Saya rasa terpanggil untuk review tentang program yang diiklan besar besar dalam Harian Metro ini. Sebagai seorang SMS Biz consultant, saya kesiankan mereka yang menyertai program berkenaan. Buktinya ada luahan peserta program ini :
Salam,
I ni dah join LLM yang MIRSB buat tapi semacam tak puas hati, apa tah lagi I ni buta IT. I pergi teknikal kelas-kelas yang dia orang buat dan banyak benda yang I blur. Last sekali dia orang keluarkan MOU. Tapi naik sain untuk yang I tak dapat sepenuhnya dan Agreement MIRSB yang I tak tengok so buat apa I nak sain. Tapi hati berbelah bagi samada nak teruskan atau tidak tapi I dah bayar penuh!!! Pening….. I am not interested nak jadi agen mereka apatah lagi presenter…. kelas tak habis boleh buat topik lain…. ada semacam yang tak kena….Sumber: WC
Ini adalah antara pengalaman mereka yang terlibat. Saya tak dedahkan lagi mereka yang melaburkan RM100K untuk program ini. Mereka sepatutnya lebih telus dalam pemasaran mereka. Mereka tidak sepatutnya merahsiakan risiko dalam perniagaan sms ini. Apa yang mereka jual bukan sahaja sms tetapi pelbagai aplikasi dimana ia mempunyai banyak tanda tanya…
Saya huraikan satu per satu…
Monsun
Anda boleh layari http://www.monsun-biz.com/ .Anda boleh lihat sendiri laman web tersebut? Adakah ia menepati keperluan e-commerce? Agen mereka mengatakan ia berkonsepkan landlord…Saya tak pasti apa yang dimaksudkan landlord dalam program monsun ni. Untuk invest RM50K untuk menjadi “tuan tanah maya” adalah sesuatu yang kurang bijak saya kira. Baik beli tanah betul.Ada geran & nilai tanah akan meningkat dari masa ke semasa. Memang dalam business internet ada konsep Virtual Real Estate, tetapi bukan macam yang mereka tawarkan. Satu web kongsi ramai ramai.
Apa yang dimaksudkan Virtual Real Estate ialah membina laman web yang bernilai tinggi seperti Google, Yahoo, Baidu, Myspace, Youtube dan sebagainya. Itulah yang dikatakan virtual real estate.Membangunkan laman web yang bernilai tinggi sebagaimana hartanah yang sebenar….
Update:Satu site dikongsi ramai ramai…ia tidak sesuai. Jika MIRSB membina sorang satu & tolong bangunkan perniagaan mereka. Itu cara yang sebetulnya. RM50K sepatutnya cukup untuk itu semua.
Callcenter
Ia adalah sama dengan mana konsep perniagaan sms. Saya terlibat dalam bidang ini. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus untuk educate orang tentang potensi perniagaan sms. Cuma harganya la yang agak mahal untuk memulakan perniagaan sms. Sedangkan usahawan masih perlu beli iklan dan sebagainya. Untuk mendapatkan teknologi SMS sepatutnya tidak terlalu mahal agar tidak membebankan usahawan. Untuk dapatkan aplikasi SMS,harga dibawah RM1000 adalah sesuai. Itu yang akan membantu para usahawan.
Tetapi pihak berkenaan perlu la mengajar dan melatih usahawan tentang sistem, potensi, risiko dan cabaran dalam perniagaan sms. Mereka tidak sepatutnya berahsia. Bisnes sms tidak semuanya indah. Terdapat banyak kelemahan yang perlu usahawan hadapi..karenah telco, payment lambat,server down, statistik bercanggah dan sebagainya. Mereka sepatutnya mendedahkan semua perkara itu. Jangan hanya fikir untuk jual sistem sahaja. Ia akan merosakkan nama baik perniagaan sms.
Kita sepatutnya bersikap telus. Tidak perlu rahsiakan benda sedemikian. Ia adalah untuk membolehkan mereka yang ingin terlibat dalam perniagaan sms berfikir dan menilai terlebih dahulu. Jadi mereka tidak berasa tertipu jika membeli sistem berkenaan.
Payment Gateway 2020
Nama dah lawa dah.Cuma ia hanya indah nama dari rupa. Anda boleh melihat http://www.gateway2020.com/ .Ia merupakan satu laman web yang tak siap!. Apa ni?…Jual produk tak siap.. Siapkan dahulu sistem sebelum jual. Buat pengetahuan semua, pembangunan Payment Gateway sangat berisiko dan memerlukan teknologi yang tinggi. Jika maklumat pelanggan seperti nombor kad kredit dan sebagainya ia membawa masalah yang sangat besar.
Ia juga memerlukan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia!. Apa yang saya lihat mereka langsung tiada kelulusan bank negara. Ini adalah kerana untuk mengutip wang atau menerima wang kita tertakluk kepada undang undang. Bukan sekadar hentam je.
Isu lain pula tentang payment gateway ialah keselamatan. Bukan just sekadar letak logo McAfee mengatakan laman web kita selamat. Ia perlu dipantau oleh pakar dalam keselamatan rangkaian seperti VeriSign yang memantau Maybank2u, Cimb dan semua bank yang mempunyai sistem internet banking. Itu baru lah betul.Anda boleh lihat laman web bank bank berkenaan,pasti ada lambang VeriSign.Ini adalah kerana mereka memantau keselamatan laman web kewangan dari seluruh dunia.
Orang membayar beribu ringgit untuk Payment Gateway.Jadi sediakan la yang elok dan selamat. Payment gateway adalah melibatkan kewangan.Jangan nak main main.
Update: Mereka gunakan Payment Gateway Mobile88 punye. Jadi tak perlu develop from scratch.Persoalannya pembeli kena buat integration sendiri atau MIRSB tolong buatkan?Ia sangat teknikal.
P.S: Diorang still kena wat website elok skit. Ia mengambarkan sesuatu produk & pertikaikan nanti.
BossMailer
Ia adalah satu perisian untuk spamming. Tidak dapat dinafikan lagi. Kita lihat dahulu apakah yang dimaksudkan “spam”. Mengikut WikiPedia spam adalah:
Spamming is the abuse of electronic messaging systems to indiscriminately send unsolicited bulk messages. While the most widely recognized form of spam is e-mail spam, the term is applied to similar abuses in other media: instant messaging spam, Usenet newsgroup spam, Web search engine spam, spam in blogs, wiki spam, mobile phone messaging spam, Internet forum spam and junk fax transmissions.
