Blueprint Bisnes Burger, RM10000 Sebulan Dengan Jual Burger


RM10000 Sebulan Dengan Jual Burger, Boleh kah?

Dihadapan ofis kami ada satu stall burger yang diusahakan oleh 2 orang pemuda.Saya biasanya akan paling kurang 3 biji burger kalau stay di ofis sehingga malam.Nak jadikan cerita, saya bertanya biasa sehari bape biji diorang jual? Diorang setiap hari akan bawa 200 biji bun roti sehari kat stall diorang. Setiap hari akan habis roti tu. Jadi itulah sales setiap hari mereka.

Saya terkedu. Dalam hati “wow”, dalam sebulan dekat RM10,000 depa ni dapat. Jadi yang awek bujang lagi tu, jangan pandang sebelah mata abang jual burger tu. Nampak selekeh, tapi poket tebal tu…hehehe

Tak hairanlah artis mcm Fizo Omar, buka stall jual burger. Yang terbaru, Bocey  dengan Roti Bocey.. Stall burger bakar pun makin banyak. Di kawasan pekan Kuala Kangsar, saya tengok ada 5 stall burger.

bisnes-burger

Dan yang paling ramai orang menunggu kat depan ofis kami ni. Saya pun buat simple calculation;

Harga 1 burger daging – RM3.00
Kos burger +- = RM1.00
Untung = RM2.00

Jadi 200 biji x RM2 = RM400 sehari.
Kalau sebulan = RM400 x 30 = RM12000

Itu dah 5 angka sebulan! Itu angaran kasar diorang dapat. Bisnes Burger memang
margin tinggi.

Kalau tinggal dikawasan ramai penduduk seperti kat taman, fuh memang boleh buat duit betul la.

Cara buat burger sama je, tapi apa yang membezakannya?

Ini pemerhatian saya bila beli burger di 5 stall yang ada di pekan Kuala Kangsar
ni.

1. Tahap garing
2. Rasa
3. Extra

Apa yang saya tengok 2 orang bro ni buat, diorng invest lebih skit untuk extra iaitu diorang buat coleslow, blackpepper sauce, timun, bawang dan salad.

Tempat lain kadang sekadar roti, sos cili dan daging burger je. Harga sama. Kalau lebih skit, letak sekeping timun.Sebab itulah, orang serbu tempat “depa” ni. Orang nak yang extra sebab rasanya akan lebih sedap.

Saya pernah join program Dato’ Chef Li, penulis buku Jutawan Senyap. Kata beliau, faktor kecil sebegini sebenarnya memainkan peranan untuk menarik pelanggan.

Kata beliau, daripada kita jual daging readymade tu.. lebih baik kita buat daging burger kita sendiri. Yang ada banyak extra di dalamnya. Dan pastinya lebih sedap!!

Sebab itulah dia ada lebih 20 stall burger yang kini diuruskan oleh anak beliau.

Kini orang dok sibuk boikot produk McD, peniaga burger ni boleh buat duit extra lagi.

Panduan Bisnes Burger 5 Angka Sebulan!

Afiq iaitu Anak Chef Li ada buat satu panduan untuk mereka yang nak buka stall burger ni. Mereka jenis tak lokek ilmu. Chef Li juga antara pendorong kami dalam bisnes Mikro daripada rumah ni.

Kalau berminat cara nak buat bisnes 5 angka dengan burger, sangat sarankan

 

[+] Download Di Sini Sekarang Juga

Klik link diatas. Harga panduan bisnes burger ni RM60. Ia dalam bentuk ebook. Resepi untuk buat daging burger patty pun diberikan. Ia lain daripada yang lain.

Alang-alang nak buat bisnes.. Cari guru dulu untuk bimbing.

Anda mungkin boleh cakap, ala nak buat bisnes burger je. Buat apa nak cari cikgu
bagai.

Ya. Betul memang boleh je mula bisnes tanpa guru. Tapi hasil berguru dengan
tak berguru sangat berbeza. Sebab itulah dalam Islam, sangat dituntut untuk
berguru. Try & Error adakalanya boleh merosakkan bisnes dan mematahkan
semangat.

p/s: Kami sendiri dari masa ke semasa akan mencari guru dan menambah ilmu. Kami
sentiasa dahagakan ilmu walaupun dah tahu.

Kalau nak serius nak buat bisnes burger, cari duit untuk tambah ilmu berkenaan
bisnes burger ni.

[+] Download Di Sini Sekarang Juga

Tak rugi kalau cari guru yang betul. 🙂

-sham

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • bisnes burger
  • jual burger
  • perniagaan burger
  • bisnes burger bakar
  • roti bocey
  • bisnes burger dari rumah
  • cara buat 10k sebulan jual burger
  • kursus perniagaan burger
  • cara jual burger
  • untung niaga burger
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. faisal August 10, 2014
  2. pauzi October 17, 2014

Leave a Reply

error: Content is protected !!