Saya tidak akan berhenti untuk menulis tentang scam alert dan memberi pendedahan kepada orang ramai agar tidak tertipu di internet. Kali ini saya menerima satu lagi email phising yang kononya dari Maybank dengan menyatakan bahawa server Maybank2u diserang DDOS dengan teruk dan meminta orang login dan dapatkan TAC Number.
Setelah dapatkan TAC,mereka meminta anda login dilaman web mereka dan memberikan TAC tersebut. Jangan tertipu. Ia adalah scammer atau taktik phising. Abaikan email ini. Anda boleh lihat screen capture emaik tersebut dibawah.
Harap anda tidak terpedaya.
Yus
Tahniah Saudara Sham. Bagus usaha begini untuk menyelamatkan lebih ramai orang terpedaya dengan taktik kotor untuk peroleh duit cepat.
Saya sendiri hampir terpedaya dengan emel yang nampak hampir real ini. Namun saya terus hubungi pihak hotline Maybank untuk kepastian, dan ternyata pihak Maybank sangat risau dengan penularan scam ini.
Saya doakan saudara terus berjaya!
Norma
Salam En. Sham.
Saya terpanggil nak jawab bab penipuan maybank2u ni. Saya sebenarnya dah terima 5 kali scam email dari maybank2u ni. Alhamdulillah saya tidak terperangkap dengan helah mereka. Taktik mereka memang licik. Saya block email tersebut tapi mereka hantar pulak guna email lain. Saya kesian sekiranya ada sahabat-sahabat yg lain terkena perangkap ini. Moga-moga tiada yg tertipu dengan helah mereka.
Terima kasih.
p/s: Scam email dari CIMB dan Paypal juga ada saya terima.
Dr.Ariffaizal
Salam. Saya pernah mendapat email ini. Setelah melihat pendedahan yang di buat di TV3, saya telah lama bersedia untuk menghadapi penipuan ini.
Di TV3, laporan polis dibuat setelah mangsa tertipu dan wangnya lesap.
Dalam kes ini, polis menasihatkan supaya orang ramai membuat aduan segera ke balai polis supaya penipu ini dapat dikesan sebelum URL ini hilang.
Apa yang berlaku pada saya lebih licik lagi. Jangan sekali-kali klik link daripada email kita ke laman web palsu ini. Setelah terklik, sekiranya kita tidak restart komputer, komputer kita telah pun “ditanam” sejenis “virus” yang boleh mengesan sekiranya kita login ke laman maybank2u yang sebenar.
Saya telah menguji perkara ini dan akibatnya saya serta-merta terpaksa menukar password baru.
Kita boleh mengesan laman web yang secure atau tidak dengan melihat kepada URL nya. URL yang secure mesti ada https:// bukan http:// (ada s di hujung http). Tetapi laman web palsu ini cuma http sahaja.
sham
Satu lagi tips dari saya, gunakan mozilla untuk login laman web perbankan. Ia lebih selamat berbanding internet explorer yang sering menjadi alat untuk hacker mencuri data/identiti.
Jika dengan mozilla,ia akan blok laman web yang meragukan.
Izan
Jazakallah kpd anda sham kerana anda telah menyelamatkan dan memberi maklumat yang dapat menyelamatkan orang ramai kena tipu.
Untuk pengetahuan saya juga ada menerima email yang mengatakan masalah yang sham nyatakan.Ini email yang sy dapat maybank berhad aleart Urgent – Account Restricted !!Dear Valued Customer,
We are currently experiencing a serious problem with our M2U logon server. Online Access to your account has been restricted. Please follow the below secured location to solve the problem and restore immediate access to your account.
..url saya buat agar tiada virus/malware memasuki pc anda
Note: Failure to restore access to your account within the next 2hrs may result in a temporary account deactivation.
Thank you,
Maybank Berhad
Account and security Department
ID-M43K/2009
tolong checkkan utk sy .Setahu saya maybank takkan buat macam itu betul tak sham?Saya lihat dari webnya tk sama dgn maybank.Saya yakin ini mesti kes tipu.
Izan
Yang terbaru saya terima masej Dear Sir/Madam,
As part of showing gratitude to the United Kingdom Government and people for providing a very conducive business atmosphere for us, we ( Camelot Group ) have decided to be an innovative organisation
with a passion for changing lives in the United Kingdom as well as very few citizens from other countries all over the world. This was made possible through the newly introduced e-mail welfare
scheme.
In this newly introduced e-mail welfare scheme, you do not have to purchase a ticket to participate. E-mail addresses are randomly selected from the world wide web and entered into draws on behalf
of the e-mail account owners. Subsequently, e-mail addresses that emerged beneficiary are notified via the said email account.
We gladly announce to you that the results of the just concluded e-mail address ballot program held by Camelot Group welfare scheme is out. Your email account have been picked as a beneficiary for a
lump sum pay out of Eight hundred and ninety-one thousand,nine hundred and thirty-four Great Britain pounds ( £ 891,934.00 pounds sterling ) credited to File Ref No: CGNL/74-A0802742009 . You are to
contact our claims agent immediately for validation: His name and email address is given below:
Prof. Derek Max.
Via Email:cgnl_claimdpt23@hotmail.com
Tel.:+44-704-573-6915.
PLEASE COMPLETE THE CLAIMS FORM BELOW AND SEND TO OUR CLAIMS AGENT( Prof. Derek Max.) WHOSE NAME AND EMAIL ADDRESS IS ALREADY GIVEN ABOVE.