Spamming remains economically viable because advertisers have no operating costs beyond the management of their mailing lists, and it is difficult to hold senders accountable for their mass mailings. Because the barrier to entry is so low, spammers are numerous, and the volume of unsolicited mail has become very high. The costs, such as lost productivity and fraud, are borne by the public and by Internet service providers, which have been forced to add extra capacity to cope with the deluge. Spamming is widely reviled, and has been the subject of legislation in many jurisdictions.[citation needed]
Jadi apa apa sahaja email yang dihantar untuk tujuan mempromosi pape tanpa persetujuan pemilik email adalah spam. Penggunaan software untuk menghantar email secara “mass” atau banyak dalam satu masa adalah spam. Itu adalah hakikat yang tiada siapa yang boleh nafikan. Itu adalah fakta.
Update: Ia tetap spam walaupun ada yang mengatakan mereka akan hantar email untuk penerima email subcribe dahulu. Mass email kepada orang tidak dikenali tetap spam.
Yang menariknya agen MIRSB menerangkan mcm ni…
Bossmailer – program yang membolehkan pengguna mengambil e-mail dari web2 lain dan send mass e-mail. setiap penghantar e-mail dikenakan caj rm0.10 caj tersebut akan dibayar pada hotmail/yahoo/gmail supaya tidak termasuk dalam spam, dan sekiranya pemilik e-mail tidak berminat boleh block mail tersebut. So, tidak salah di sisi undang2.
Sumber: WC
Siap ada caj pulak dan dibayar kepada hotmail/yahoo/gmail agar membenarkan email mereka ke inbox. Ia jelas menipu. Syarikat berkenaan (Microsoft,Yahoo & Google) sangat mengambil serius tentang spam. Boleh pulak mereka dakwa mereka menyogok syarikat gergasi berkenaan dengan 10sen untuk membenarkan spam.
Siap boleh cakap lagi, ” Sekiranya pemilik e-mail tidak berminat boleh block mail tersebut. So, tidak salah di sisi undang2.”. Siapa cakap tak salah? Dah langgar privacy orang.Boleh pulak cakap tak bersalah. Di US, spam boleh disaman kerana melanggar privacy. Semua ada hak. Jangan fikir nak untung je dengan promote “something” kat semua orang. Bukan semua orang suka..
Saya berharap ada daripada agen/pengawai terlibat dapat menerangkan isu ini semua. Ini adalah kerana ia akan merencatkan perkembangan perniagaan sms dan juga internet. Saya terlibat dalam kedua dua bidang ini. Jadi saya agak risau bak kata pepatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.
Harap ia dapat membantu para usahawan melayu khususnya dalam perniagaan sms dan juga internet. Pastikan anda mengkaji terlebih dahulu sebelum invest apa apa…
Harap MIRSB baiki kelemahan..jika perlu ditarik balik,tarik balik seperti bossmailer tu..Ia akan menimbulkan isu besar pada masa akan datang.
-sham
Incoming search terms:
- siapa dr zubir yahya
- cara nak buat microsoft server 2008 boleh main games
- macam mana nak joint infinity downline malaysia 2012
- membayar adwords dengan hsbc
- mirsb
- betul ke jutawanklik mobile88
- tipu dr zubir yahya
- pandangan peserta terhadap program
- monsunbiz com
- monsun-biz
Comments
Powered by Facebook Comments














{ 270 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
Next Comments →
Untuk pengetahuan pembaca sekalian..nampaknya Nora dah hantar “Lawyer” untuk bersuara dalam ni…si baby yg beri komen tu sebenarnya salah seorang drpd kuncu MIRSB yang buta IT tapi berlagak, bodoh sombong. Nak menaip pun terketaq-ketaq takyah nak berlagak terer.
MIRSB tu bukan nak tolong org, tu “TOLONG TIPU ORG”. Jangan ingat korang je yg otak pandai.Jangan lupa ade ramai pakar IT malaysia yg dok diam je nengok korang.mereka tunggu masa je nak tampil tolong sumbat korang dalam penjara.
MIRSB ni nak tanya ckit..ADA ORG CINA KE YANG MASUK PROGRAM KAYA KORANG? DAN SATU LAGI..MANA ORG YG DAH JOIN KORANG DAH JADI JUTAWAN TU?
Virtual Property RM50k Vs Real Estate/Property RM25k…….pikir sendiri saudara2,makcik2,pakcik2,abang2 & kakak2.
baby, kalo elok orang tak bising…yang tak elok baru la orang bising..
MIRSB cuma perlu perbaiki cara pemasaran mereka..be selective..jangan nak ambik duit orang je…
Saya tertanya tanya la jugak,dah berapa orang landlord monsun berjaya jual lot iklan tu?
Saya rasa satu dua orang yang buta IT je yang beli… hohohoho
baby..baby…namapun baby ..manalah tau apa2.kami yg dah kuar duit ni rasa peritnya…u ni mesti peserta bacth kedua yg tgh semangat nak bisness ye lah baru lepas balik dari course diaorang yg cite mcm tak ingat dunia tu ..ataupun mungkin kuncu puan nora ataupun mungkin yg tak tau apa2 tetiba aje nak mencelah atau mcm2 yg seumpama dgnnya….kalau u nak tau kami yg kena ni dah nak pecah kepala pikir nak dpt balik duit tu…lain kali survey dulu sblm buat kenyataan.Tak ada masa nye org yg buat blog ni nak menjatuhkan MIRSB sebenarnya MIRSB yg menjunamkan syt mereka sendiri.TP bagus jugak ada penyokong puan nora ni….sila forwardkan komen ni kat puan nora and the gang….kalau tak dia tak tahulah pulak….sila forward ye..cepat skit kami dpt refund. Bagi aku, aku dah haramkan keturunan aku join apa2 yg ada kaitan ngan MIRSB
wah hangin tul tu… MIRSB punya masih hangat dan panas seiring dnegan minyak panas dengan kenaikan yang mendadak naik…
kiranya macam senior dan junior laaa nih… mempertahankan dan mmpertikaikan… kita tengok aaa sapo yang menang…
baby dah dapat banyak mana dah? ribu2 ke? atau jadi pemerhati aje…?
Bro Abdfatah lu taknak tolong kerjakan MIRSB ke..?
MIRSB ni kacau biznes kita tau tak.
Atau awak nak jadi pemerhati je….
