Pelaburan Arowana RS Afari Sdn Bhd Penipu?


Pelaburan Arowana RS Afari Sdn Bhd Penipu?

Syarikat RS Afari Sdn Bhd menawarkan pelaburan arowana tidak silap saya bermula tahun 2011. Sampai sekarang masih ramai yang masih ternanti-nanti pulangan mereka. Malah FB mereka di https://www.facebook.com/RS.Afari.Arowana sudah lama tidak dikemaskini. Sebagai pengurus pelaburan, mereka sepatutnya sentiasa mengemaskini status mereka apatah lagi mereka memegang amanah daripada orang.

Ramai yang dah mula komplen sebab bertahun masih tidak nampak hasil.

rs afari

 

Malah ada yang ke ofis mereka, dah kosong katanya.

rs afari 2

Sebenarnya industri ikan arowana ini hanya boom sebentar. Malah banyak pengusaha kolam arowana di Kuala Kangsar sudah ada yang bangkrap. Malah ikan arowana nak jual harga puluh ringgit pun dah susah. Pada asalnya ikan arowana adalah satu spesis yang terancam ditambah pula rupanya yang cantik.

Apabila ramai orang ternak, ia bukan lagi spesis terancam. Itu fikir logik la kan.. kalau dah senang nak dapat, pasti harganya murah ke.

Akhirnya pelabur ikan arowana ini hampa.. Ia hanya gempak sebentar.. Malah media juga gembar gembur bahawa harga arowana mencecah puluhan ribu seekor. Sekarang apa sudah jadi? Merudum sebagaimana harga getah. Mereka yang teruja dengan tawaran pelaburan arowana ini akhirnya terjebak. Akhirnya lebur duit sendiri.

Ingat nak cepat kaya dengan arowana. Akhirnya menyesal tak sudah.

Salah seorang mangsa adalah saudara sendiri. Sedih. 🙁

Apa nak buat sebab Melayu memang suka benda Duduk Diam Dapat Duit. Akhirnya habuk pun tak dapat. Itu ada lagi kononnya ikan dah bertelur dan disuruh menambah pelaburan. Yang lama belum nampak hasil, suruh tambah pelaburan lagi?

Nampak tak permainan di situ? Syarikat mula nak bangkrap, diorang mula cuba sedut daripada pelabur mereka. Sama seperti skim cepat kaya lain, diorang akan cuba sedut sebanyak mungkin daripada pelabur. Yang bodoh, akan bagi duit dengan harapan dapat lagi pulangan. Wake up la.. Bertahun melabur, satu sen pun tak dapat lagi. Nak tambah lagi?

Sila Lapor Kepada Pihak Berkuasa

Jika yang tertipu kepada mana-mana skim laporkan kepada pihak berkuasa. Duit anda memang dah burn dah. Ia adalah untuk mengelakkan orang lain daripada menjadi mangsa yang sama. Dengan adanya laporan, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan. Malah bank negara, boleh mengambil tindakan untuk menyiasat skim yang ditawarkan itu.

Macam kes pelaburan Seramik, pegarah syarikat tu dipenjara lebih 1000 tahun. Beratus juta dia tipu, kebanyakannya adalah Melayu. Kebanyakan duit itu dah dipindahkan ke akaun lain dah bila bank negara siasat. Yang dapatnya 24 juta sedangkan dia dah sapu beratus juta duit orang melayu yang ingin cepat kaya.

Duduk diam je dapat dapat.. Goyang telur kaki dapat duit.. ops terlebih sudah…hehehe

Harap para pembaca dapat iktibar daripadanya.

 

Update : Pihak kami sudah melaporkan hal skim ini kepada Bank Negara Malaysia. Berikut adalah maklum balas daripada BNM. Pihak kami juga telah melaporkan skim ini kepada pihak SSM. Kini menantikan maklum balas daripada pihak SSM. Nantikan respon daripada SSM nanti sebab hasil semakan kami di SSM, ia tidak berdaftar dengan SSM.

 

bnm

 

Update 2: Laporan kepada SSM juga telah diterima. Tunggu sahaja pihak SSM membuat siasatan berkenaan syarikat ini. Kalau diikutkan, mereka menawarkan skim berkempentingan.

ssm

Maklumat Lanjut berkenaan skim pelaburan sebegini:

Polisi Skim Kepentingan :

http://www.ssm.com.my/sites/default/files/is_policy_guideline/POLICY_GUIDELINES_SHARE_FARMING_GROWER_PLOT.pdf

Senarai Semak Skim Kepentingan :

http://www.ssm.com.my/sites/default/files/brochures/Risalah_Skim_Kepentingan.pdf

Senarai Terkini Skim Kepentingan Berdaftar :

http://www.ssm.com.my/ms/company/is-registered-scheme-public

Update 24hb Jun 2014: Pihak kami menerima maklum balas daripada SSM. Kini sedang berusaha mendapatkan salinan perjanjian daripada pelabur yang terlibat.

rs afari ssm

Jika ada pelabur lain yang ingin menyumbang salinan perjanjian anda, mohon hubungi saya. Semoga dipermudahkan.

Update Terbaru 8hb Ogos 2014: Pihak Penyiasat SSM telah ke premis syarikat ini. Dukacita dimaklumkan bahawa premis berkenaan sudah disewa oleh syarikat lain iaitu E Monster Sdn Bhd. Pihak SSM akan cuba mengesan pengarah syarikat untuk tindakan lanjut. Bagi mereka yang tertipu, boleh buat laporan polis dan boleh buat tindakan saman sivil untuk dapatkan kembali wang anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • rs afari sdn bhd
  • rs afari
  • kolam arowana kuala kangsar
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 18

  1. sham June 14, 2014
  2. lieza June 24, 2014
  3. sham June 27, 2014
  4. mohdnazet June 27, 2014
  5. sham June 27, 2014
  6. sham June 27, 2014
  7. lieza July 1, 2014
  8. sham July 8, 2014
  9. sham August 9, 2014
  10. lieza August 17, 2014
  11. Hj. Yusof Yeo Bin Abdullah August 25, 2014
  12. sham August 30, 2014
  13. afwaz October 12, 2014
  14. Muhamad April 12, 2015
  15. WanieHazwani August 13, 2015
  16. naz February 8, 2016
  17. sham February 8, 2016
  18. laurance May 25, 2016

Leave a Reply

error: Content is protected !!