Membuka Akaun Al Rajhi Bank

Saya telah ke Al Rajhi Kota Damansara untuk membuka akaun. Ia hanya memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja untuk settle semua. Apa yang perlu anda buat hanya bawa duit RM20 untuk deposit. Sebab utama saya buka akaun ialah untuk mengeluarkan wang daripada Paypal saya.

Memang servis bank ini sangat bagus dan cepat. Memang bank bertaraf antara bangsa. Apa yang yang perlu anda buat ialah ke kaunter, mereka akan minta Mykad untuk dapatkan nombor giliran. Saya terus dipanggil ke kaunter selepas mendapat nombor giliran. Kemudian saya diberikan 3 borang,satu borang maklumat diri dan 2 borang yang hanya memerlukan saya tandatangan & tulis nombor IC.

Terdapat 2 jenis akaun simpanan iaitu yang biasa dan murabahah. Yang biasanya anda deposit ialah RM20 dan Murabahah ialah RM100. Yang membezakannya ialah murabahah terdapat keuntungan bulanan yang akan didebitkan ke akaun anda. Anda juga perlu pastikan ada baki sekurang kurang RM200 dalam akaun murabahah tersebut.

Saya hanya membuka akaun biasa dengan deposit RM50. Saya diberikan satu kad debit yang bertindak sebagai kad atm.Anda boleh setkan limit pengeluaran sehinggan RM5000 dan juga limit pembelian menerusi kad debit tersebut. Saya hanya setkan RM3000 sahaja. Jika nak ubah limit, anda perlu ke bank berkenaan.

Al Rajhi Bank telah mengabungkan semua kemudahan yang diperlukan sebagai seorang usahawan internet. Apa susah sikit ialah cawangan Al Rajhi Bank masih kurang di Malaysia. Kita masih belum dapat buat interbank transfer dengan Al Rajhi bank kerana ia masih baru. Jika sesama akaun Al Rajhi, tiada masalah dah.

Nanti saya akan buat post bagaimana untuk mengeluarkan duit dari akaun Paypal ke akaun Al Rajhi Bank.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • buka akaun al rajhi
  • buka akaun bank al-rajhi
  • buka buku akaun semasa al rajhi
  • cara buka akaun al rajhi
  • cara buka akaun al rajhi bank kelantan
  • cara buka akaun simpanan al rajhi
  • cara membuka akaun ban al rajhi
  • cara nak buka akaun al rajhi
  • cara semak baki akaun bank alrajhi
  • cawangan bank al rajhi di terengganu

Comments

Pin It
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App IDotherwise your plugin won't work.

14 thoughts on “Membuka Akaun Al Rajhi Bank

  1. Sabar ye.Saya nak kumpul banyak skit dalam tu.baru ada usd200 lebih dalam tu.Tak syok plak skit transfer. :)

  2. faizah, Paypal gunanya untuk kita terima duit atau bayaran menerusi akaun paypal atau kad kredit. Jika kita ada perniagaan internet,penerimaan menerusi kad kredit adalah satu kemestian..

  3. Pingback: Mengeluarkan Duit Dari Paypal | Shamsuriyadi.com

  4. samsuri sakariah December 31, 2008 at 4:42 pm -

    Kenapa pihak paypal mengatakan butir-butir kad debit
    al-rajhi yang saya berikan tidak sah sedangkan segala butir mengenai nama, no.card,expiry date,security code semuanya betul tetapi menyuruh menggunakan kad debit yang lain .Kenapa boleh bantu saya.

  5. Assalamualaikum saudara,
    saya ada beberapa kemuskilanlah ttg Paypal. Saya menggunakan Visa Card Debit Electron Public BAnk utk acc paypal saya, just apply card je tak perlu buka buku bank. blh digunakan dan PAypal, ianya terima. Cuma yg menjadi masalah saya sekarang saya masih belum menerima 4 digit code daripada paypal untuk confirm card tu.

    Blh saudara bantu saya.. kat mane nak dapatkan 4-digit code tu?? dia hantar melalui email ke?? atau cam mane??

  6. akum..nak tanya la kan if saya buat personal loan ngan al-rajhi bank,mcm mana saya nak byar by month sbb dkat terengganu nie xder bank tue?ader sape2 yg leh jawapan

  7. Orang kat terengganu tak boleh lagi nak wat personal loan dengan al rajhi. kena tinggal berdekatan. bank pun fikir jugak risiko orang tak bayar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>