Aku salute you punya Blog Abdfatah.
==> baby tu pekerja MIRSB yang ikut masa MIRSB gi wat speech kat mana2. Masa MIRSB wat kelas teknikal kat GRAND SEASON HOTEL,KL, baby dok kat meja ketiga dari kanan register untuk BOSSMAILER. “PEKERJA SETIA COMPANY PENIPU-MIRSB”.
SILA PM AKU KALAU KO (MIRSB) TAK PUAS HATI NGAN KENYATAAN AKU.
bapak2 ,ibu2,adik2,kakak2,
macam mano nok dapek balik duit advance tu..? aku doh tak sabar nak tggu lama2. aku hrp tak do lah gol. bapak2 ,ibu2 semua (mangsa baru) ambik package BM yg tgh hangat di ‘road tour’ kan sekarang..!
nak jual brg ,pi lah buat kecil2 dulu ,join ebay dpt lah juga 4 angka ( adik aku ckp jual satu brg saja dpt 4 angka bulan2 ,no risk sbb ebay ni dah establish…)w/p tak dpt puluh2 ribu janji mcm MIRSB ckp tuh kalo ambik pakej dia org! (nampak ga yo dlm mimpi ler agaknya jd jutawan). aku sedih tgk ibu2 tunggal yg termakan ‘syair’ pn N….mrk itu patut di lindungi krn anak2 pun nak di tanggung .sedih jika duit simpanan lebur bknnya bertambah tapi kena keluar lg sebab nak iklan kan lot2 …
hrp2 ada yg membela atau ‘lawyer’ baby tu explain kan , kenapa servis MIRSB teruk sekali…! tanya staff dia org yg berlagak pandai IT tapi dok ulang2 soalan & jwpn sama w/p berkali2 bagi tau problem nyer
tengah melobi dah… apa yang pastinya mereka yang terlibat perlu tampil ke depan mengemukakan bukti sahih baru boleh dakwa dakwi… kalo perjalanan perniagaan dah jadi tunggang langgang nanti akan menyusahkan ramai orang…
minyak mahal woooo takkan nak habiskan duit tanpa hujung pangkal begitu sahaja secara membuta tuli…. mereka yang terperangkap sebenar terpengaruh dengan pulangan yang belum pasti… lebih2 lagi dengan sistem perniagaan yang sedemikian rupa…
mana lagi orang kuat MIRSB? puan N taknak pertahankan ke MIRSB kat sini? atau sibuk duk layan duit ke?
korang bab menghentam org sbb nak jual produk masing2 mmg no satu..korang nak jual produk korang,jual je la..yg korang nak hentam maki2 org lain kenapa..korang klu cite pasal maruah agama & bangsa mmg no satu..klu mencarut,menghina org lain takpe pulak..stakat nak nasihat org boleh,tp jgn nak mengajar2 pulak,kita sume ada otak,leh pikir..
hahahaha….keluar jugak akhirnya orang kuat MIRSB ni..( thug )
Bagus..bagus..
sape2 yang tak puas hati,nak maki hamun…silakan..wakil MIRSB dah bertambah tu..
aku nak jadi saksi kat mahkamah je…side orang2 yang, “TIPAH TERTIPU BANG….”.
aku gerenti MIRSB tengah prepare dgn putar belit diaorang utk masuk court.maklumlah…ade degree dalam putarbelit…
apohal nak maki hamun? nak tegur aje laaa mana yang tak berkenan… mana yang merugikan masyarakat…. mana lagi tokei mirsb? takkan kecut perut kot nak tampil ke depan….
tak senang duduk ke dalam pejabat mirsb tu…?
ini citer pasal MIRSB …….marilah mempertahankannya sehingga ke keduitan yang penghabisan…. mereka yang tak puas hati hari berhemah sikit aaaaa kalo nak hentam MIRSB…. kasi citer elok2 aje aaaaa untuk menyenangkan hati konco2 MIRSB dan bukannya mereka yang rasa tertipooooooooooo…….. meh sini kita tengok siapa yang menang….
kalo gitu gunalah minda kita dengan sebaik mungkin untuk berfikir dengan lebih bagus untuk masa depan….
mari laa hangpa semua…. mariiiiii…. kita gunakan minda dan kepala otak yang ada masing2 dengan sebaik mungkin. jangan nak mengada2 nak kutuk kutuk maki hamun yang tak tentu hala…. berhemah sedikit aaaaaaaa untuk keharmonian rumahtangga MIRSB…..
ni la dia org melayu..
kenapa iklan monsun hanya di tv3 atau harian metro aje? mari kita fikirkan sama-sama….
ni aku bagi tau..RTM tak approve iklan MIRSB sebab dalam syarat pengiklanan RTM sebut begini.. “iklan perniagaan-latar belakang perniagaan dan pemunya iklan haruslah jelas dan tidak melanggar perundangan negara”……so RTM reject…!!!
BERITA HARIAN & NSTP..subuh2 lagi dah tahu belang MIRSB..pun REJECT iklan MIRSB…
METRO & TV3 nak siar iklan tu pasal mereka “JOLOK”..
tak caye , tanya Uncle aku yg keje kat MediaPrima… Dt’.F.
“ni la dia org melayu..” ha nape..?tak blajaq sejarah ke chek oiii…bangsa kita melayu dibunuh bangsa sendiri. mcm yg korang buat (MIRSB). hang kasi emel hang kat aku (thug),aku nak ajaq hang ape tu internet&komputer.
mari lah kita belajar internet dan komputer dengan mirsb… belajar cara format komputer ke? belajar pasang sendiri komputer ke? bagus jugak tu…. pokok pangkalnya kena belajar dulu apa itu komputer dan apa itu internet dan juga berkenalan dengan lebih rapat berkenaan produk MIRSB…. lepas tu boleh aaaaa buat kelas komputer dan jugak kelas internet untuk belajar berkenaan perniagaan internet…
boleh try cari tutorial pasang hard disk dan juga perkakasan komputer. boleh agaknya…? boleh dah tentunya boleh kena tunggu UNIVERSITI MIRSB. mungkin lebih hebat lagi penangan univrsiti mirsb nih….. tak caya tanya laaa puan anne tersebut…
eh..syamsuriyadi tuan punya rajaadsense.com kan?
saya br perasan bahawa pemilik blog ini ada en syam yg saya sgt hormati. saya ingin meminta maaf sekiranya saya terkasar bahasa disini. bagi menghormati en syam, saya hanya akan mendiamkan diri sahaja.
thug,
salah seorang pembeli pakej adsense
thug, takpe.. Tak kisah nak bangkang ke apa? Ini adalah perbincangan.. Yang komen tu pun adalah mereka yang telah join apa yang diorang buat tu..
