Review Video Usahawan

Saya menerima DVD Videousahawan.com pada beberapa hari lepas. Terima kasih buat Syed Ikhwan diatas DVD tersebut. Ia merupakan surat/barang pertama yang saya terima sejak berada di Taiping ni. Siap dengan autorun lagi.

Sebagai peserta Jomseminar saya telah menerima video tersebut dalam format download sebelum ini. Sebagai Rakan JV pulak, saya turut menerima dalam format DVD. Memang sangat profesional dalam penghasilan DVD ini. Malah ia diolah dengan sangat profesional bagaikan saya tak percaya mereka hanya menjualnya pada harga permulaan pada harga RM67 sahaja.

Harga tersebut akan jadi RM97 lepas ni. Saya kira ia adalah harga yang sangat berpatutan berbanding dengan kandungan video yang penuh berinformasi dan dicipta sedemikian rupa. Hasil kerja Yusri memang sangat gempak. Memang seorang usahawan internet antarabangsa. Bagi video promo je,kebiasanya mereka caj perpuluh ribu ringgit untuk video promo untuk beberapa saat.

Hasil kerja mereka sememang cukup bagus. Jika berikan 10 bintang, saya akan berikan 10 bintang full tambah lagi 5 bintang. :P. Tahniah buat Syed Ikhwan,Yusri dan Fuad yang bertungkus lumus menyiapkan video mereka.

Jika mereka yang serius untuk memulakan perniagaan internet, DVD VideoUsahawan ini adalah satu kemestian. Mereka telah menaikkan taraf produk usahawan internet malaysia pada hari ini. Memang susah untuk mencapai taraf mereka dalam menghasilkan produk yang sangat berkualiti ini.

Sebagai usahawan internet, DVD ini memang sangat berguna dan penuh dengan ilmu berguna. Ia menambah sedikit sebanyak info baru kepada saya. Tahiah buat Team Jomseminar kerana penghasilan DVD Video Usahawan ini.

Ia cukup bagus. Ia boleh dikatakan bertaraf dunia!

Kepada anda yang masih tercari cari panduan untuk memulakan perniagaan internet. VideoUsahawan ini adalah antara produk yang saya sarankan untuk anda. Memang bagus dan berguna!

Anda boleh dapatkannya DVD ini di http://www.videousahawan.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.