Tips Adwords: Gunakan Exit Popup Untuk Tambah Subcriber


Tak ramai di kalangan IM Malaysia yang mengunakan Exit Popup untuk memastikan tidak ada pelawat yang meninggalkan laman web mereka begitu sahaja. Exit Popup biasanya akan keluar apabila pelawat ingin meninggalkan laman web yang dilawati. Bagi mengelakkan daripada mereka terus meninggalkan laman tanpa jejak, exit popup digunakan bagi membina list dan juga menawarkan tawaran tertentu seperti diskaun dan sebagainya.

Antara IM Malaysia yang mengunakannya adalah seperti Ammar Zahar dan beberapa lagi IM lain.

Kaedah Exit Popup ini digunakan secara meluas oleh IM antarabangsa kerana ia memaksimakan keuntungan mereka dan membesarkan senarai list mereka.

Terdapat banyak Exit Popup di dalam pasaran. Namun, hanya beberapa sahaja yang boleh melepasi sistem Google Adwords. Ini adalah kerana Google tak membenarkan laman web yang berpopup diiklan menerusi sistem Google Adwords.

Namun, tools Exit Popup kegemaran saya adalah Exit Splash yang dihasilkan oleh Dave Guindon. Ia merupakan antara tools yang saya gunakan untuk kempen Adwords saya bagi pasaran antarabangsa.

Ia membantu meningkatkan list walaupun pelawat tidak membeli. Yang paling penting adalah list bagi setiap niche yang disasarkan.  Cara pengunaannya juga mudah dan senang untuk diinstall di laman web kita. Dengan tutorial bervideo, ia menjadikan Exit Splash antara tools yang digunakan secara meluas di kalangan usahawan internet.

Klik image untuk melihat panduan pengguna Exit Splash.

Tools ini boleh digunakan di mana mana laman web dan blog anda kecuali blog percuma seperti blogger.com dan sebagainya. Ini adalah kerana kita perlu uploadkan satu script khas untuk membolehkan ia berfungsi. Kemudian, kita perlu generate kod javascript bagi Exit Splash.

Apa yang perlu dimasukkan selepas itu adalah kod javascript yang dimasukkan diantara <body> </body> laman web kita. Anda boleh tengok video yang disediakan diatas untuk melihat bagaimana untuk mengunakan Exit Splash. Ia boleh digunakan tanpa had.

Saya sangat sarankan Tools ini sebagai salah satu tools untuk perniagaan internet anda. Beli sekali sahaja untuk kegunaan semua laman web anda. Harganya adalah USD67 atau lebih kurang RM215.

Anda boleh membeli dengan duit daripada keuntungan perniagaan internet anda. Reinvest bagi mendapatkan tools bagi memajukan lagi perniagan internet anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. aliridha May 16, 2010

Leave a Reply

error: Content is protected !!