Takkan mereka nak jatuhkan biz yang mereka buat sendiri melainkan ia salah dari segi etika perniagaan dan sebagainya.
Apa yang mereka buat boleh disalah anggap..malah ia boleh memberi kesan kepada perniagaan internet dan juga perniagaan sms..
Bagi yang nak join, kaji betul betul..tanya mereka yang dah join. Jangan menyesal dikemudian hari..ianya dah tak berguna lagi.
sape lagi yg akan jatuh kan org melayu skang ni klu bkn org melayu tu sendiri…bangsa lain bertepuk tangan suke ria tgok melayu same melayu sering bertagah dan berjanggah pendapat..sedang kan mereka sedang membina empayer untuk menjatuhkan dan memusnah kan bagsa melayu dan agama islam…
melayu hanya tau mengata,memboikot,menyampah,meluat..dan bermacam2 ‘me’ lagi la…ape nak jadi???ape dah jadi???
cube bg cadangan yg bernas..atau pon hasil yg lebih baik supaya boleh dikongsikan sesama…bkn mngata dan mengeji….
bkn berpihak pd sesiapa..cme kesal dgn sikap melayu islam skang…
Assalamualaikum semua .
Bagi idea macam mana nak berjaya dalam business
internet yang betul.
Saya baru dibuang keje. So saya ada try buat business di internet.
Selalunya orang yang pandai , mesti ada idea yang bernas.
Kita selalu kutuk orang , kan lebih baik tolong orang di luar tu
yang banyak dalam kesusahan , tiada kerja , dibuang keje.
Kepandaian / ilmu itu datang dari Allah , hanya pinjaman , gunakaan lah ilmu itu untuk yang baik / kebaikan untuk umat..
jika ilmu itu kita ajar pada umat lain , pahala akan di bawa sampai
ke mati selagi mana ilmu yang kita ajar itu digunakan untuk kebaikan.
Wassalam.
hohoho… Utk memulakan perniagaan,idea sepatutnya mula dari empunya badan.sebab kita akan berjuang mempertahankannya nanti..
Jadi kena tahu,apa yang kita nak buat..
Kena lihat:
1.Kemahiran kita.
2.Kemampuan kita.
3.Kemahuan kita.
1.Kemahiran
Ia adalah asas perniagaan kita. Dengan kemahiran tersebut kita boleh perbagaikan perniagaan kita.Contohnya kita ada kemahiran mereka bentuk grafik. Jadi buat servis berkenaan.
2.Kemampuan
Adakah anda mampu dari segi modal,masa,kepercayaan dan sebagainya. Sebagai usahawan internet, anda mungkin akan menghadapi masalah pada permulaan. Kemampuan tersebut akan membolehkan anda terus bertahan walaupun customer yang kurang.
3.Kemahuan
Sejauh mana kemahuan anda utk berniaga?Kalo setakat nak mencuba anda akan gagal. Anda perlu “put your heart in your business” kata orang putih. Begitu juga untuk berjaya! Adakah anda mempunyai kemahuan yang cukup?
Itu adalah sebahagian daripada asas yang perlu sebelum memulakan perniagaan internet. Ramai orang yang buat sekerat jalan kerana tidak mempunyai kemampuan dan kemahuan yang cukup kuat.
Tiada jalan mudah la bro. Tiada shortcut. Anda kena usaha sungguh sungguh.
Tapi idea mesti dari kita sendiri. Kita tiru orang pun,ia takkan bertahan kerana ia bukan idea kita. Kita hanya akan menjadi bayangan kepada orang yang kita tiru. Ia takkan kemana.
Rachman, perlu teliti diri dulu. Kemudian fikirkan apakah perniagaan internet yang sesuai untuk diri anda. Sebab diri kita lebih tahu tentang diri kita bukan?
“sape lagi yg akan jatuh kan org melayu skang ni klu bkn org melayu tu sendiri…bangsa lain bertepuk tangan suke ria tgok melayu same melayu sering bertagah dan berjanggah pendapat..sedang kan mereka sedang membina empayer untuk menjatuhkan dan memusnah kan bagsa melayu dan agama islam…
melayu hanya tau mengata,memboikot,menyampah,meluat..dan bermacam2 ‘me’ lagi la…ape nak jadi???ape dah jadi???
cube bg cadangan yg bernas..atau pon hasil yg lebih baik supaya boleh dikongsikan sesama…bkn mngata dan mengeji….
bkn berpihak pd sesiapa..cme kesal dgn sikap melayu islam skang…”
oh yaa… sebelum tu saudara dah join ke MIRSB… kalo belum join boleh laa try join dengan modal serendah rm1000 aje. makcik pakcik pun boleh kuarkan modal rm1000. inikan pula kita-kita yang taknak atau takder duit….
bukan nak mengata tapi nak menegur… cubalah anda sendiri yang join sekali dengan modal rm50 ribu lagi best… tul tak? itupun kalo mahu join laaa…
kalo dah join dan berjaya… tahniah laa banyak2…
Sila baca artikel bertajuk “Pantau syarikat tawar produk IT”,di alamat http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Surat/20080618224005/Article/
KEBELAKANGAN ini banyak syarikat yang menawarkan produk Teknologi Maklumat (IT) seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), iklan maya dan penghantaran e-mel pukal kepada bakal usahawan. Syarikat ini memberi jaminan bahawa bakal usahawan itu mampu menjana pendapatan yang lumayan sehingga boleh mencapai status jutawan.
Setiap hari iklan peluang perniagaan mereka yang agak mengelirukan dan menjanjikan pulangan ribuan dan jutaan ringgit megah terpampang di media cetak dan elektronik. Modal yang diperlukan untuk mendapatkan produk IT itu bermula daripada ratusan ringgit sehingga cecah ke puluhan ribuan ringgit.
Namun, sedarkah kita bahawa terdapat begitu banyak rungutan yang diutarakan bakal usahawan Melayu yang membeli dan menggunakan produk syarikat berkenaan?
