Maybank2u Phising Email


Email Phising

Email Phising

Mungkin dikalangan anda yang tak tau bagaimana bentuknya email phising maybank2u. Tadi saya baru sahaja menerima satu email phising ini yang meminta saya update maklumat akaun saya. Bentuknya seperti dibawah:

Email Phising lagi

Email Phising lagi


Anda boleh klik gambar tu untuk besarkan. Ia seolah olah daripada maybank tetapi sebenarnya ia adalah email phising bagi tujuan mendapatkan maklumat peribadi anda terutama username dan password maybank2u anda.

Elakkan anda klik pada link yang disediakan tersebut. Seeloknya anda mengunakan browser seperti Mozilla Firefox kerana ia akan menghalang anda memasuki laman web ini.Contohnya seperti di bawah:

Mozilla Security Alert

Mozilla Security Alert

Browser mozilla akan memberi amaran kepada anda bahawa laman web berkenaan tidak selamat dan mungkin mengandungi virus atau malware yang mungkin akan merosakkan komputer anda. Ini adalah salah satu sebab saya gemar gunakan Mozilla untuk membuka laman web perbankan kerana ia lebih selamat.

Anda boleh download browser ini di http://www.mozilla.com/en-US/firefox/. Ia adalah percuma. 🙂

Anda mestilah tahu untuk menilai teknik scam dan taktik yang digunakan scammer. Saya harap anda tidak membuka email yang kononnya daripada bank untuk mengemaskini maklumat anda. URL pada link email tersebut juga daripada laman web bukan maybank2u walaupun pada maklumat email sender dari maybank.com.my.

Ia adalah taktik biasa yang digunakan untuk mencuri data anda. Jadi sentiasa lengkap diri anda dengan ilmu agar anda tidak tertipu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. senapang patah March 15, 2010

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.