BitKingdom Adalah Skim Piramid?


Saya menerima banyak pertanyaan tentang bitkingdom ini. Adakah ia satu entiti yang sah disisi undang-undang atau satu skim piramid, skim ponzi @ skim cepat kaya berkonsepkan charity. Mereka menawarkan pulangan 30% sebulan kepada mereka yang menyertainya. Duit yang dibayar itu diserahkan kepada “charity” atau sebagai kerja amal dan sebagai balasan, mereka mendapat 30% daripada duit penyertaan berkenaan.

hmm…

bitkingdom-return

Konsep mereka katakan ialah mereka adakan bank komuniti. Jika ada ahli perlukan duit, anda boleh withdraw 30% daripada e-wallet tanpa perlu bayar balik.

bitkingdom2

Semuanya mengunakan criptocurrency Bitcoin. Tak semua negara mengiktiraf matawang ini. Rasanya BNM pun belum mengiktiraf matawang online ini. Malah matawang cripto ini mempunyai masalah keselamatan dan sering menjadi sasaran hacker dan digunakan dalam transaksi gelap seperti perdagangan manusia, dadah dan jenayah dan sukar dikesan.

Pada hari ini, 1 BTC bersamaan dengan RM3355 lebih kurang.

Kini Bitkingdom aktif dibeberapa negara seperti di Indonesia dan Vietnam.

Mengunakan Bitcoin sebagai asas, ia boleh mengelakkan diri daripada dibekukan aset oleh pihak berkuasa kerana mereka tiada kuasa terhadap bitoin. Hanya beberapa negara sahaja mengiktiraf BTC sebagai matawang. Walau bagaimana pun ia juga telah diperdagangkan dalam pasaran matawang.

Maklumat Berkenaan BitKingdom

Hasil pemerhatian mereka pada laman web bitkingdom.org. Tidak maklumat untuk dihubungi langsung. Bagi saya, ia satu laman web yang meragukan. Kita perlu tahu siapakah kita berhubung berurusan duit kita.  Malah daripada terma mereka, there no rules.

tos-bitkingdom

Mereka dengan mudah mengatakan sistem berkenaan adalah milik komuniti. Sedangkan komuniti tiada akses untuk menguruskannya. Jadi ia sangat mudah diekploitasi.

Semakan Whois Pemilik Bitkingdom

Saya telah membuat semakan terhadap Whois atau data pemilik domain berkenaan, ia mempunyai whois privacy yang melindungi data pemiliknya. Ia didaftarkan pada 14 Ogos 2015 iaitu kira-kira setahun lepas. Jadi banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi.

Mereka sangat berpengalaman dalam menyembunyikan diri. Setahu saya, mereka yang mewujudkan bitkingdom ini adalah orang sama yang mengasaskan skim cepat kaya  GWGfx yang telah terkubur. Jadi modus operandi yang cukup, habis scam sana. Buka baru dengan nama baru dan konsep baru..

Daripada GWGFx kepada BitKingdom

Seperti kebanyakan skim cepat kaya lain, ia sangat bergantung kepada kemasukan ahli baru. Sebab itulah mereka berusaha mewujudkan cawangan-cawangan di negara lain dengan sasaran yang lebih besar terutama mereka yang tidak tahu tentang sejarah dan latar belakang mereka.

Apabila sudah tepu..Tutup dan buat skim lain pula.

Dengan cara ini, mereka dapat terus menikmati gayahidup mewah mereka dengan berkereta Ferari untuk menarik minat orang lain untuk menyertai skim baru mereka.

Apabila tiada ahli masuk, skim ini akan terkubur. Tiada “tolong orang” yang menjadi slogan BitKingdom. Selepas berehat beberapa bulan, buat skim lain dengan nama lain.

Sedihnya ramai juga yang tertipu.

Skim cepat kaya sememang menjadi satu tarikan apabila ekonomi sedang mengalami masalah. Harapan mereka ialah untuk melepaskan diri daripada belenggu hutang akibat kejatuhan ekonomi. Tapi sayangnya keluar dari mulut buaya, termasuk ke mulut naga.

Hidup semakin terhimpit. Saya pasti lepas ni ramai yang join akan serbu dengan pelbagai ancaman dan caci maki kat blog ini.

Sekarang mungkin kami masih dapat duit kamu, bila dah tepu.. kamu tengok saja. Terpulang kepada kamu untuk menilai sebab semua dikurniakan akal untuk berfikir.

Haram Untuk Umat Islam!

Semua pelaburan yang menawarkan pulangan tetap adalah haram kerana ada unsur riba. Dalam Bitkingdom ini, ia jelas kerana menawarkan pulangan 30% setiap bulan secara tetap. Anda tidak perlu ada PHD dalam bidang agama untuk menentukannnya. Sebab islam itu mudah.

Jika ada orang yang mengajak, elakkan diri sahaja walaupun secanggih mana sistem dan pulangan lumayan. Itu semua umpan untuk mereka yang terdesak dan jahil untuk menyertai mereka. Jika ada yang menegur, mereka sayangkan kamu bukan kerana dengki.

Apatah lagi pengasasnya mempunyai rekod buruk dalam mengasaskan pelbagai skim cepat kaya sebelum ini. Sebelum ditubuhkan BitKingdom ini, mereka telah menubuhkan beberapa skim lain yang telah ditutup setelah ia tepu dan tiada kemasukan ahli baru.

Jadi hati-hati ya! Sayangi duit anda. Nak join juga terpulangkan kepada anda. Bukan duit saya pun..

Baca juga:

http://behindmlm.com/mlm-reviews/bitkingdom-review-malaysian-mmm-global-ponzi-clone/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • bitkingdom ponzi
  • bitkingdom tak bayar
  • bitkingdom terms
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.