Antara rungutan ialah syarikat terbabit tidak melayan dan membimbing pelanggannya (usahawan) sebaik mungkin, berbeza dengan layanan yang diberi sebelum membuat pembelian produk itu. Kursus latihan mereka (yang juga perlu dibayar) hanya memberi fokus kepada cara menggunakan produk IT itu, namun tiada latihan khusus mengenai aspek keusahawanan, undang-undang dan pengetahuan IT. Mereka dibiarkan terkapai-kapai dalam mencari hala tuju perniagaan masing-masing selepas tamat kursus.
Sesetengah produk IT yang dijual tidaklah secanggih mana jika dibandingkan dengan beberapa sistem IT lain, yang lebih kurang sama keupayaannya serta boleh didapati di dalam talian internet secara percuma!
Untuk pengetahuan, jika bakal usahawan ini tidak mempunyai modal yang mencukupi, ada di antara syarikat ini yang menawarkan pakej pembiayaan permulaan perniagaan sehingga berjumlah RM50,000 melalui pakej rakan niaga bersama Tekun Nasional.
Rungutan mengenai masalah tahap profesionalisme, tiada bimbingan, tahap keupayaan produk IT dan jumlah modal pelaburan yang tidak berpatutan jelas terpampang pada forum dan blog internet. Malahan, ada di antara laman web produk berkenaan masih lagi dikategorikan pihak enjin carian Google sebagai berisiko tinggi kerana mempunyai kandungan perisian yang boleh memudaratkan sistem komputer. Ada juga produk IT mereka yang jelas menggalakkan aktiviti penghantaran sampah e-mel (spamming), yang mana aktiviti ini jelas bercanggah dengan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Malahan, terdapat juga produk perkhidmatan iklan maya (mirip seperti eBay) yang tidaklah secanggih mana jika dibandingkan dengan laman web iklan tempatan lain yang terdapat di internet.
Saya amat berharap agar nasib segelintir usahawan Melayu yang sudah mengeluarkan modal besar tetapi tidak dapat mencapai apa yang dijamin syarikat terbabit dibela pihak berkuasa, khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Aktiviti syarikat berkenaan perlu dipantau daripada semasa ke semasa untuk mengelak daripada berlakunya kekeliruan dan salah faham di kalangan usahawan yang kurang faham mengenai industri IT.
Jaminan keuntungan perniagaan yang sebenarnya tidaklah semudah ‘sifir darab matematik’ yang dijaja syarikat ini kerana untuk mendapat keuntungan yang berlipat ganda, seseorang usahawan perlu mempunyai keupayaan yang lebih daripada sekadar matematik mudah.
Saya ingin nak share komen tentang monsunbiz ni, harap para Monsunbiz pon dapat baca. Niat bukan nak jatuhkan sesiapa, tapi nak tolong warga kaum kita gak.
Kami ada client2 yg dtg minta pertolongan untuk jual barangan produk mereka, dan mereka adalah ahli monsunbiz. Maaf cakap, tapi approach kami berbeza dari Monsunbiz, jadi kami explain pada mereka options yg ada mengikut budget mereka. Boleh dikatakan banyak juga info yg diorg tak tahu pasal web. Antara perkara yang kami dapat tahu dr ahli mereka:
1. Monsunbiz nye strategy planning tak clear pada ahli mereka.
2. Jumlah bayaran yg perlu dilaburkan boleh dikatakan tinggi jika apa yang ahli dapat adalah sebanyak itu.
3. Penampilan laman web berbeza dari apa yang di war warkan.
Ni yg 3 benda paling besar client kami yg ahli Monsunbiz komplen. Saya nak suggest Monsunbiz, kalau boleh:
1. Start educating your ahli-ahli dlu. Dengan pelaburan mereka, you guys boleh tambah knowledge diorg utk celik IT, ajar camna nak guna pc, internet, etc. Diorg melabur maksudnya diorg minat dan dah bersungguh2. Sayang Monsunbiz dapat ramai ahli yg sanggup melabur tapi tak tau macammana nak menggunakan internet dan web. Inilah masa utk tolong diorg. Kos mengajar mereka confirm dah boleh cover,3-4 training lagi. Ramai ahli korang dtg kat kami nak search google dan cek email pon kurang arif. Sebab itu ramai merungut bro. Skrg ni minyak dah naik, gov dah banyak cancel contract dgn training centres. Call je diorg, ramai yg leh offer sewa training centre yg murah2. Kalau tak jumpa boleh email saya tolong carikan.
2. Improve your websites. Maksud saya information dlm tu kena clear dan sertakan bukti2 yang akan boleh clearkan was-was org lain. You guys buat bisnes web, so web tu kena lah uptodate dan informative.
Suggestion ni bukan nak jatuhkan sesiapa, tapi sama2 la kita warga msia terutama kaum melayu tolong sama sendiri. Websites creation kami pon bukan perfect 100%, tapi kita kena make sure client kita tau apa yg mereka bayar. Kita kena always improve. Saya yakin korang tengah cuba improvekan, dan info amat penting.
Waktu first time MIRSB masuk tv cerita pasal payment gateway, kami yg terdiri dr web consultant group ni dah seronok dah, ada warga bumiputra offer payment gateway buatan sendiri. Terus kami call orang2 kuat Monsunbiz(wanita & lelaki), tapi found out website payment gateway tak wujud lagi, dan nama gateway2020 dlm google yg kami search pon takde. Kami cuma disuruh ke hotel concorde dengar taklimat. Bagi kami kalau bisnes internet takde website, susah kami nak join. Maaf cakap Monsunbiz, u guys kena make sure ur business is clear. Ramai Bumiputra yg bergiat dgn web temasuk kami plan nak bekerjasama & partnership dgn u guys, tapi kami tak bleh nak risk clients kitorg. FYI kami pakai iPay88, MObile88 dgn Paypal utk client kami.
Harap u guys tak sia siakan ahli korang. Bukan senang nak dapat ahli2 yg sanggup laburkan sebanyak itu. Maaf kalau silap cakap ye. Semoga berjaya MIRB bantu ahli-ahli.
Sesiapa yg perlukan pertolongan & pertanyaan pasal web boleh email kami gak, insyaallah.
Saya dah pergi ke taklimat dia.Saya nampak semua produk or program jana duit/software yg dutawarkan..memang boleh dpt percuma kalo pandai cari kat Internet,forum…
Search for resources dulu before terjun dgn MIRSB..
