Lagi Pasal Penipuan Dealer Magic Water


Saya ada tulis pasal bisnes baru diorang iaitu Magic Water baru baru. Saya ingatkan diorang nak buat bisnes betul betul dah kali ni. Tadi saya diemail oleh pengedar Rasmi Magic Water di Malaysia iaitu STORM’s PROJECTS Sdn. Bhd. Ia adalah satu satu syarikat yang menguruskan packaging dan pengedaran di Asia Tenggara.Buat pengetahuan semua, Magic Water dihasilkan oleh Storm’s Research Labs’ Inc yang berpengkalan di Colorado, Amerika Syarikat. Tak percaya? Tengok la logo Storm Project pada packaging Magic Water.

magic water

Syarikat 86 Technology kepunyaan Nora adalah bukan agent rasmi Magic Water. Sangkaan saya mereka cuba untuk memulakan bisnes yang sebenar nampaknya meleset. Malah syarikat Storm Project telah mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat Nora tersebut bukan pengedar Rasmi Magic Water di Malaysia.

Nampaknya dakwaan mereka bahawa mereka adalah satu satu pengedar Magic Water adalah tipu semata mata. Nampaknya diorang ni tak habis habis untuk menipu orang.

Perkara ini telah dinyatakan di laman web Storm Project di http://2savepetrol.com/dealers/bad-dealers.html

Saya sedang menunggu pengesahan lanjut dari pihak Storm Project tentang perkara ini. Saya rasa benda ni serius. Diorang memang tak serik selagi tak kena tindakan undang undang. Memang leh jadi wanted person bagi penipuan hak dagangan ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 3

  1. sham December 12, 2009
  2. alidin December 17, 2009
  3. rezeki2009 December 19, 2009

Leave a Reply

error: Content is protected !!