Message From Cimb Clicks – Phising Terbaru


Saya baru sahaja menerima emel phising terbaru ini. Sebenarnya saya agak sedih apabila masih ada yang tertipu dengan kaedah phising ini. Dalam Harian Metro hari ini, orang daripada negeri asal saya telah kehilangan RM700 kerana “mengemaskini” akaun menerusi emel phising sebegini.

Pastinya ramai lagi yang menjadi mangsa tetapi tidak dipopularkan oleh media. Yang terbaru, emel phising ini mengunakan tajuk email yang sama apabila ada pembayaran diterima oleh seseorang menerusi perbankan internet.

Mereka mendakwa terdapat aktiviti yang tidak sah berlaku kepada akaun saya dan meminta saya “mengemaskini” akaun perbankan internet saya. Malah mereka minta TAC untuk ambil duit daripada akaun saya. Kalau mereka belum pernah menerima emel sebegini, abaikan sahaja. Paling mudah, delete sahaja emel kerana bank tidak akan hantar emel untuk anda kemaskini akaun.

Dan ini adalah artikel harian Metro hari ini telah seorang lelaki ditipu dengan kaedah ini.

KUALA TERENGGANU: Terpedaya dengan e-mel yang disangka datangnya dari sebuah bank, seorang lelaki kerugian RM700 apabila dia mengemas kini data akaun bank miliknya mengikut arahan yang tertera dalam Internet, Ahad lalu.

Mangsa yang berusia 32 tahun dan berasal dari Dungun mengemas kini akaun miliknya melalui Internet dengan mengikut arahan tertera dalam e-mel berkenaan.Bagaimanapun dia curiga selepas itu kerana sebelum ini bank berkenaan tidak pernah meminta pelanggannya membuat kemas kini akaun melalui Internet dan memberi arahan menerusi e-mel.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Azmi Adam, berkata mangsa memeriksa akaun simpanannya pada hari berikut dan mendapati ia berkurangan RM700.
“Terkejut dengan kehilangan wangnya, mangsa membuat semakan dengan bank dan diberitahu dia sudah membuat urusan dengan laman web palsu.
“Pihak bank mendakwa tidak pernah mengarahkan pelanggannya membuat kemas kini akaun menerusi internet dan tidak memberi sebarang arahan kepada pelanggannya menerusi e-mel,” katanya.

Beliau berkata, merasa tertipu dengan keadaan berkenaan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Paka pada jam 12.30 tengah hari Jumaat lalu.
“Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat tindak balas apabila menerima sebarang e-mel daripada mana-mana pihak untuk mengelak daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

“Apabila dihubungi pihak bank melalui internet, orang ramai yang merasa curiga mesti menghubungi bank berkenaan untuk mendapat kepastian mengenai kesahihan e-mel diterima,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana capaian kepada sistem komputer tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Harian Metro

Jika ada saudara mara anda yang menerima emel sebegini. Nasihati lah mereka agar tidak ada yang tertipu. Penipuan ini dilakukan oleh sendikit. Biasanya dia didalangi oleh warga Afrika seperti Nigeria, Liberia, Sierra Leon dan sebagainya serta dibantu oleh warga tempatan yang menjadi transit untuk menerima wang daripada akaun bank dari Malaysia.

Ramai yang sudah ditangkap. Tapi patah tumbuh hilang berganti, pasti ada orang lain yang akan mengambil alih kerja terkutuk ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.