Just my 3 cents,
Screech,betul apa yg U tulis.byk staff dia dh berhnti.i try to call pn nora tp tk pernah jawap.anyway to refund my money back tk?pls help me.i dhlh buta IT dn diaorg plak susah kita nk contact.
sesiapa yg dh join monsun dan tk begerak lagi tu.i nk tnya apa korang nk buat.i call them and they said will call me back.tapi sampai skrang tk call2.anyone can hightlight this matter.kalau minta duit kita tu balik boleh tk?
Aidah, kalau nak refund, it all depends dgn apa agreement yang u sign dengan MIRSB. Cek balik your agreement copy yg u buat dgn MIRSB. Best way is u cuba confront with them face to face bersama dgn ahli2 yang lain, since cubaan menelefon sudah tidak dilayan. Harap2 bukan sebab dia sengaja taknak angkat phone dia. Baru 3 hari lepas still ada iklan Monsunbiz keluar di TV3, maksudnya mereka still active dan menerima keahlian baru. Sebelum apa2 baik cuba berbincang dgn kakitangan MIRSB dulu face to face.
Dr segi undang2 ni lebih baik tanya pada yg arif dlm bidang ni, e.g. peguam atau badan kerajaan yg terlibat. Harap ia membantu.
sham*,ni i nk tnya u blh tk?apa pndapat u tntang satu lg intnet biz,iaitu http://www.Duit Sekelip Mata.com. yalah mana tau u lebih arif tntang it ni tau mengenainya,anyway biz apa yg telus yg blh buat through intnet?hope u can help me. pls give your feedback to me.
aku tak sure korang leh refund atau tak. Peguam diorang mesti ada cara nak auta bende2 nih semua.
Tapi kalau once rakyat wat demo depan pejabat diorang dan leh masuk TV3 dan leh masuk akhbar harian pasal orang tak puas hati dengan monsun, aku rasa ada harapan kat situ.
Nak dapat duit balik, susah. Tapi still ada harapan nak diorang perbaiki atau fikirkan sesuatu..
mokbondo doh try tanya pasal nak refund tu sebab nampak macam takde jalan nak jadi jutawan daaa…
staff yg cakap ngan i pun lepas satu ,satu pass lain.kalau ada yg layan pun macam ‘kurang mesra’..sakit hati je .
agreement takde, cuma receipt2 dan borang keahlian (copy) ada tapi cammana nak dpt duit 20% tu yer?
saya tak kisah apa monsun biz nak buat kpd sesapa pon.sbb siapa setuju,dia akan terimalah sistem monsun biz nie.monsun biz memang mcm menipu.tapi apa yng saya dengar dari yng tak puashati ialah masalah tak dijawab.
kira dapat untung besar mestilah modal besar.tak gitu?
ada hikmahnya klau dibuat modal besar gitu supaya dia rajin aje kerja supaya balik modal.rajin bertanya cmana.jadik rajin le.monsun biz nie tak bagus untuk yng kerja kaki intenet aje.sbb targetnya bukan utk orang sebegitu.targetnya ialah orang tak paham langsung kom agar dijadikan kom nie pejabat.jadi siapa yang pandai manipulasikan sistem nie berjayalah dapat lebih.tapi klau sesiapa yng mcm tak puashati kat sistem nie dialah rasa kurengleh.
itu pilihan yang klau nak komplen,komplen lah.kira monsun -biz yng saya kata bahawa tidak sesuai utk yng kaki internet.mmg tak sesuai!!
jadi sesiapa yang termasuk kat sistem nie,jgn rasa tertipu.usahakan agar cmana balik modal .iaitu rajin bertanya dan blaja.tapi bkn kat malaysia.seluruh dunialah.
En.Zam ni join orang MIRSB ke?
Tak sesuai untuk kaki internet je ke? apa citer mak cik,pak cik tua? surirumah? ibu tunggal?
Monsun kan internet directory… kenapa pulak tak sesuai untuk kaki internet? kalo kaki internet ni tak surf, siapa nak surf monsun tu?
Lagi la fail kalo takde orang nak tengok apa kejadahnya monsun tu.. kalo orang tak pandai guna internet,wat apa nak surf..nak buka pc pun tak reti..
Salam, sy nie pernah buat kaji selidik tentang program nie.. Program ICT nie ade prons and cons. Sy juga berminat tentang program nie lebih – lebih lagi program MOBILE INCOME DIRECTORY, SMSWORKS, I-GO MOBILE, BOSSMAILER dan MOBIWEB yang di anjurkan oleh MIRSB. Nak tahu berapa harga setiap satu program: SMSWORKS – RM 1000.00, I-GO MOBILE – RM 5000.00, BOSSMAILER – RM 2000.00 dan MOBIWEB – RM 1000.00. Mcm nie la.. apa kata orang yang nk menceburi bisness ICT nie buat lah kaji selidik yang terperinci dengan meghubungi pegawai MIRSB @ customer Service. Selain tu, datanglah seminar2 yang dianjurkan oleh mana-mana syarikat yang di bawah naugan MIRSB seperti NNR, WQW, GVR dan sebagainya. Buat la kajian terlebih dahulu dan berbincang dengan pihak tertentu seperti saudara mara kita, agensi kerajaan terutamanya MCMC dan badan – badan kerajaan yang berkaitan dengan ICT. Jgn la terlalu tamak hingga nk melabur sehingga RM 50k dan 100k. Org yang dah ade back up modal yang banyak dan yang dah ade existing bisnes serta mempunyai client yang banyak boleh membeli pakej Monsun. Pada saya, sy percaya yang sistem tue mmg boleh generate income tapi bukan terus jadi cepat kaya dan jutawan. makan masa yang lama. Lagi satu strategi marketing kene very strong. Ingat, utk buat marketing kene tgk dari segi target market, advertising cost, pekerja dan back up modal serta IDEA MARKETING yang fantastic.. Klu nk beli sistem pakej RM 50k tgk dulu target market, product, place, price, market research dan banyak lagi.. Advertising cost nak kene tanya pihak syarikat pengiklanan berapa harga kos pengiklanan, saiz iklan dan bape lama ianya diiklankan. back up modal pula nak kene banyak lebih kurang dalam RM 10k – 20k.. Advertising tools ade banyak jenis. boleh guna surat khabar, majalah, flyers, seminar, brochure, direct selling, internet marketing, website, atau cari pekerja yang mahir dalam bidang corporate marketing dan last sekali anda juga boleh hire mana2 specialist marketing dan advertising utk market produk anda.. Klu la bagi saya 50k, apa yang saya buat ialah sy akan beli sistem SMSWORKS, MOBIWEB, BOSSMAILER & IGO MOBILE.. 4 pakej nie xsampai pun RM 10k dan lagi 40k sy akan invest utk marketing. Sy akan upah marketing consultants utk buat marketing sistem SMSWORKS, ade idea cam ner nak pki sistem SMSWORKS. Selain tu, sy akan design website dengan domain dan hosting utk jual produk saya sendiri di email – email satu dunia dengan integrate Bossmailer wlupun sesetgh pihak kata ianya SPAM. Klu xpun jgn beli Bossmailer mungkin boleh cari search engine yg bagus utk memastikan website anda sentiasa dikunjungi. Klu client nk buat payment melalui PAYPAL.. caj pun bukan mahal cuma nk apply nie pening skit. Klu ade payment gateway xla pening sgt nak buat paymeny online. Sy pun dah banyak bagi idea mcmn nk mula perniagaan spt nie sbb ade rakan sy yg dah berjaya dan sy pun bantu2 kwn sy tlg buat bisnes sie. xde lah nk jadi kaya tp at least ade income masuk hari – hari. Klu x berminat program ICT nie, sy cadangkan labur dalam perniagaan yang tersedia ada di Malaysia. Sila beli BFS Magazine di pasaran, anda boleh lihat terdapat banyak bisnes yang tersedia ada ingin di jual dipasaran. Sume bisness yang mmg org tau boleh buat duit. Akhir kata dari sy, buat la market research dan dapatkan specialist atau advisor bisnes ataupun masuk program business coaching yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun swasta. MARA dan PUNB boleh membantu dan mendidik anda untuk memulakan bisness. Pelajari teknik memulakan perniagaan kecil – kecilan atau yang besar dan apakah cabaran – cabaran yang akan di lalui oleh bisnes owner setelah berkecimpung dalam apa saja bisnes.
