Pelaburan Tanaman Kurma


Kebanyakan masyarakat kita memang teruja apabila ada berita tentang ada pokok kurma di Malaysia berbuah. Namun tak ramai yang tahu bagaimana tanaman kurma ini sehingga ada yang menawarkan pelaburan tanaman kurma. Macam gempak je kan? Hakikatnya…

tanaman_kurma

Saya pernah terserempak dengan booth yang menawarkan pelaburan untuk tanaman kurma. Sebagai umat Islam, kurma adalah salah satu daripada makanan sunnah. Sebelum puasa akan ada iklan yusuf tayyob di tv menandakan puasa semakin hampir. Kesemua kurma ini di import daripada timur tengah. Persoalannya, bolehkah kurma boleh ditanam di Malaysia?

Jawapannya ya. Boleh ditanam tetapi berbuah boleh saya katakan 95% akan gagal berbuah di Malaysia. Sebab apa?

  1. Kurma memerlukan 5-20 tahun untuk berbunga dan berbuah. Itupun tidak menentu. Jika anda perasan pokok kurma yang ditanam di masjid-masjid dah berbelas tahun tak nampak tanda akan berbunga atau berbuah. Pembesaran pokok kurma sangat perlahan. Hanya sekaki setahun. Kurma boleh hidup ratusan tahun itupun jika tidak diserang penyakit dan perosak seperti kumbang.
  2. Pembajaan yang betul. Kurma perlu pembajaan yang betul dan sistematik di Malaysia. Bukan main tanam je.
  3. Cuaca. Ini faktor paling besar. Kurma adalah pokok yang sesuai ditanam di padang pasir yang kurang air. Di Malaysia terlebih air pula. Dengan cuaca panas lembab, ia kurang sesuai untuk kurma. Ia boleh hidup namun yang mengeluarkan hasil, ia sangat sukar. Jika ada pun sangat sedikit dan tidak boleh untuk dijual.
  4. Pokok jantan dan betina. Betul pokok kurma ada 2 iaitu jantan dan betina. Perlu ada kedua duanya barulah ia boleh berbuah.
  5. Pendebungaan secara manual. Bunga kurma tiada bau. Ia tidak menarik minat agen pendebungaan seperti lebah dan sebagainya. Pendebungaan perlu dilakukan secara manual dengan merenjiskan bunga jantan pada bunga betina. Sebab itulah pak arab panjat pokok kurma setiap kali pokok kurma mereka berbunga untuk melakukan proses pendebungaan.

Jadi ini sebabnya antara sebab kurma di Malaysia kebanyakannya tidak berbuah. Dulu pernah sekali gempar dengan kurma berbuah di Kota Bharu. Tapi sekali itulah, sekarang dah tak berbuah lagi dah.  Kalau nak komersilkan macamana?

Pelaburan Tanaman Kurma

Kembali kepada isu pelaburan tanaman kurma yang kini sedang aktif mencari mangsa biasanya di lokasi ramai orang Melayu berada seperti di pasaraya Mydin. Mereka membuka booth dan mencari pelabur yang ingin melabur dengan mereka dengan menanam kurma di Kelantan dan  Johor.

Pelaburan tidak silap saya RM20,000 sepokok dengan kontrak selama 20 tahun. Pihak syarikat akan menjaga pokok berkenaan seperti membaja dan sebagainya. Selepas 20 tahun, pelabur perlu memperbaharui kontrak selama 20 tahun jika tidak pokok berkenaan akan menjadi milik syarikat. Ia bukan milik pelabur!

Nampak tak permainan disitu? Mereka nak menanam kurma dengan duit pelabur dan risiko ditanggung pelabur walaupun pokok berkenaan tak berbuah selama 20 tahun. Jika pokok jantan? Melebur sahaja rm20,000 untuk pokok kurma jantan.

Bagi saya ia satu eksploitasi yang jelas. Mereka perlu buat dulu pokok kurma mereka tu berbuah, barulah boleh offer. Tapi berapa pula kurma tu boleh dijual apabila harga pasaran kurma berbelas ringgit sahaja setengah kilo. Kurma Ajwa atau kurma nabi pula kira-kira Rm250 sekilo.

Setakat ini, belum ada spesis kurma Ajwa berbuah di negara tropika. Yang ada dari jenis hibrid yang dihasilkan oleh Thailand. Teknologi pertanian mereka sangat tinggi jauh meninggalkan kita.

Ada juga yang menjual benih kurma pada harga RM800  sepokok dan mendakwa akan berbuah setelah 3 tahun.Hahaha.. Cuaca negara Thailand pun berbeza dengan negara kita. Tak sama langsung. Walaupun ada benih hibrid dari thai, ia belum tentu akan berbuah di Malaysia.

Melabur Dengan Ilmu bukan Ikut Apa Penjual Kata

Sebelum melabur pastikan anda tahu apa yang sedang anda buat. Jangan ikutkan Teori KALAU penjual atau syarikat pelaburan. Yang untungnya ialah syarikat yang menawarkan pelaburan tu. Duit dah dapat. Cabut jela buat skim lain.

Yang join tu terkebil-kebil duit dah keluar banyak untuk beli benih kurma. Hasilnya pula tiada. Sebabnya cukup mudah, belum ada orang yang benar-benar berjaya dalam tanaman kurma di negara ini. Yang ada hanya kes terpencil kurma berbuah sekali atau dua kali.

Dengan modal yang ada tu, baik beli terus kurma dan jual. Duit RM20,000 yang belum tentu berbuah, baik beli buah je. Untung boleh lawan Yusuf Tayoob kalau kena cara. Kita di Malaysia permintaan hanya meningkat setahun sekali sahaja iaitu bulan puasa. Masa lain, kurma jarang-jarang orang beli.

Jadi sayangi duit anda.. Kalau pokok kurma RM800 sepokok, baik anda beli kurma segar. Simpan biji dan semai sendiri benih kurma anda. Tumbuh juga kurma tu. Saya sering mengumpul biji kurma yang orang bawa balik dari Mekah. Jika disemai ia akan tumbuh. Jika beli kurma macam yusof tayoob, tak tumbuh. Mungkin ia menjalani proses pengawetan untuk membuatkan ia lebih tahan lama menyebabkan bijinya tidak tumbuh.

Kurma yang orang bawa balik dari Mekah memang tumbuh. Saya pernah buat. 🙂

Apa yang perlu ada buat, rendam biji kurma semalaman. Jika timbul, buang. Yang tenggelam, anda boleh semaikan didalam polibag dan siram setiap hari. Beberapa minggu akan tumbuh dan keluar pucuk pertama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • penipu jual pokok kurma
  • pokok kurma pelabura
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!