Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Semalam saya ada menerima satu mesej di Facebook yang bertanya tentang masalah beliau yang menerima parcel daripada “abang angkat” yang dikenali di Facebook daripada UK. Eh..Macam biasa je kan? Namun, pihak kurier menelefon meminta beliau membayarnya GBP1200 lebih.. Kali ini kita bercerita tentang penipuan parcel dari UK..

Modus Operandi Penipuan Parcel

Biasanya mereka mencari mangsa menerusi emel dan juga media sosial terutamanya Facebook. Mereka ini adalah golongan terlatih untuk mengayat mangsa sehingga benar-benar percaya kepada mereka. Ayat mereka gunakan sangat sweet sehinggakan ramai wanita cair dengan pujukan mereka. Biasanya mereka mengaku menetap di UK dan berasal daripada Malaysia atau ibu bapa mereka berasal daripada Malaysia.

Sebagai tanda terima kasih mereka nak menghadiahkan sesuatu. Ia berlaku secara tiba-tiba menyebabkan mangsa terkedu dan terkejut. Kemudian agen sendiket ini akan menelefon bahawa kononnya parcel telah sampai dan perlu membayar cukai kastam kepada mereka untuk membolehkan barang berkenaan dihantar. Mereka akan memberikan nombor akaun bank tempatan.

Eh.. cukai kononnya dalam Great Britain Pound (GBP). Tapi bayar kat orang personal! Tak rasa pelik ke?

Anda perlu tahu, prosedur kastam terutamanya pembayaran cukai perlu dilakukan di pejabat kastam BUKAN bank in atau transfer ke akaun peribadi yang kononya agen cukai.

penipuan-parcel

Diatas adalah gambar slip parcel mereka.  Website kurier pun pakai free wordpress je. Cikai benor tu! Takde duit buat laman web ke? Websitenya memang wujud dan dibuat pada tahun 2012 untuk penipuan mereka. NPX Inter Delivery.. Maksud apa? Diorang takde idea tu kot.. N tu rasanya Nigeria..negara asal mereka… Ini laman web mereka …https://npxinterdelivery.wordpress.com/

Taktik Nigerian Scammer

Ini sebenarnya taktik biasa nigeria scammer mencari mangsa. Kebanyakan mereka yang mensasarkan daripada Malaysia ini menetap di sini sebagai pelajar antarabangsa. Mereka bekerjasama dengan orang tempatan untuk membolehkan mereka mengunakan akaun bank dan juga kad atm untuk pengeluaran duit yang diterima daripaa penipuan mereka.

Yaa. Mereka ada di Malaysia bukan di UK. Mereka mencipta profile palsu di Facebook dan menghantar mesej untu berkenaan kepada mereka yang berada di Malaysia. Bagi mangsa lelaki, mereka gunakan profile wanita cantik dan bagi mangsa wanita mereka gunakan profile lelaki kacak.

Bagi mereka yang tak tahu.. Berbunga hati bila ada orang luar negara nak berkenalan pulak tu. Cantik ke aku.. Hensem ke aku sampai ada minah/mamat dari UK nak berkenalan. Siap nak buat jadi adik/abang/kakak angkat. Bertuahnya badan…hahahaha

Jerat sudah mengena.. Mereka akan secara tiba-tiba nak hantar duit/parcel sebagai tanda terima kasih diatas kesudian menjadi adik/abang/kakak angkat mereka. Kita menolak. Mereka akan paksa nak hantar juga. Tak lama selepas itu, rakan subahat mereka daripada penduduk tempatan akan call mengatakan parcel sudah sampai dan kena bayar sejumlah wang ke akaun mereka untuk proses penghantaran.

Jika bayar sekali.. Mereka akan call lagi cakap..ada masalah lagi tak boleh lepas parcel dan perlu bayar sejumlah wang lagi. Ia akan berulang kali sehingga mangsa sedar dah kena tipu…

Ketika itu sudah terlambat kerana duit berkenaan sudah dikeluarkan dan dipindahkan ke akaun lain dan mungkin dihantar ke negara mereka.

