Masih Gagal dengan Clickbank? Ini Penyelesaiannya.

Adakah anda cuba untuk buat duit dengan Clickbank? Masih gagal dan rugi dengan PPC? Baru baru ini saya ada membeli Ebook Panduan Clickbank dari Mawardee. Saya pun beli sebab nak belajar. Saya menyangkakan saya dah tau segalanya. Rupanya banyak lagi yang masih tak tahu.

Ada beberapa tools lagi yang saya tak tahu dalam clickbank & juga adwords rupanya. Jadi berbaloi untuk saya membeli panduan clickbank tersebut. Saya mendapat maklumat baru untuk terus menjelajah cara buat duit dengan Clickbank.

Apa yang akan anda perolehi dari panduan clickbank ini ialah teknik dalam memilih produk yang mempunyai conversion yang tinggi dalam clickbank. Ia adalah bahagian yang paling penting. Jika tidak ia hanya akan merugikan wang anda bagi PPC.

Kelemahan pulak, ada kesalahan ejaan dalam tu. Contohnya ialah tarikh lahir Mawardee tersalah tulis. Dia telah menulis 28 Februari 2008. Ia bermakna beliau baru berusia 5 bulan sekarang ni. Hehehe..Harap dia perbaiki lepas ni. Namun, ia adalah kesilapan kecil je. Tapi ia agak kelakar la budak “5 bulan” buat panduan clickbank. :p. Jangan marah ye Mawardee..

Mawardee patut menyemak kesalahan ejaan dari masa ke semasa. Mengikut pengalaman saya, apabila kita berulangkali membaca apa yang kita tulis,kita dapat mengesan kesalahan ayat dan ejaan yang kita buat. Akan ada ayat yang “pelik” bunyinya. Ia tidak menghalang kefahaman orang, tetapi ada orang yang menitikberatkan kesalahan ini dalam bahan bacaan mereka.

Saya ingin mengucapkan tahniah kerana berjaya menghasilkan produk yang berkualiti dan membantu ramai orang. Tempahan sebanyak RM9,300 sebelum pelancaran adalah suatu yang baru dan membanggakan dalam industri perniagaan internet di Malaysia. Anda telah berjaya mengaplikasikan apa yang dilakukan oleh jutawan internet seperti mike filsaime dan ramai lagi dalam prelaunch produk.

Jadi bebaloi untuk beliau membayar 25sen bagi setiap email yang beliau lakukan dalam JV GiveAway baru baru ini. Cuma kebanyakan usahawan internet malaysia nampak belum bersedia dengan konsep berkesan ini. Malah saya sendiri tidak mengambil manfaat dengan menawarkan produk/laporan tentang produk yang baru/akan dilancarkan.

Mungkin sebab kesibukan atau memang buat buat sibuk. :P. Alasan je tu kot. Sebenarnya sempat kalo nak tulis satu laporan ringkas tentang sesuatu perkara. Sekarang baru sedar betapa rugi tidak menyertai JV Giveaway berkenaan. Ia teknik yang sangat berkesan untuk mengumpul list atau email yang targeted atau yang benar benar berminat dengan produk anda.

Apa yang Mawardee lakukan dalam Pre launch ini ialah dengan bukti pendapatan otai clickbank sebenarnya. Crist X atau Crist Mcneeney yang menghasilkan Day Job Killer,Affiliate X, Google Assasin dan Google Nemesis. Sedar atau tidak ia hanya berkaitan dengan perkara yang sama iaitu google adwords dan clickbank. Nama je berubah tapi menyentuh benda yang sama. 😛

Dengan bantuan JV partner yang mempunyai puluh ribu list, ia tidak mustahil untuk membuat jutaan dollar dalam masa beberapa hari. Cuma IM malaysia tak ramai yang mempunyai list yang besar. Saya lihat tazilan,mawardee,zamri nanyan,sukeri,smartzul dan amirol yang mempunyai list yang besar. Saya kini ada 12K++ je list. Sepatutnya saya dah mempunyai 20K++ list, akibat autoresponder sebelum ini kaput. Tentu seronok kan?huhuhuh

List lama saya lebih responsive berbanding list sekarang walaupun jumlah yang besar.Walaupun saya ada rekod lama dalam email, tak larat pulak nak extract kira kira 9K list yang hilang apabila autoresponder ditutup. Jadi jika anda ingin buat duit dengan clickbank, kumpul list dulu kerana “money is in the list”.

Jadi adalah penting email marketing dalam perniagaan internet. Mawardee ada mengajarnya dalam Panduan Clickbank beliau tentang email marketing ini. Boleh dikatakan beliau boleh dikatakan sebagai salah seorang otai email marketing di Malaysia. Buktinya beliau mendapat komisen sebanyak RM2K dalam masa 1 minggu apabila pelancaran Rahsia10K Team Flarebiz.

Jangan ragu ragu lagi. Dapatkan Panduan Clickbank sekarang!

http://clickbank.rajaadsense.com

Ia telah membantu saya. Jadi ia juga akan membantu anda untuk menjelajah dan buat duit dengan clickbank.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. azman July 20, 2008
  2. titan July 21, 2008
  3. Masrule Hamid January 7, 2009
  4. syafiq November 5, 2014

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.