Pelaburan Penternakan Cacing Tipu Pun Ada

Saya tertarik dengan berita semalam tentang penipuan tentang perternakan cacing dimana pelabur rugi berjuta ringgit. Ini adalah artikel yang berkenaan:

KULIM: Seorang pesara kerajaan, Omar Ismail, 58, dari Bayan Baru, Pulau Pinang, mendakwa beliau menggunakan wang pencen sebanyak RM100,000 dibayar secara berperingkat kepada syarikat yang menganjurkan skim pelaburan penternakan cacing sejak Ogos tahun lalu.

“Kali pertama, saya melabur RM60,000 dan mendapat pulangan RM20,000 untuk dua bulan pertama sebelum menambah pelaburan RM40,000 lagi tetapi gagal menerima sebarang pulangan sejak November lalu.

“Saya pergi ke pejabat syarikat itu untuk mendapatkan kepastian tetapi alasan diberi boleh dikatakan munasabah sebelum menyedari ditipu, pada bulan lalu, ” katanya.

Ini adalah antara kes penipuan yang dikesan sejak kebelakangan ini. Sebelum ini terdapat juga penipuan yang melibatkan penternakan ikan keli, kambing dan lembu. Syarikat yang berkenaan mengutip wang pelaburan dan menjanjikan pulangan yang tetap setiap bulan. Ia menyebabkan ramai orang menyertainya melabur kerana potensi yang besar dalam bidang berkenaan.

Mengikut trend terbaru sekarang ialah saya jangkakan akan ada penipuan melibatkan burung walit atau layang layang selepas ini. Ini adalah kerana harga sarang burung walit dari Malaysia boleh mencecah RM7,000 sekilo. Saya pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menawarkan pakej pelaburan untuk melabur dan menjanjikan pulangan lumayan sebelum mereka cabut.

Tidak dinafikan penternakan burung walit memang lumayan kerana kos yang rendah dan pulangan yang agak tinggi. Harap anda semua berhati hati dengan sebarang tawaran pelaburan. Penipuan sebegini semakin lama semakin menjadi jadi. Mungkin yang menjadi dalang adalah orang yang sama. Operasi mereka mudah, buat syarikat, tunjuk skit hasil kerja mereka, kemudian kutip wang pelaburan dan cabut apabila sampai masa untuk membuat bayaran kepada pelabur.

Apa yang menyedihkan ramai orang Malayu yang menjadi mangsa. Habis duit simpanan dan juga wang pencen mereka disebat oleh penipu. Ingatkan untuk mengandakan wang tetapi terus hilang wang yang ada. Dalang penipuan ini biasanya mengunakan syarikat proxy untuk mengaburi orang ramai dan juga menyukarkan pihak berkuasa bertindak.

ternak-cacing

Penternakan cacing memang ada potensi kerana ia menghasilkan baja yang berkualiti tinggi dan juga digunakan sebagai bahan asas dalam kosmetik. Induk cacing dijuga dijual dengan harga RM150 sekilo. Ia pasti akan menjadi umpan yang besar untuk penipu mencari mangsa. Harap ia menjadi teladan buat kita semua agar tidak mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya sebegini.

Jangan asyik nak melabur je. Laburkan pada tempat yang betul dan disahkan seperti hartanah, stok, saham,emas dan sebagainya. Pastikan pelaburan yang anda buat dijamin selamat oleh pihak berkuasa seperti Bank Negara dan kerajaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 3

  1. nuwa January 12, 2010
  2. abrablog January 23, 2010
  3. zoul March 31, 2010

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.