Pengarah Syarikat Skim Cepat Kaya Jazmeen (M) Sdn Bhd Diburu

Bagi mereka yang tidak tahu, skim ini aktif pada tahun 2005 hingga 2008 jika tidak silap saya. Modul perandi mereka adalah seperti skim cepat kaya lain. Mereka menawarkan pelaburan dengan pulangan yang mudah kepada “penyimpan” mereka. Ini adalah antara skim yang ditawarkan mereka:

Kelayakan :

1) Terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan Penduduk Tetap (PR).
2) Tiada had umur.
3) Mempunyai akaun bank di Malaysia.
4) Simpanan minima RM 1000.00 dan tiada had.

Keistimewaan & Kelebihan & Keunikan :

1) Dividen 10% setiap bulan selama 24 bulan dan didebitkan terus ke dalam akaun bank anda (pada akhir bulan).
2) Tiada yuran pendaftaran, caj tambahan atau tersembunyi.
3) Setiap simpanan bijak diperakui dengan SIJIL serta SURAT PERJANJIAN yang telah dimeterai oleh Peguam Syarikat dan dimatikan setem hasil.
4) Boleh melakukan penambahan simpanan pada bila-bila masa.
5) Wang simpanan asal (principal) akan dikembalikan setelah 24 bulan.
6) Pendapatan secara berterusan walau sudah meninggal dunia (boleh diwarisi).

Potensi Simpanan Bijak :

Modal Simpanan X Dividen X 24 bln = Untung + Modal = JUMLAH PENDAPATAN!!!!

RM 1,000.00 X 10% X 24 bln = RM 2,400.00 + RM 1,000.00 = RM 3400.00
RM 10,000.00 X 10% X 24 bln = RM 24,000.00 + RM 10,000.00 = RM 34,000.00
RM 50,000.00 X 10% X 24 bln = RM 120,000.00 + RM 50,000.00 = RM 170,000.00
RM 100,000.00 X 10% X 24 bln = RM 240,000.00 + RM 100,000.00 = RM 340,000.00
RM 1,000,000.00 X 10% X 24 bln = RM 2,400,000.00 + RM 1,000,000.00 = RM 3,400,000.00

Alamat Pejabat :
Jazmeen (M) Sdn. Bhd.
29-5-1 Jln 3/101C,
Cheras Business Centre,
Batu 5, Jln. Cheras
56100 Kuala Lumpur

Dengan kata lain, mereka menawarkan pulangan 10% daripada “simpanan” yang dibuat oleh orang ramai.  Mereka telah berjaya menerima deposit puluhan juta ringgit daripada orang ramai. Kesemua pengarah syarikat Jazmeen kini sedang diburu oleh Bank Negara Malaysia sehingga kini. Jika anda ada maklumat berkenaan mereka ini, boleh hubungi talian Bank Negara Malaysia –

03-26988044 ext. 7528 / 7914 / 8765 / 8162

or

03-26985708

Atau buat laporan di balai polis berdekatan. Ganjaran wang ringgit juga ditawarkan kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka ini. Kalau dilihat, ia lebih kurang sama je dengan skim internet yang ada sekarang ini seperti Speedline yang sedang hangat sekarang ini. Simpan kemudian dapat pulangan setiap bulan.

Inilah pengarah syarikat Jazmeen  Sdn Bhd yang sedang diburu oleh BNM.

Kalau anda kenal orang tersebut dan nak dapat duit percuma kerana membantu Bank Negara, anda boleh berikan maklumat pada talian BNM atau Balai Polis berdekatan. Mereka mungkin sedang bersenang lenang di luar negara sekarang ini hasil daripada duit orang ramai peserta skim mereka. Peserta skim ini sebelum ini sedang berputih mata.Tapi ada juga yang cuba “dapatkan balik duit” dengan menyertai skim cepat kaya lain pula.

Keluar dari lubang, terjun ke lubang lain pula.

Maklumat lanjut anda boleh layari laman web Bank Negara Malaysia.

Bersama kita banteras skim cepat kaya perosak bangsa. Mereka mungkin boleh bersenang lenang dengan duit orang, tetapii hidup tidak aman kerana sentiasa akan diburu pihak berkuasa.

Kredit: CariGold,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • jazmeen (m) sdn bhd
  • azz marketing penipu
  • jazmeen carigold
  • azz marketing ikan keli
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. abdfatah November 24, 2011

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.