Menteri Pun Dapat SMS Penipuan Coca Cola

Visited 1 times

April 7, 2010 · 5 comments

in Scam Alert

Bila baca berita harian hari saya tergelak apabila Menteri KPDNKK sendiri dapat sms yang kononnya menang RM30,000 daripada Coca Cola. Harap lepas ni ada la tindakan proaktif dilakukan untuk membanteras penipuan menerusi sms. Memang penipuan ini dibuat oleh mat indon. Berdasarkan perbincangan dari sms tipu power root, hampir semua penipu tersebut apabila dihubungi adalah orang indon.

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menjadi sasaran sindiket penipuan apabila menerima SMS yang mendakwa beliau memenangi hadiah wang tunai RM30,000 daripada Coca-Cola.

Beliau berkata, pihak berkenaan memintanya memberikan nombor akuan bank yang mempunyai kad ATM berserta nombor pin bagi memudahkan mereka memasukkan wang tunai dimenangi ke dalam akuan banknya.
“Apabila saya mendapat SMS itu, saya hubungi mereka menerusi nombor telefon yang disertakan dan bercakap dengan seorang lelaki yang bertutur dalam bahasa Indonesia. Mereka meminta daripada saya nombor akuan bank, berserta nombor pin untuk memudahkan mereka memasukkan wang dimenangi.
“Apabila saya enggan memberikan nombor akuan bank, mereka marah dan
berkata jika tidak mahu wang tunai mengapa saya menelefon mereka,” kata-
nya pada majlis Perasmian Minggu Keusahawanan Koperasi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan, Datuk Tan Lian Hoe dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Mangsor Saad.

Berikutan pengalaman itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sindiket sedemikian.
“Saya juga sudah meminta pegawai melakukan siasatan. Sebab itu saya menghubungi mereka sebaik menerima SMS, untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berharap Akta Kawalan Harga dan Anti Percatutan 2010 dapat dibaca kali pertama pada sesi Parlimen yang sedang berlangsung, manakala bacaan kali kedua dan ketiga pada sesi Jun ini.

“Ia (akta) masih di Pejabat Peguam Negara dan difahamkan sudah di peringkat akhir. Jadi, harapan saya akta ini boleh dibentangkan untuk bacaan pertama sesi ini,” katanya.

Minggu Keusahawanan Koperasi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diadakan selama tiga hari bermula semalam hingga esok. Sebanyak 36 koperasi membabitkan 30 usahawan dan 10 agensi di bawah kementerian itu menyertainya.

Berita Harian

Mereka sangka kita tak cam ke loghat bahasa Indonesia? Saya berharap tak ada lagi orang yang tertipu sebab memangnya tak logik sangat. Apatah lagi kita tak pernah menyertai apa apa peraduan yang terlibat. Biasanya penipuan sms indon ini melibat beberapa syarikat seperti

Coca Cola
Pepsi
Petronas
Shell
Power Root

Ini adalah kerana kebiasanya syarikat ini ada peraduan mereka sendiri. Jadi penipu warga indon akan mengambil kesempatan untuk menipu yang kononnya kita menang peraduan terbabit. Biasanya mereka menghantar secara rawak kemana mana nombor & berharap ada yang akan tertipu.

Konsepnya ala nigerian scammer yang mengunakan email sebagai alatan penipuan.  Cara penipuan juga hampir sama iaitu meminta maklumat penting seperti maklumat peribadi dan juga maklumat perbankan seperti nombor akaun dan nombor pin. Cuma style indon lebih terang terangan meminta nombor akaun dan nombor pin perbankan internet kononnya nak masuk duit.

Jangan sesekali berikan username dan password perbankan internet kepada sesiapa. Jangan salahkan orang lain bila duit dalam tu tetiba “kering”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share

Comments

Powered by Facebook Comments

{ 5 comments… read them below or add one }

adila April 11, 2010 at 11:22 am

saya baru dapat mesej tersebut dan saya telah menghubungi no yang tertera dalam mesej..memang orang indon yang cakap..

asmah April 19, 2010 at 6:42 pm

saya baru dpt sms tue..tp xcall sebab dah tau kes menipu..
biasanya kalau kita masuk apa2 pertandingan mesti penganjur call terus xde skill sms ni..

as April 19, 2010 at 7:28 pm

hari ini saya juga telah menerima sms yg sama kononnya dari coca cola…. bila tel suara indon. Di harap pihak berwajib dpt mengambil tindakan keatas penipuan seperti ini,….

is April 27, 2010 at 11:07 am

saya try balas sms dr coca-cola penipu tu tp dia x reply pn lg. dok tgu la ni hehe.. bodoh betol!!

tijah May 26, 2010 at 3:02 pm

baru 10 minit hari ini saya terima sms dr power root.bila call balik mmg indon.org indon ni ingat melayu bodoh.harap pihak berwajib dapat menyekat operasi penipuan semacam ini.bila saya inf yg saya dah call power root office.cepat2 mrk kata nak sambungkan talian saya ke bhg lain pastu line putus…takut lah tu.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: