Fatwa Hukum Pelaburan Mecca Fund Global


Pihak Fatwa Kebangsaan telah menasihatkan mereka yang ingin menyertai skim berkenaan agar tidak terlibat dengannya. Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan:

FATWA KEBANGSAAN:

HUKUM PELABURAN YANG DIJALANKAN OLEH SYARIKAT MECCA FUND GLOBAL

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 – 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund Global. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah menegaskan bahawa terdapat beberapa syarat bagi kontrak mudharabah yang sah mengikut syarak, iaitu antaranya:

a. Kebebasan menjalankan urusan tanpa tertakluk kepada syarat tertentu.

Pelaburan mestilah bersifat terbuka dan sesuatu pelaburan dianggap tidak sah jika pelabur menetapkan pengusaha perlu membeli barang tertentu contohnya, sejadah, atau barangan jenis tertentu daripada orang tertentu.

b. Keuntungan hanya dikongsi antara pelabur dan pengusaha.

Keuntungan yang dihasilkan mesti dikongsi bersama oleh pelabur dan pengusaha. Pelabur akan mengambil hasil pelaburan modalnya, sementara pengusaha akan memperoleh hasil usahanya.

c. Pengusaha mestilah bebas menguruskan modal dan bekerja.

Kontrak pelaburan dianggap tidak sah jika wujud syarat yang menetapkan pelabur perlu bekerja bersama pengusaha.

2. Muzakarah mendapati bahawa pelaburan yang dijalankan oleh Syarikat Mecca Fund Global ini bertentangan dengan prinsip sebenar mudharabah dalam Islam, iaitu antaranya pelabur perlu membeli lot yang ditawarkan oleh pemilik syarikat, akan berlaku kehilangan modal dan berlaku ketidakpastian terhadap kadar keuntungan dan modal. Selain itu, pelaburan yang dijalankan juga bertentangan dengan undang-undang yang terpakai di Malaysia iaitu melakukan perbuatan mengambil deposit secara haram.

3. Sehubungan itu, berdasarkan perkara-perkara tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan yang dijalankan oleh Mecca Fund Global adalah tidak mengikut prinsip mudharabah yang sebenar dan tidak sah mengikut hukum syarak. Pelaburan yang dijalankan juga didapati melanggar undang-undang negara kerana mengambil deposit daripada pelabur tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia (BNM).

4. Muzakarah juga menasihatkan umat Islam supaya tidak terlibat dalam skim pelaburan oleh Mecca Fund Global ini.

Sila layari Portal e-Fatwa untuk keputusan terkini Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan:

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelaburan-yang-dijalankan-oleh-syarikat-mecca-fund-global

Komen saya, sudah terang bahawa skim berkenaan menyalahi hukum islam. Bagi mereka yang beragama Islam. Jauhilah ia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • mecca fund
  • makkah islamic hotel
  • cara buat duit dengan CPO Trading
  • mecca islamic hotel
  • mecca fund global
  • mecca fund penipu
  • mekah fund
  • meccafundglobal
  • makkah islamic hotel betul ke
  • meccafund
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 3

  1. Orea kapong July 27, 2016
  2. sham July 29, 2016
  3. Raup July 30, 2016

Leave a Reply

error: Content is protected !!