Penipuan Emel Mengunakan Nama Telekom Malaysia


Nampaknya scammer semakin kreatif. Mereka mengunakan nama GLC Malaysia yang kononnya, mereka telah menawarkan hadiah sempena hari perayaan tertentu. Terbaru mereka mensasarkan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.

telekom Malaysia Scam

Berikut adalah emel yang mereka hantar secara pukal kepada sesiapa sahaja. Anda juga mungkin menerimanya.

Telekom Malaysia Berhad
G.03B, Ground Floor, Kompleks Antarabangsa,
Jln Sultan Ismail, Off Jalan Ampang
50250 Kuala Lumpur

NOTIS RASMI HADIAH TELEKOM MALAYSIA

Pihak Telekom Malaysia @ Program Kemenangan yang telah diadakan pada 2nd Februari 2015
di mana alamat email anda yang disertakan beraama Tiket Kemenangan nombor 2 – 4 – 16 –
37 – 89 – 40 -85 dengan siri nombor 2268/02 telah memenangi loteri kategori hadiah
kedua khas keluarga Telekom Malaysia. Untuk menuntut hadiah kemenangan ini anda
dikehendaki menghubungi melalui e mail Bahagian Tuntutan untuk tujuan pemerosesan dan
pembayaran hadiah wang tunai kepada anda.

Di sepanjang program Khas Keluarga Telekom yang telah diadakan di Ibupejabat di Kuala
Lumpur sejumlah RM270,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Tujoh Puloh Ribu) telah
dianugerahkan kepada anda oleh Telekom Malaysia Berhad kepada anda dan keluarga anda
sempena sambutsn Akan Datang Tahun Baru Cina 2015 ini.

Program ini turut dibiayai bersama oleh Toyota Malaysia dan Tenaga Nasional sebagai
pakej istimewa Telekom 2015 dan anda perlu memahami bahawa e mail ini adalah 100% sah
dan diiktiraf kerana program ini kebiasaannya diadakan sekali dalam masa lima tahun.

Sila hubungi agen kami untuk menuntut hadiah ini :

EN SHAFIE BIN HASSAN
Pengarah Bahagian Tuntutan
E-mail:tm.bhd.my@outlook.my

Untuk tujuan pemerosesan sila hubungi agen kami dengan maklumat-maklumat
berikut :
1) Nama Penuh
2). Umur
3). Pekerjaan
4). Telefon
5). Negeri / Bandar

Perlu diingatkan bahawa hadiah tahun Telekom Malaysia Berhad 2015 ini adalah diberikan
khas kepada anda dan keluarga anda dan anda hendaklah membuat tunttan ini sebelum 28th
Februari 2015
Terima kasih.

Puan. Nadia binti Rafik
Pengurus Eksekutif
Anugerah Telekom Malaysia
Ibupejabat telekom Malaysia

Jika anda menjawab emel berkenaan, mereka akan meminta mendepositkan sejumlah wang bagi menuntut hadiah berkenaan. Duh..

Kata hadiah, kita pula yang kena bayar…

Itulah modus operandi Nigerian Scammer di Malaysia. Mereka bekerja sama dengan warga tempatan sebagai hub memasukkan duit daripada penipuan mereka. Kebanyakannya rakyat tempatan yang terlibat adalah wanita yang menjadi kekasih mereka di sini. Sad but true..

Gadis-gadis Malaysia gemarkan awang hitam yang romantik dan “besar”.

Jika anda menerima emel sedemikian, abaikan sahaja. Jangan respon apa apa. Jangan buang masa anda, kerana anda memang tak menang apa apa. Jangan bayar apa apa. Jika sudah terbabas reply emel mereka, abaikan emel daripada mereka selepas ini.

Jangan mudah percaya sebab TM tak buat sebarang peraduan pun buat masa sekarang. Apatah lagi cabutan bertuah ke apa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • anugerah telekom malaysia
  • peraduan tm
  • dapat sms dari no telepon 63839
  • en shafie bin hassan
  • kes penipuan telekom malaysia
  • nadia binti rafik pengurus eksekutif anugerah telekom malaysia
  • telekom malaysia berhad bonus
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 14

  1. elly October 5, 2015
  2. ila December 20, 2015
  3. sue December 23, 2015
  4. norfazila binti Jaffar January 4, 2016
  5. azrina arifin January 6, 2016
  6. Saleh January 18, 2016
  7. deja rams February 2, 2016
  8. deja rams February 2, 2016
  9. sham February 2, 2016
  10. K March 30, 2016
  11. Murni June 27, 2016
  12. sham June 29, 2016
  13. Hzawai July 28, 2016
  14. Salma April 13, 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!