1. FULL NAMES OF BENEFICIARY:
2. RESIDENTIAL ADDRESS:
3. DATE AND PLACE OF BIRTH:
4. PHONE/FAX NUMBERS:
5. NAME AND ADDRESS OF NEXT OF KIN:
6. SEX:
7. OCCUPATION:
8. MARITAL STATUS:
9. NATIONALITY:
Note: You do not have to purchase a ticket to participate in the Camelot Group e-mail welfare scheme as e-mail addresses are randomly selected from the world wide web and entered into draws on
behalf of the e-mail account owners. Subsequently, e-mail addresses that emerged beneficiaries are notified via the said email account. Please contact Prof. Derek Max. instructed above immediately.
Regard’s
Mrs. Dianne Thompson
Tel.:+44-704-573-6915.
tolong check?
============================================================
Kepada sesiapa yang berminat belajar membina web site secara percuma sila layari http://rohaizan.blogstarz.my
sham
Ia adalah scam. No doubt! Ia adalah jelas scam sebenarnya. Ia dinamakan nigerian scam.Ia merupakan kaedah yang digunakan scammer nigeria untuk menipu mangsa dari seluruh dunia. Buat pengetahuan anda, KDNK terbesar Nigeria adalah menerusi penipuan.
sham
saya delete url yang izan bagi sebab takut site tu ada virus/malware yang boleh curi data terutamanya mereka yang gunakan internet explorer untuk melayari internet. Saya galakkan anda gunakan mozilla kerana ia lebih selamat.Malah mozilla akan blok terus jika anda klik laman web yang meragukan.
Dr.Ariffaizal
Yang terbaru saya beranikan diri menguji sejauh mana kehebatan spy/melware ini untuk login ke dalam akaun maybank. Saya menggunakan mozilla. Akibatnya saya tidak boleh login ke maybank2u dan proses loadingnya sangat lama dan terbatal walaupun banyak kali dicuba. spy/melware boleh dihilangkan dengan cara restart komputer dan saya boleh login semula ke dalam maybank2u.
Satu lagi perkara, maybank2u menyediakan satu ruang untuk melaporkan Puching Spam. Kita akan lihat link ini semasa klik login. Di kiri kita letak username dan password, di kanan ada link tu. Ini ialah inisiatif pihak Maybank bertindak terhadap scam email dan phishing web.
sham
dengan mozilla, keadaan lebih terkawal.kalo pakai ie, silap hari bulan kena format pc.
mefranz
Tahniah diatas pededahan ini. Semoga blogger terus mendedahkan penipuan diinternet. Kepada pengunjung blog ini, saya juga telah mendedahkan penipuan email yang diragui yang saya terima baru-baru ini.
Abg Rock
Bercakap pasal penipuan ni.. kawan saya baru semalam call saya mengatakan dia baru kehilangan RM500.00 kepada penipu yang mengaku dirinya dari “Power Root”. Menurut kawan saya tu dia menerima massage SMS jumaat lalu mengatakan bahawa SIMCARD dia telah terpilih sebagai pemenang bulanan dari “Power Root” dan akan menerima wang tunai sebanyak RM15,000.00 ringgit. Dan pada masa yang sama dia telah menghubungi no tel. seperti yang tertera di sms yang diterima. Pada hari sabtu, dia pergi ke ATM Maybank yang terdekat seperti yang diarahkan dan pada masa yang sama online dengan “lelaki itu yang kononnya Asst. Manager Power Root.
Disitu dia telah diarahkan supaya login ke M2U appl. Form, lepas tu login ke M2U TAC Mobile. Kemudian disuruh check balance – (baki dalam Acc.)
Tetapi memandangkan dalam Acc. Maybank dia tu cuma tinggal sejumlah wang yang sangat kecil maka “urusniaga” mereka terpaksa di tunda kehari Isnin sebab kata “lelaki itu” untuk memasukkan atau memindakan wang sebanyak RM15,000.00 ringgit itu ke Acc. Maybank kawan saya tu “Pihak Bank Negara Malaysia” meletakan syarat, untuk transaksi RM1,000.00 keatas Acc. si penerima mesti ada baki sekurang-kurangnya RM1,000.00 dalam Acc.
Tetapi entah macam mana jumlah yang perlu ditambah ke Acc. Kawan saya cuma jadi RM500.00 sahaja.
Maka semalam setelah selasai memasukkan wang sejumlah RM500.00 kedalam Acc. nya kawan saya tu pun terus menghubungi “lelaki itu” dan lelaki itu mengarahkan supaya dia tidak melakukan apa-apa transaksi dalam masa 30 minute dan “lelaki itu” berjanji akan menghubungi dia semula setelah proses pemindahan RM15,000.00 ke Acc. kawan saya selesai.
Sejam kemudian dia masih tidak menerima panggilan dari “Lelaki itu” seperti yang telah dijanjikan. Dengan rasa tidak sedap hati kawan saya tu terus ke ATM yang terdekat dan sangat terkejut apabila mendapati bahawa bukan RM15,000.00 yang masuk ke Acc. dia tetapi RM500.00 dia pulak yang lesap kena “kebas”… yang tinggal dalam Acc. tu cuma RM5.73… “Licin…”
Jadi kepada semua pembaca HATI-HATI dan jadikan ini sebagai pengajaran.. Betul kata pepatah “Orang tamat selalu rugi…”
Agung Kesuma
Dear Mrs Raja Noorma,
Saya dari Bali, Indonesia. Saya terima telpon dari orang mengaku bernama Ibu Raja Noorma akan mentransfer uang ke rekening saya. Saya mau bertanya apakah ini Raja Noorma Yang asli atau palsu.Tolon berikan jawaban segera!
Terima kasih atas perhatiannya.
sham
erk..tak tau nak jawab apa…huhuhu