Review Pakej Pakar Ebook

Hari ini merupakan hari pelancaran Pakej Ebook Pakar Ebook yang dihasilkan oleh Jamal. Saya menerima review copy ebook ini minggu lepas. Secara asasnya ia mengandungi beberapa modul utama iaitu:

  1. Teknik Rahsia Mencari Idea
  2. Teknik Rahsia Menulis Ebook
  3. Teknik Rahsia Membina Web Jualan
  4. Teknik Rahsia Penulisan Surat Jualan
  5. Teknik Rahsia Pra Pelancaran Ebook
  6. Teknik Rahsia Pemasaran Ebook

Ini adalah antara kandungan yang terdapat dalam pakej tersebut. Memang ada sedikit persamaan dengan ebook Rahsia Penulis Ebook yang saya hasilkan, cuma ia dipecahkan kepada modul modul. :). Anda boleh jadikannya sebagai satu pengulangan atau ulangkaji sudah mengetahuinya.

Namun, anda boleh belajar benda baru daripada Jamal. Setiap orang mempunyai mengalaman berbeza.

Bila tengok ke laman web Pakar EBook, Jamal mengunakan 2 kaedah jualan iaitu mengunakan Video dan juga sales copy. Cuma saya nak tergelak skit bila dengar video marketing dia. Macam Misteri Nusantara pulak…dengan intonasinya, videonya yang macam misteri skit.. hehehe.. Jangan marah ye Jamal.

Tapi itu adalah satu keunikan yang cuba ditampilkan oleh Jamal kot. Mungkin strategi beliau macam tu. Try tengok video ni.

Dalam penghasilan ebook, perkara utama yang perlu dibuat ialah membuat kajian permintaan terlebih dahulu. Boleh dikatakan:

No Demand, No Money la

Tak kira sebagus manapun ebook yang anda hasilkan. Pastikan ia akan gagal dijual kerana kurang permintaan atau sememang tiada permintaan. Namun ada beberapa situasi yang boleh menyebabkan ebook gagal atau berjaya dijual walaupun ada permintaan.

  • Banyak dicari, tetapi tidak terjual
    Ia mungkin disebab apa yang dijual tersebut sememangnyan terlali biasa. Contohnya “how to boil egg”. Kalau diikutkan berdasarkan carian. Ia mempunyai carian yang agak tinggi. Namun, ebook cara merebus telur pasti tidak akan terjual. Walaupun mempunyai carian yang tinggi. Maklumat tersebut tiada value untuk dijual. Lain la kalau ada cara untuk rebus telur menjadi telur emas! Kalau yang tu, ramai la orang orang nak.

  • Kurang Carian, Tetapi Boleh Terjual
    Keaadaan ini boleh berlaku apabila penulis ebook berkenaan berjaya menwujudkan permintaan walaupun ada dasarnya ia memang susah untuk menjual produk berkenaan. Inilah kaedah bagaimana untuk menjual aiskrim kepada orang eskimo. Jamal berjaya dalam hal ni kerana beliau pernah menjual Rahsia emas terbongkar dimana kalau difikirkan orang dah sedia maklum akan nilai emas yang sangat bernilai. Jadi buat apa nak beli lagi? Untuk menjual,jadi buatkan maklumat yang ada sekarang tidak relevan, dan tampilkan ebook kita tu sebagai penyelesaian. Jadi terjual la ebook tersebut walaupun tiada permintaan pada asalnya.
  • Permintaan Tinggi, High Value Selling Point
    Yang ni paling untung. Hasilkan produk yang yang evergreen dan permintaan berkekalan. Antaranya ebook yang dalam kategori ini ialah ebook Maskahwin Yang Hilang tulisan shuth. Memang evergreen dan sentiasa ada permintaan. Kalau boleh cari dan buat ebook sebegini.
  • Permintaan Bermusim
    Ebook ini hanya untuk seketika sahaja. Ia adalah bermusim. Antaranya tentang perayaan seperti resepi kueh raya, cari duit raya, H1N1 dan sebagainya. Ebook ini hanya panas sekejap je. Bila abis musim, terhentilah seketika jualan sehingga la musim tersebut kembali lagi.

Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian saya berdasarkan pengalaman saya dalam menjual ebook. Memang ebook saya dah terjual ribuan salinan sehingga kini walaupun kebanyakannya adalah ebook yang teknikal. Yang agak susah tentang ebook teknikal, ia perlu dikemaskini mengikut perkembangan teknologi.

Banyak benda lain yang disentuh dalam Pakar EBook tu. Daripada cara jualan ebook Pakar Ebook ini juga anda akan belajar beberapa teknik pemasaran ebook yang betul. Konsep upsell, downsell, OTO dan sebagainya. Semuanya anda akan jumpa dalam Pakar EBook.

Saya sangat sarankan untuk mendapatkannya jika ingin memulakan perniagaan ebook. Banyak benda yang boleh anda belajar daripada Jamal.

Anda boleh layari Laman Web Pakar EBook untuk maklumat lanjut tentang apa lagi bonus yang anda boleh dapatkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • pakej emgoldex

Comment 1

  1. elia July 30, 2010

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.