apohal dah kecoh pasal mirsb? biar betik citer kecoh tu… saspen laa citer pasal mirsb sekarang nih…
wohohooo… mirsb semakin panas… panas membara…
PEndapat aku la.. korang post je cerita penipuan MIRSB kat forum2 politik…
contoh.. http://www.tranungkite.net.. untuk alertkan lebih ramai pengguna lain supaya xtertipu..
baru kerajaan buka sikit mata melihatnya… sebab mmg sentiasa dipantau 24jam oleh orang gomen…
ni niat bukan nak suruh berpolitik tapi nak bg org politik yg pegang kuasa tu sedar yang rakyat Msia ni ramai kena tipu oleh penipu berpelembagaan @ backup @ kabel besar….
Xpun sesapa yg kena aniaya tu hantar la surat kat paper alternatif ke…
dan harap2 dapat dilakukan dgn pantas sebelum merebak ke Sabah dan Serawak… makin ramai ditipunya nanti…
U all sume nie xpaham.. Pasal program nie.. Itu u all punya pendapat.. Rata – rata orang yang comment dalam nie sume sifat negative. Jd la skit orang tua. Asyik nak complain bangsa sendiri.
Berecx Boyz Zone lagi tak faham..orang yang komplen tu adalah mangsa MIRSB yang dibiarkan terkontang kanting tanpa bimbingan. bukan sekadar pendapat dah tu.. tapi luahan rasa..
Actually saya dah jumpa ramai dah mangsa diorang ni termasuk anggota polis sendiri…huhuhuh..pengawai siasatan jenayah berat lagi tu..
dah lama orang kuat MIrsb tak komen kat sini..hohoho
apo yg si zam merapu tu..? mokbondo tok paham bebenor.
monsunbiz tak sesuai untuk kaki internet..? ko cakap apo, anokndo?
masalah nyer, prog tu tak telus atau lebih kepada janji palsu. monsunbiz tu mmg dijual untuk sumo peringkat ,tak tahu internet atau kaki internet sumo mrk tibai dgn janji kepada ….errr jalan menjadi jutawan..!
zafifi , yg ko cakap tu drp study kau ke? mmg ler tapi yg mangsa join tahun lepas bukannya dpt duit ,kalu yg di cetak dan dikata tu mmglah tak dapat,tapi nak dpt seribu hinggit pun blur…! banyak keluar duit untuk advertisement ade ler.
yg join tahun ni,banyak yg tak jalan lagi terutama pasal gateway,forms yg anta kat mines sumo lengkap. depa ckp masa kursus dpt jwp (ID) dlm masa 2 minggu,tapi dah masuk 3 bulan nih…bila tel mirsb HQ,mrk suruh call mines,call mines, org incharge tak de kata yg menjawab call…so terkapai2 kita orang.
lg satu, mokbondo & cousin pernah try respond kat adv. sms yg katanya kerja part time gulung brocur hypermarket dan hantar nama,alamat dan sms ke 3____(no powered by everworks)
yg tak sedapnya, kami di caj RM1.00 ,konon permohonan di proses BUT the next day, terima sms dr no sama kata ‘your application is unsuccessful..’ dan di caj rm 1.00 lagi! sepupu mokbondo pun dpt gitu jugak..
aiikkk, rasonyer sumo org cuba sumonyer tak berjaya…
nasihat mokbondo, pada mrk yg buat sms biz ni (dr monsun pakej) jgnler sampai tipu org pasa tawaran keje…..tak berkat tau..
saya baru je berdaftar dengan monsun… then ble dah lengkap peralatan computer n internet…saya on monsun nye website tapi baru nak start virus msuk pnuh….serang gila2…. SEBAB APE?????…. pihak MIRSB tolong explain segera!!!!!!
saya baru saja melayari satu blog berkaitan dgn mirsb. hampir tiga jam saya membaca segala luahan perasaan mereka yang telah menyertai mirsb. ada ke siapa2 di disini yang tahu bahawa puan Nora telah meninggalkan mirsb ? kalau ada yg masih belum tahu cari2lah maklumat dari mana2 blog yang membicarakan mirsb.
p/s: ketika merayau melayari internet saya terjumpa blog yg saya maksudkan. maaf saya tak bolih mempromosikan nya.
Askm, Dari sumber yang diperolehi dari X staf Monsun pn. Nora telah pun meninggalkan bisnes monsun ni.Begitu juga staf2 lain. Ya allah saya nie dah masuk 6 bulan dah. Satu benda pun tak dapat. Duit dah bayar 10K untuk permulaan, duit bengkel RM 1800.00 utk 3 orang dan beli E- mails sebanyak RM 2K. Ya allah, bukalah pintu hati mereka untuk pulangkannya. Saya dapat maklumat dari orang dalam MIRSB. Duit tu telah pun digunakan bagi tujuan lain. Boss MIRSB ni demo baru tau bukannya Dato’. Hai macamana jadi macam nie. takkan orang TEKUN tak tahu ada berlaku pembohongan disitu.
