Pengarah Syarikat Noradz Travel & Services Sdn. Bhd dipenjara dan didenda


Salah satu lagi syarikat yang ditutup serentak dengan Jazmeen Sdn Bhd ialah Noradz Travel & Services. Skim ini pula memerlukan modal min RM3,300. Kemudian mereka menawarkan pulangan tetap setiap bulan seperti skim cepat kaya. Berikut adalah berita tentang kesalahan mereka ini.

KUALA LUMPUR – Seorang penerbit filem, Datuk Adzhar Sulaiman (gambar) dan dua anaknya dipenjara dan didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM59 juta.

Hakim Rozana Ali Yusoff memerintahkan Adzhar, 56, selaku Pengurus Besar Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dihukum penjara dua tahun dan didenda RM1 juta atau 10 bulan penjara kerana mengambil deposit haram manakala bagi tuduhan mengubah wang haram, dia dihukum penjara tiga tahun.

Anak perempuannya, Noradzma, 35, yang turut menghadapi tuduhan serupa dipenjara tiga tahun dan denda RM500,000 atau enam bulan penjara sementara Noradz Travel & Services pula didenda RM5 juta atas tuduhan mengambil deposit tanpa lesen.

Seorang lagi anak Adzhar, Noradzrin, 26, yang bergelar penyanyi dan popular dengan lagu Pujaan Malaya dihukum penjara setahun bagi kesalahan mengubah wang haram.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin dan pegawai pendakwa, Anthony Kularaj, kedua-duanya dari Bank Negara Malaysia serta dua Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara, Mohd. Farez Rahman dan Mohd. Haziq Razali.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam, Afifudin Mohd. Hafifi didakwa menggunakan wang haram untuk membeli hartanah, produk insurans, pelaburan serta memindahkan wang ke akaun anak syarikat mereka di beberapa buah bank di sekitar Kuala Lumpur di antara 14 Ogos 2007 dan 6 Januari 2009.

Sumber: Kosmo.com.my

Denda RM1juta ringgit saya kira agak rendah sedangkan mereka memperoleh ratusan juta ringgit. Walaupun ia disenarai hitam oleh BNM, mungkin ada wang yang terlepas ke akaun proxy yang lain. Biasanya begitulah penganjur skim cepat kaya beroperasi.

Sekarang ini, masih ada beberapa syarikat pelaburan sebegini sedang dalam perbicaraan dan ada pengarah syarikat yang masih diburu seperti Jazmeen Sdn Bhd.

Mungkin sebab ini, banyak skim cepat kaya mengunakan pendaftaran di luar negara sekarang ini. Walhal, mereka beroperasi di Malaysia seperti Swisscash dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • noradz travel & services sdn bhd
  • noradz travel terkini
  • noradz terkini
  • noradz travel terkini 2012
  • kes noradz terkini
  • datuk adzhar skim noradz
  • kes noradz terkini 2017
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.