Review Maskahwin Yang Hilang


Maskahwin yang hilang? Hilang ke mana? Huhuhu…Suspen je.Saya dalam mood untuk berumah tangga yang bakal berlansung pada Ogos nanti. Bagaimana perasaaan? Macam macam ada… Takut tok kadi banyak soal, takut tanggungjawab yang makin besar, takut malam pertama nak tanggung anak orang…macam macam perasaan la katakan. Gembira ada, gementar pun ada…

Buku Ebook Maskahwin yang hilang saya telah beli sejak tahun 2005 kalo tak silap saya. Dah lupa dah. Dah ia adalah salah satu buku yang saya seringkali ulang baca (Dulu ia dalam format buku) sehingga hari ini. Keghairahan saya membaca sehingga saya tidur dengan buku..nanti tidur dengan isteri la kot..ehemm

Ebook ini merupakan karangan Mohd Shuhaimy aka Shuth aka M.Sufiz. Fuh..banyak betul nama. Ia merupakan ebook panduan kewangan sebelum perkahwinan. Orang dah kawin pun boleh baca sebab apabila sebut tentang kewangan, semua orang terlibat. Malah budak lepas SPM tak terkecuali, ingat Labanon…kewangan kena jaga walaupun ko semakin kaya sekarang. 🙂

Sales letter Maskahwin ini pun sering menjadi rujukan saya untuk menulis sales letter yang boleh menjual. Seronok membaca buku tersebut kerana ayat yang sempoi bahasa yang terkena batang hidung saya sendiri dalam sesetengah perkara. Itu yang saya suka tentang ebook ini. Sebab itulah Ebook Maskahwin yang hilang tetap mendapat sambutan walaupun dah 4 @ 5 tahun ia berada di pasaran.

Tajuknya pun mampu menimbulkan kontroversi tanda tanya kepada sesiapa sahaja yang tengah berkira kira nak berumahtangga. Tidak kiralah samada lelaki atau pun wanita. Kita serupa…

Apabila harga minyak dan barangan dah naik. Ia menyebabkan kebanyakan bakal pengantin mengelabah untuk menambah bajet masing masing. Termasuk la saya ni. Saya terpaksa menambah extra beberapa ribu lagi bagi persediaan kenaikan harga barang. Bakal pengantin lain macamana?

Mungkin ada yang terpaksa meminjam daripada saudara mara sebab tak cukup duit kerana kenaikan harga minyak yang mengejut. Saya ada buat simpanan skit,jadi tak la risau sangat. Tetapi risau la jugak kot2 habis saving hanya untuk kahwin. Tapi takpe la, kahwin hanya sekali seumur hidup. 🙂

Berapakah bajet perkahwinan bagi perkahwinan sekarang? RM15,000? Rasanya tak cukup dah jumlah tu sekarang. Dah dekat RM20,000 dah semata mata untuk kawin. Kalo buat pinjaman PTPTIPU PTPTN,dah dekat seumur hidup tu nak bayar tu. Semuanya bagi majlis untuk 2 hari (sehari umah perempuan,sehari umah lelaki).

Mereka yang bujang pulak nampaknya terpaksa la mengubah pelan nak kahwin bila raba poket tinggal duit syiling je setiap bulan. Makin maju, makin susah kan? Jadi penyelesaianya buat pelan untuk kahwin. Tingkatkan jumlah tabungan dan kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Say No To A***O (abis la Ananda Krishnan nanti), tengok je la TV1,Tv2,TV3,TV7,TV8 dan TV9. Dah ada 6 channel yang free.

Terdapat banyak lagi cara lain nak membantu bakal pengantin untuk mempercepatkan majlis Raja Sehari tersebut. Jika nak tahu, sila dapatkan la Ebook Maskahwin yang Hilang di http://www.Maskahwin.com.

maskahwin

Tak sabar nak kawin? Puasa je la. Sekarang ni kan bulan Rejab. Dapat pahala. Jangan lupa dapatkan Ebook Maskahwin yang Hilang ye! RM15 je untuk mendapatkan ilmu yang tidak ternilai..


http://www.maskahwin.com

Doakan kebahagiaan kami ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • mas kahwin yang hilang free download
  • mas kawin yang hilang free download
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 8

  1. Labanon July 11, 2008
  2. titan July 11, 2008
  3. sham July 11, 2008
  4. thinkerich July 14, 2008
  5. sham July 15, 2008
  6. Din Beramboi July 15, 2008
  7. Din Beramboi July 15, 2008
  8. Thinkerich July 15, 2008

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.