Review: Portal 1Pengguna.com Adakah Ia Satu Pembaziran?

Kerajaan baru sahaja melancarkan portal 1Pengguna dengan mottonya Portal Pengguna Bijak. Malah dalam iklan mereka di TV cakap hanya 1 klik untuk tahu harga. Kos pembangunan portal ini adalah RM1.4 juta. Besar bukan? Tak ke membazir membelanjakan duit sebanyak itu untuk satu laman web?

1pengguna

portal 1pengguna

Untuk makluman anda, anda boleh layari Portal Pengguna Bijak ini di http://www.1pengguna.com

Bagi saya yang mempunyai latar belakang teknologi maklumat. Kos RM1.4 juta adalah wajar JIKA ia mempunyai sistem yang besar di dalamnya. Selain daripada antaramuka luaran tersebut, saya mendapat tahu ia juga mengandungi sistem untuk kemasukan harga barangan setiap hari yang dilakukan oleh Pengawai Pemantau Harga di seluruh negara.

Dengan kos sebesar itu ia sepatutnya merangkumi hardware dan sistem maintainance buat jangka masa tertentu. Jika ia sekadar kos pembangunan, saya kira ia satu pembaziran atau over bajet sebab ia tidak terlalu kompleks jika dilihat pada antaramuka laman web ini. Ia simpel sahaja. Info juga masih kurang seolah olah ia dibangunkan secara tergesa gesa. Ia tidak mengambarkan ia merupakan portal bernilai RM1.4 juta.

Malah sistem Niagakit yang dibangunkan oleh Flarebiz Network pun lebih kompleks dan mesra pengguna berbanding dengan portal ini. Antara muka portal ini juga agak amatur. Agaknya mereka tak gunakan kaedah SDLC (System Development Life Cycle”  iaitu asas dalam proses pembangunan sistem maklumat.

SDLC

Inititation -> System Concept Development -> Planning -> Requirement Analysis -> Design -> Deveploment -> Integration & Test -> Implementation -> Operations & Maintainance -> Disposition

Diatas adalah ringkasan tentang SDLC ni. Maksudnya boleh cari kat internet maksud semua tu.Proses pembangunan mesti mempunyai rekabentuk sistem terlebih dahulu. Lepas tu baru proses pembangunan. Daripada design sekarang,ia dirangka dalam masa beberapa minit agaknya. Apa la aku melalut tah ni… Ok. Kembali kepada review.

Saya akan membuat review positif dan negatif tentang portal ini. Semoga ia mendapat perhatian pihak terbabit untuk membuat pembaikan dan olahan balik.

Negatif

[box type=”note”]1. Saya juga cuba untuk mengunakan sistem perbandingan harga portal ini dan mendapati ia sangat tidak mesra pengguna. Ia bukannya satu klik sebaliknya banyak klik untuk membuat perbandingan harga barangan.

2.Jika tersalah pilih,pengguna terpaksa memilih item dari awal. Ianya membazirkan masa pelawat yang terpaksa membuat kerja yang sama berulang kali. Ini juga akan memakan bandwidht yang besar buat portal ini. Ia boleh membuatkan sistem “crash” apabila terlalu ramai pengguna mengunakannya dalam masa yang sama disebabkan terpaksa mengulang kembali langkah semakan harga berulang ulang.

3. Kandungan dan maklumat berguna masih kurang. Kandungannya diceduk daripada pamplet2 yang disediakan oleh KPDNKK sebelum ini.

4. Kurang interaksi diantara pengguna. Pelawat laman ini tidak boleh berinteraksi sepert memberi komen, pertanyaan atau aduan secara terus di portal ini. Saya rasa lebih elok jika menerapkan konsep blog di dalam portal untuk mengalakkan interaksi diantara pelawat portal ini. Konsep blogging yang ada sekarang tidak mesra pengguna dan mengandungi limitasi kepada pelawat untuk membuat komen.Konsep sekarang ini tidak mengalakkan pengguna memberi komen. Belajar daripada apa yang Facebook buat untuk mengalakkan interaksi penggunannya.

5. Pengunaan paparan AJAX sebenarnya tidak mesra enjin carian. Adakalanya ia gagal dipaparkan apabila enjin ajax tidak berfungsi. Contohnya apabila klik pada Tip Pengguna, satu paparan akan keluar. Ketika saya mengunakannya, ia adalah satu paparan kosong. Ia menunjukkan kegagalan sistem AJAX ini. Paparan AJAX juga tidak akan disenaraikan di enjin carian.

6. Fungsi Jualan Murah yang digunakan sekarang akan menjadi sasaran SPAMMER untuk menempelkan iklan-iklan mereka. Saya rasanya lebih baik fungsi ini dikhususkan untuk pasaraya, hypermarket dan kedai kedai tertentu sahaja. Contohnya kedai yang menerima Anugerah Harga Patut. Jadi ia tidak memberi ruang kepada spammer untuk memasukkan iklan yang merapu di sana. Ketika saya lihat dah ada spammer memasukkan iklan penapis air dalam fungsi tersebut.

[/box]

Positif

[box type=”note”]1. Jika ia dibangunkan dengan betul dan bermaklumat. Ia akan menjadi portal tumpuan ramai untuk berkongsi dan mendapatkan maklumat untuk menyelesaikan masalah mereka.

2. Pembangunan portal in adalah satu tujuan yang bagus untuk hebahan kepada rakyat tentang pelbagai isu kepenggunaan. Dengan adanya portal ini 1Pengguna ini ia bukanlah satu cara yang terbaik kerana internet mempunyai limitasi tertentu.

[/box]

Saranan

Bagi mengelakkan portal jutaan ringgit ini menjadi projek gajah putih.Saya ada beberapa saranan perlu diambil kira untuk pembangunan semula projek ini.

  • Proses pembangunan dan pembaikan perlu dilakukan. Rekabbentuk dan struktur perjalanan sistem yang ditampilkan perlu diperbaiki agar mudah digunakan oleh pengguna. Ia adalah matlamat utama sistem ini. Jika ia susah untuk digunakan, buat apa bangunkannya?
  • Tingkat keselamatan laman web. Daripada design je dah tahu bagaimana status keselamatan sistem ini.Ketika membantu membangunakan satu sistem kastam terengganu suatu masa dulu kami pernah diserang sebanyak 5 kali sehinggakan kami terpaksa setkan password server dengan lebih 100 aksara dalam loghat terengganu pekat. 10 Jun lepas portal ini dah kena hack dan banyak maklumat penting terdedah. Apa yang akan terjadi kalau mereka rosakan keseluruhan sistem?

Cukuplah kot review pasal portal ni. Berjela-jela pulak nanti. Terlalu banyak kekurangan dengan portal 1.4juta ni. No wonder ramai yang serang menteri berkenaan untuk mempertikaikan kos pembangunan portal ni dengan kos jutaan ringgit. Ia terlalu tinggi untuk portal sedemikian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments 6

  1. rohaizad June 14, 2011
  2. sham June 14, 2011
  3. sayacomel June 16, 2011
  4. sofian June 18, 2011
  5. SaversHub.com January 3, 2012
  6. sham January 3, 2012

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.