Review Rahsia PPC Percuma


Saya telah mendapat review copy pada minggu lepas untuk review content dia. Apa yang boleh katakan ia sangat berinformasi buat mereka yang ingin gunakan ppc dengan kupon kredit percuma. Jangan salah anggap ye.Anda masih perlu mengeluarkan modal untuk PPC ini.

ebook-small-web.jpg

Modal adalah kewajipan kalo bermain dengan PPC. Jika ingin jimat, gunakan kopun kredit percuma agar anda boleh gunakan dengan percuma. Penulis ebook ini juga telah memberikan banyak link kopun kredit percuma bagi Yahoo Search Marketing atau YSM. Ia mengambil masa yang banyak jugak kalau ingin mengumpul link tersebut.

Boleh dikatakan ia adalah ebook pelengkap kepada ebook Panduan Adwords saya. Ebook Rahsia PPC Percuma ini banyak mengfokuskan kepada penggunaan kupon untuk beriklan dengan kredit percuma yang disediakan oleh Yahoo dan Google. Untuk MSN, ia tak mesra pelanggan antarabangsa kerana kupon percuma mereka khas untuk mereka yang menetap di US sahaja.Manakala ebook saya, lebih menfokuskan teknik.

Tahniah buat Saudara Naem diatas penghasilan ebook ini. Namun, design sales letter beliau agak kurang skit apabila membuat image background yang lebih terang berbanding sales letter beliau. Ia membuatkan sales letter beliau nampak berserabut dan penuh. Ia sebenarnya menganggu prospek ebook ini untuk membaca sales letter tersebut. Penggunaan image background juga akan melambatkan laman web tersebut loading.

Harap beliau dapat merujuk kembali designer mini sites berkenaan. Untuk background memadai dengan image kosong. Jika ingin letakkan apa apa ayat,buatkan ia seolah olah “watermark” bukan sebagaimana sekarang ini.

ppc percuma

Ini adalah pandangan peribadi saya la sebagai seorang prospek. Mungkin pandangan setiap orang adalah berbeza. Saya tiada komen apa apa dari segi kandungan ebook kerana saya rasakan ia mudah difahami. Namun, anda perlu belajar untuk mengunakan akaun adwords terlebih dahulu.

Kalo beliau menjual Lesen Jual Semula, saya pasti akan membelinya untuk dipakejkan dengan Ebook Panduan Adwords saya. Rahsia PPC Percuma adalah nama yang sesuai. Cuma tidak semua orang tahu apakah maksud PPC. Newbie mungkin tak tahu la. Jika dah biasa dalam pemasaran di internet, takde masalah la kot.

Satu je cabaran untuk menjual ebook berkaitan pengiklanan, tak ramai lagi usahawan internet di Malaysia ni. :). Hanya segelintir je. Ia berlainan dengan Adsense kerana ramai orang terlibat dengannya. Jika ingin menjadikan ia produk jangka masa panjang, ia adalah sesuai. Kena buat awareness dulu la naem. Kalau tidak susah nak jual ebook tu.

Nama PPC sahaja orang dah nampak mcm susah. Sebab itulah saya gunakan “Panduan” bukannya Rahsia. Ini adalah kerana saya mahu tunjukkan bahawa ia adalah untuk tujuan “educational” atau mendidik. Inilah cabaran untuk buat sesuatu yang orang masih kurang awareness. Perniagaan internet di malaysia masih baru. Boleh dikatakan masih bayi.

Nak tunggu ia matang akan mengambil masa yang agak lama. Ditambah dengan “pengacau” yang mengatakan mereka usahawan internet/ICT tetapi pengiklanan mereka hanya tahu TV & Surat Khabar je. Itu yang akan merosakkan perkembangan perniagaan internet di Malaysia. Ia berpotensi besar untuk berkembang, jika awareness yang betul tidak dilakukan ia akan menganggu perkembangan perniagaan internet.

Orang sudah ramai tahu pasal Adsense. Pasal Adwords, masih kurang. Saya rasakan ia memerlukan 1 tahun/ 2 tahun lagi untuk melakukan awareness. Banyak kerja yang perlu dilakukan.

Anda boleh dapatkannya di http://www.ppcpercuma.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 3

  1. titan April 29, 2008
  2. naem | diariadsense April 29, 2008
  3. kaya2u May 2, 2008

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.