NiagaKit Sistem E-Commerce Buatan Tempatan

Aiseh. Serius pulak tajuk review kali ni. Mungkin mood menulis untuk akhbar masih ada kot. Setakat ni beberapa artikel saya tersiar di Berita Harian dan Utusan Malaysia. Memang sesuatu yang mengujakan saya sebenarnya. :). Ok. Kembali kepada topik hari ini…

Adakah Anda Ingin Membina Kedai Online Sendiri?

Tak perlu susah susah untuk mencari developer lagi. Sebab mereka pasti akan caj anda lebih dari RM2000. Anda gunakan sahaja Niagakit yang dibangunkan oleh anak muda tempatan iaitu Flarebiz. Sistem Niagakit dibangunkan khas untuk pasaran tempatan dan menepati keperluan untuk perniagaan kecil di Malaysia ni.

Saya dah tengok perkembangan pembangunan Niagakit ini sejak awal lagi. Saya sendiri tak sangka Bob iaitu salah seorang web developer yang saya hormati menyertai Team Flarebiz untuk membangunkan sendiri Sistem Niagakit. Pada awalnya ia hanya plugin untuk wordpress. Kini Sistem Niagakit menjadi sistem yang baru dan dibangunkan untuk kemudahan perniagaan internet Malaysia yang baru nak berkembang.

Berapakah Harga Niagakit?

Ia berharga kurang daripada RM1000 iaitu RM999. Ia sebenarnya sangat murah sebab saya sendiri pernah membeli script e-commerce dengan harga hampir RM2000. Ia hanya script!. Malah saya terpaksa melakukan sendiri konfigurasi untuk memasang sistem tersebut. Anda tidak perlu melalui proses yang saya lalui.Ia memang memeningkan kepala. Dengan Niagakit, anda serahkan sahaja kepada Team Flarebiz untuk setupkan untuk anda.

Tugas anda seterusnya ialah menguruskan laman web dan melakukan promosi.

Siapa Yang Dah Guna?

Pihak Flarebiz dah senaraikan laman web pelanggan mereka di Pengguna Niagakit pada laman web mereka. Tengok dulu kedai online mereka. Mungkin anda akan mendapat satu idea baru yang boleh diimplementasikan dengan mengunakan NiagaKit.

Siapa Yang Patut Dapatkannya?

Anda lah. Siapa lagi…hehehe. Jangan marah ye. Sebenarnya Niagakit sesuai untuk mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan internet dari rumah dan juga para usahawan yang ada kat luar sana. Majoriti usahawan melayu hanya mensasarkan pelanggan daripada sekitarnya sahaja sedangkan mereka boleh mendapatkan pelanggan daripada seluruh negara dan luar negara.

Produk Apa Yang Sesuai?

Banyak produk boleh dijual menerusi kedai online. Daripada pemerhatian saya, barangan seperti tudung,eksesori wanita, pakaian, kraftangan dan banyak lagi mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Malah ada diantara mereka berjaya menjual berpuluh ribu ringgit sebulan. Fuh…Lumayan tu.

Anda boleh meninjau disekeliling anda untuk mencari produk dirasakan sesuai. Jika boleh, pastikan produk tersebut mudah untuk dihantar dan tidak mudah rosak. Jadi anda tidak la pening kepala jika pelanggan anda komplen nanti. Elakkan daripada menjual barangan yang mudah pecah dan busuk.

Nak tau permintaan terhadap produk yang anda ingin jual? Tak susah sebab ada tools percuma yang boleh anda gunakan untuk meninjau permintaan menerusi keputusan carian terhadap produk yang anda sasarkan. Apa tools tu?

https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal

Tadaa… Link ada kat atas tu. Namanya Google Keyword Tool. Guna je tools tu untuk melihat sendiri bagaimana permintaan terhadap sebarang produk yang anda ingin jual.

tudung

Ini adalah keputusan carian “tudung”. Banyak betul orang cari pasal tudung kan? Jadi anda boleh tengok permintaan terhadap produk yang anda ingin jual.

Takde Modal Nak Beli Niagakit?

Team Flarebiz kini sedang adakan pertandingan review Niagakit. Anda boleh mendapat Sistem Niagakit ini secara percuma jika anda berjaya menawan hati Team Flarebiz dengan review anda. Maklumat lanjut di sini. Ia hanya sehingga 29hb Mac 2010 ini sahaja.

atau

Anda boleh bangunkan dengan mengunakan script percuma seperti Zen Cart atau Os Commerce. Tapi anda mestilah mempunyai pengetahuan berkenaan php dan sebagainya. Jika tak tahu, kumpul duit dulu.

Tawaran Saya

Ok. Jika anda ingin membeli Sistem Niagakit menerusi link saya. Saya akan berikan Panduan Adwords Pakej Gold bernilai RM80 secara percuma.Jadi anda boleh iklankan perniagaan anda menerusi Google Adwords dengan lebih berkesan.

Dapatkan Niagakit Menerusi Link Ini

Sila hubungi saya jika anda telah membelinya niagakit menerusi link saya. Saya akan emailkan link download kepada anda dengan segera.

Nak Test Dulu Sebelum Beli?

Tiada masalah. Team Flarebiz ada sediakan laman web demostrasi untuk anda. Layari

http://www.demoniagakit.com

Username: admin

Password: demoniagakit

Selamat mencuba. Jika anda rasakan ia mudah. Beli je. Ia memang berbaloi untuk perniagaan internet anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 8

  1. Labanon March 19, 2010
  2. sham March 19, 2010
  3. Syuxx March 29, 2010
  4. samsur kahar December 17, 2010
  5. sham December 21, 2010
  6. siti rokiah November 14, 2014
  7. siti rokiah November 14, 2014
  8. sham November 17, 2014

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.