CPOTrading.com atau CrudePalmOilTrading.com Kini Disiasat


Pada awal dulu ia dinamakan CPOTrading.com yang menawarkan pelaburan yang kononnya hasil dalam perdagangan Future Crude Palm Oil. Mereka menawarkan pulangan tetap setiap bulan sebagaimana skim-skim cepat kaya lain. Mereka juga melarang ahli mereka mempromosikan skim mereka di facebook atau online bagi mengelakkan ia dikesan oleh pihak berkuasa. Kini nama skim ini telah berubah kepada Crudepalmoiltrading.com.

Skim ini kini sedang disiasat oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti kerana menawarkan pelaburan yang tidak sah dan melanggar undang-undang Malaysia.

cpo trading

Sehebat mana pun trader tidak mampu untuk menjanjikan pulangan yang tinggi kerana pasaran mungkin berubah dan kini pasaran minyak sawit masih lagi tengah merudum teruk disamping tekanan daripada negara eropah yang mengenakan pelbagai cukai kepada komoditi minyak sawit.

Saya ada membuat semakan Whois, namun ianya di”privacy” kan menunjukkan mereka agak arif untuk menyembunyikan diri.

cpo trading sekuriti

Walau bagaimanapun pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengambil tindakan proaktif untuk mengesan dan membuat siasatan terhadap skim ini. Saya jangkakan ia akan menukar nama atau mungkin akan ditutup tidak lama lagi.

Ini bukan Dengki kat Orang Melayu Nak Kaya.. Tapi Untuk Melindungi Anda daripada Tertipu daripada Skim CPOTrading.com ini.

Jika anda ingin melabur dalam skim ini, fikirkan banyak kali. Ini bukan satu cubaan untuk menjatuhkan skim kesayangan anda. Pihak suruhanjaya Sekuriti pun tidak akan membuka kertas siasatan tanpa ada bukti yang kukuh skim ini salah disisi undang-undang.

Mereka bukan nak tutup periuk nasi pelabur. Ia adalah satu penipuan. Menjadi tanggungjawab mereka untuk membanteras sebelum ia berjaya merekrut lebih ramai ahli yang mungkin akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit lagi.

Dalam skim Highway Group baru ini diberitakan kerugiaan melebihi RM100 juta ringgit. Ia satu jumlah yang sangat besar yang dilarikan oleh penganjur skim cepat kaya ini. Peserta yang susah kini semakin susah.

Mereka bukan untuk membantu sebaliknya untuk mengambil kesempatan diatas sifat tamak segelintir yang ingin cepat kaya tanpa perlu berusaha keras. Semoga ia menjadi satu pengajaran buat mereka agar tidak percaya kepada skim walaupun ketuanya mendakwa dirinya seorang ustaz sekalipun.

Awak Dengki Dengan CPOTrading.com la tu

Tak kuasa den nak dengki dengan skim merapu macam tu. Saya menulis agar mangsa dapat dikurangkan dan jutaan ringgit boleh diselamatkan. Jangan mudah percaya sangat dengan sogokan yang kononnya dapat duit banyak daripada skim cepat kaya.

Yang nampak kayanya ialah orang join awal. Hakikatnya akhirnya mereka tak kemana juga pada akhirnya. Lindungi duit anda daripada sebarang skim cepat kaya. Nak kaya, usaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • crudepalmoiltrading
  • crudepalmoiltrading com
  • www crudepalmoiltrading com
  • og1asean penipu
  • og1asean tipu
  • crudepalmoiltrading penipu
  • maqib penipu
  • og1 asean tipu
  • skim labur rm1700 datuk di tangkap
  • go1asean co
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 58

  1. Mohd Asri Bin Abd Manaf March 29, 2016
  2. Ahmad Shauki March 30, 2016
  3. sham March 30, 2016
  4. Huda March 31, 2016
  5. silverhythm March 31, 2016
  6. mr y March 31, 2016
  7. mr y March 31, 2016
  8. sham March 31, 2016
  9. Mark Andam April 1, 2016
  10. jahid April 8, 2016
  11. sham April 9, 2016
  12. ezad April 11, 2016
  13. mr y April 12, 2016
  14. zack April 13, 2016
  15. zack April 13, 2016
  16. Penyiasat CSI April 13, 2016
  17. Lutfi April 13, 2016
  18. Kak Ita April 13, 2016
  19. Banglasia Macai Najib CPO April 14, 2016
  20. dhia dla April 17, 2016
  21. mr.powergold999 April 17, 2016
  22. kaizer April 18, 2016
  23. shanz April 18, 2016
  24. Mohd Yazid April 19, 2016
  25. sham April 24, 2016
  26. Mohd Yazid April 24, 2016
  27. Elle April 25, 2016
  28. ridzwan April 26, 2016
  29. Huda April 27, 2016
  30. Huda April 27, 2016
  31. mr.powergold999 May 6, 2016
  32. Wan May 7, 2016
  33. earman May 7, 2016
  34. sham May 14, 2016
  35. Huda May 19, 2016
  36. AntiMLM June 7, 2016
  37. ANONYMOUS June 22, 2016
  38. sham June 23, 2016
  39. Azlan July 1, 2016
  40. Mr. Mojo July 7, 2016
  41. Mr. Mojo July 7, 2016
  42. sham July 12, 2016
  43. Nak tahu je July 14, 2016
  44. sham July 15, 2016
  45. Kay July 25, 2016
  46. sham July 26, 2016
  47. Kay July 26, 2016
  48. Norafiza Binti Shamsudin August 2, 2016
  49. safwan August 6, 2016
  50. Duit xdtg melayang August 7, 2016
  51. mohamad August 12, 2016
  52. mohamad August 12, 2016
  53. elle August 15, 2016
  54. Hazir Abd Halim December 13, 2016
  55. Cempedak cheese April 17, 2017
  56. sham April 20, 2017
  57. TakTahuTanya April 23, 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!