untuk menghasilkan produk yang mungkin akan mengubah hidup anda buat selama lamanya. Apa yang membezakan orang yang berjaya dan yang biasa adalah mereka bertindak untuk merealisasikan apa yang mereka impikan.

Cita cita hanya akan tinggal cita cita jika tidak bertindak dan berusaha untuk merealisasikannya.

Langkah Pertama Untuk Mula?

Apa yang perlu lakukan ialah buat kajian permintaan terhadap apa yang ingin anda jual. Ia sangat penting agar perniagaan internet yang anda jalankan mendapat permintaan.

Antara tools yang boleh anda gunakan ialah Google Keyword Tool.

Anda boleh bermain main dengan tools tersebut untuk mencari produk apakah yang paling sesuai untuk anda. Nasihat saya, terokai bidang lain selain  niche buat duit di internet.

Ia sangat fragile dan mudah salah anggap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 5

  1. zool June 18, 2010
  2. dAzz June 18, 2010
  3. donnyien June 22, 2010
  4. azham zanal June 23, 2010
  5. nuwa June 27, 2010

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.