Le ni macamana. Tak usah dok nak harap lagi mak bonda. Harap mak bonda cal saya. Saya nak cakap dengan U. Boleh beri phone no ke. Hilang dah duit kita nie. Sedih anak-anak saya.TQ
Aku terpanggil nak menulis setelah aku membaca para pengomen tentang MIRSB ni. Unfortunately aku pun kena gak ngan dia orang, maklumlah cara dia org explain tuh memang hebat…. so aku invest… bila wat talks dia punya agen agen dia suma muka iras iras.. aku tak syak lagi… tgk iklan kat paper nama yang dia letak best je… so aku yang kelabu mata ni terus join.. pegi la teknikal class, dia punya cara pengajaran fuyyoooo macam semua orang tuh buduh…. lepas tuh bila aku tanya teknikal terms jer yang jawab just yang pepower si sidek yang botak tuh. sama gak la ngan si ramzu yang dok citer pasal callcenter. masa aku pegi pre launch.
Lagi lagi bila aku pegi teknikal course kat grand seasson, cuma dapat la hamper yang harga dia dalam 80 hengget. masa tuh si Wan Norai tuh menangis peluk peluk ngan laki dia si Ajis Najis… wahahahha wat drama plak. menurut dari cerita Wan Norai Cibai ni dia dulu keluarga susah and masa zaman kejatuhan dia yang paling teruk duit dalam poket just ada 12.50. (huhuhuhu sekarang ni aku nak doakan dia jadik macam tuh balik….. ) pas tuh yang aku heran melalui cerita dia macam mana tetiba ada plak dia punya funder nak fund and boleh kasik dia bisness… pelik tak? aku rasa since korang suma lebih memahami teknikal terms, tapi kat sini aku just nak cadangkan kat korang yang terrer nih hentikanlah penipuan MIRSB nih… biar dia belajar sket dari kesilapan… aku nih just melabur bawah 5k, mcm mana plak yang melabur lebih dari 10k???? sesama lah kita kesiankan rakyat malaysia
lama senyap komen psl mirsb nih..dah 3 kali aku ulang baca komen2 kat sini..
aku nak komen ni jer..terima kasih..terima kasih..terima kasih..
terima kasih..terima kasih..terima kasih..terima kasih..terima kasih..
terima kasih..terima kasih..terima kasih..terima kasih..terima kasih..
terima kasih..terima kasih..terima kasih..terima kasih..terima kasih..
terima kasih..terima kasih..terima kasih..terima kasih..terima kasih..
kerana membantu aku dari terus muflis. aku memang sudah muflis dan nyaris lebih muflis jika haritu aku bersetuju dan membayar modal yang ditetapkan. Modal yang aku dapat dari meminjam.
hari ni kluar iklan igomobile kalo tak silap dr sufiwork.
kalo tak silap aku mirsb diambil alih oleh sufiwork
mana komen sham……………
saya tak bli paper..tapi yang aktif promote sekarang ialah reseller diorang spt OBLworld yang teruskan perjuangan.rasanya sufiwork tu pun sama.
kalo betul,sufiwork ambil alih semua produk mirsb tu, maknanya ia satu tindakan yang tak bijak.
sufiwork ke , WQW ke, NNR ke, smua dlm company MIRSB yg sama. Jgn tertipu. Diorang ni x hbis menipu org yg buta IT. Takde perikemanusiaan, Sb tu la lingkup. Mna la org melayu nk bejaya klau sikap mcm MIRSB. i dh fedup dgn taktik kotor mereka stlh i pun jd salah satu mangsa mati kering diorang. bkn stakat membeli tp lebih dr tu (mls nk expose). tp alhamdulillah bila kita sntiasa bersabar dan muhasabah diri serta redha dgn ujian ALLAh, kita akn dikurniakn yg lebih baik. Kini i boleh dikatakn berjaya dgn sistem SMS i sndiri (bukan dr MIRSB yg hampeh tu) n so called as indipendent marketer for SMS BLASTING system. Biz kecik2 tp dh merasa untung lebih 100k. Slmt bjaya dan kaya pd semua.
aku bengang betulla bila baca komen Poning dia ni mungkin orang Mirsb kot aku lesap RM5,000.00 beli I-GOMOBILE dan PAYMEN GATEWAY gi kursus lesap lagi RM60.00 tiga kali kursus dapat i-gomobile dapat Paymen gateway dan dapatBossmailer..i-gomobile baru ni aku nak renew terkial-kial cari nak renew kat apa semua e-mail rejek balik.Akhirnya aku renew kat everworks RM1200 setahun..last-last aku dapat e-mail dari DR ZUBIR kata nak renew cuma RM250 tapi dah sebulan aku renew..lengkup duit lagi..Paymen Gateway sampai la aku tak boleh login pasai E-mail dan Passwords tak ada dalam data..sedangkan e-mail tu yang depa dok hantar e-mail awai-awai dulu..kes yang sama juga terjadi kat Bossmailer…wahai Poning kalau betul depani nak meniaga macam ni kaaa…raplah jingga betui..kalau aku beli ceret letrik harga RM20.00 pun tau kemana nak pi kalau rosak atau ada apa-apa masalah ni RM5,000.00(utk pengetahuan Poning aku ada puluh ribu bukan 5 ribu saja ) semua e-mail senyap no hanphone tosah cerita..tutup..aku akan tuntut diakhirat nanti pasai depa semua orang islam..haritu cakap jangan on nombor ekor haramm…haram nombor ekor ringan sikit tau dari haram tipu orang..kerana haram nombor ekor dosa antara kita dengan tuhan dan tuhan maha pengampun lagi maha penyayang..haram tipu orang tuhan tak ampun..orang itu sendiri yang kena ampun..hampa nak cari depa dimana..didunia pun tak tercari lagi kan diakhirat..lagi pun diakhirat nak buat apa- duit-duit tuu…fikir-fikirkanlahh..Pun Nora dan Suami, Dr Zubir and the geng.saya boleh dihubungi di ahbml_2007@live.com.my
← Previous Comments
Next Comments →
{ 27 trackbacks }