Kenyataan Rasmi Ingo Storm Berkenaan Magic Water


Setelah berbelas-belas email dengan Mr. Ingo Storm, iaitu jurutera disebalik pembangunan Magic Water. Inilah kenyataan kekecewaan Ingo Storm terhadap Nora. Saya sendiri tak menyangka bahawa Mr.Ingo Storm sendiri yang akan membalas email saya. Saya hanya menjangkakan ianya akan dibalas oleh staf beliau. Nampaknya beliau sangat mengambil berat penyalahgunaan hak dagangan beliau.

Puan Nora telah mengunakan Magic Water dibawah nama 86 Technologies bukannya Storm’s iaitu jenama asal bagi Magic Water. Walaupun mereka bertemu beberapa kali, tiada perjanjian dan persetujuan dicapai untuk membolehkan Nora menjual produk Magic Water di Malaysia. Tindakan tersebut melanggar hakcipta jenama Storm dan mendakwa mereka adalah pengedar tunggal Magic Water di Malaysia.

Malah pihak Storm’s Project tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan yang mungkin berlaku jika membelinya daripada syarikat 86 Technologies. Inilah adalah email dari Mr.Ingo Storm, owner bagi jenama Storm Project.

ingo

Email Dari Ingo Storm

Hak untuk 86 Technologies bagi menjual produk Magic Water telah ditamatkan disebabkan mereka melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak Storm Project. Pada perjanjian awal, mereka hanya dibenarkan untuk menjual produk Magic Water tetapi bukan secara eksklusif sebagai pengedar tunggal. Ini adalah kerana ianya telah mempunyai pengedar di Malaysia iaitu Storm Project Sdn Bhd.

Nora & The Gang berlagak kononnya mereka mempunyai hak eksklusif mengedarkan produk Magic Water. Malah menjual secara MLM walaupun mereka menafikannya. Rasanya lepas ni tutup pulak syarikat 86 ni & cabut dengan duit peserta skim diorang tu.

Lepas satu per satu kes Nora, suaminya Aziz & kulinya Shahril..rasanya boleh dicop scammer terbesar di Malaysia kot. Kalo rasa tak puas hati dengan maklumat ini, anda boleh terus hubungi pihak Storm Project untuk pengesahan. Tu kalau anda rajin la. 🙂

Saya dah cuba pastikan setiap maklumat yang saya siarkan adalah tepat dan tidak meniayai sesiapa. Saya juga bukan mahu menjatuhkan perniagaan orang melayu. Hak tetap yang hak. Mereka telah menipu ramai orang sebelum ini. Kali ini diorang masih lagi menipu. Mereka sanggup bagi anak cucu diorang dengan hasil yang haram dari penipuan mereka sebelum ini.

Saya sendiri memang kecewa dengan usahawan melayu sebegini. Melanggar penjanjian dan menipu orang ramai demi duit. Ini lah rupa orang 86 Technologies tu kalo nak kenal.

Aziz, Nora & Shahril

Image kredit kepada pihak Storm Project.

Golongan sebegini akan merosakkan nama baik Malaysia sebagai lokasi pelaburan yang terunggul di Asia. Pelabur mungkin berfikir 2,3 kali untuk membuka syarikat dan melabur di Malaysia.

Saya nak tengok pulak reaksi penyokong, agen, stokis diorang tu nanti lepas artikel ini disiarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • wan norai wan ismail
  • yhs-per_001
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. komenebook December 16, 2009
  2. JimieRay December 19, 2009
  3. abrablog December 22, 2009

Leave a Reply

error: Content is protected !!