60% pendapatan negara Nigeria adalah hasil penipuan. Gila kan? Ia satu pekerjaan yang diiktiraf disana. Pemuda-pemuda nigeria yang kacak berkilat akan dihantar ke negara-negara sasaran mereka terutamanya Malaysia. Sebabnya mudah… Orang Malaysia mudah kena tipu! Ayat manis sikit sudah cair habis.. Walaupun tak kenal langsung orang tu.. Positif betul orang Malaysia ni…hahaha

Kebanyakan Kes Penipuan Takkan Dapat Balik Duit!!

Walaupun polis dah menangkap dalang penipuan ini. Kadang-kadang mereka menyewa akaun bank warga tempatan untuk tujuan menipu. Mereka akan membayar ribuan ringgit untuk menyewa akaun bank dan kad atm. Kalau diorang bayar RM5000 sebulan.. Tergugat iman beb..

Tapi bila polis buat tangkapan, yang sewa akaun tu yang kena tangkap. Mereka dah lari entah kemana. Sewa rumah tempat lain dan teruskan penipuan orang lain pula.

Alamak Dah Terbayar!! Nak Buat Macam Mana?

Tolong jangan biarkan sahaja. Tolong buat laporan polis. Berikan segala bukti termasuklah perbualan dan juga transaksi yang telah dilakukan. Minta polis tangkap dalang agar orang lain tak tertipu.

Polis boleh kesan nombor akaun bank yang digunakan.. Dari situ mereka boleh cari rakan subahat mereka dan mencari dalang utama. Sudah ramai yang ditangkap. Namun, yang baru pula datang menyamar sebagai pelajar kolej swasta terutamanya di KL dan Selangor.

Diharap Kementerian Pelajaran Tinggi dapat mengetatkan pengambilan pelajar asing dan menapisnya agar yang benar-benar nak belajar sahaja dibenarkan. Jika tidak, masalah ini akan berterusan sampai bila bila.

Sudah berjuta ringgit hasil penipuan ini yang dilaporkan. Itu belum kira yang tak laporkan kepada polis..Menangis dibucu katil duit habis kena tipu. Duit tu memang tak dapat dah..

Mohon share artikel ini facebook agar dapat educate orang kita tentang ancaman daripada penipuan parcel ini. Bukan senang nak cari duit. Ada yang duit pencen beratus ribu tertipu dengan penipuan ini. Nak sangat kawan dari luar negara.. Nah..Kena terduduk terus..

Kalau dah terbagi maklumat peribadi macamana pula?

Bagi yang dah bagi maklumat peribadi seperti nama dan alamat. Tidak perlu buat apa apa. Mereka hanya aktif secara online. Tak berani nak semuka pun. Mereka bukan gangster atau ahlong yang akan serbu rumah jika tak bayar. Jika dah terkena tapi belum bayar, jangan membuat sebarang pembayaran. Abaikan sahaja apa saja mesej mereka. Jika mereka buat ugutan, buat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagaimana Kurier Berfungsi?

Kita juga perlu faham bagaimana kurier berfungsi. Pihak kurier tidak akan membuat penghantaran barangan jika tidak dibayar terlebih dahulu. Mereka tidak menawarkan Cash On Delivery(COD) apatah lagi dari luar negara. Mereka tidak sanggup menanggung risiko jika barang tidak sampai terlonggok di dalam store mereka.

Satu perkara lagi cukai kastam, Pihak KDRM akan meminta penerima parcel ke pejabat pos yang mempunyai pejabat kastam biasanya pejabat pos besar untuk berurusan. Perlu jalani interview tentang barangan yang diterima. Jika dikenakan cukai, barulah perlu bayar di kaunter kastam. Biasanya hanya 6% sahaja..GST.

Selain pejabat pos, penerima juga mungkin dipanggil ke mana-mana pejabat kastam berdekatan untuk urusan penentuan cukai. Pihak kastam juga tidak melantik wakil untuk mengutip cukai! Jika tidak, sia-sia ribuan pegawai kastam diambil jika tidak boleh mengutip sendiri cukai.

Jadi tiada individu yang dilantik sebagai agen pengutip cukai wujud. Yang ada hanyalah scammer yang sedang menanti mangsa. Mereka mengunakan akaun individu rakyat tempatan untuk mendapatkan pembayaran hasil penipuan mereka. Jadi jangan tertipu lagi.

Please share ya.. Tapi jangan pulak copy paste artikel masuk kat blog sendiri.. Penat tau menulis ni… 😛

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • penipuan dari uk
  • kalau bank luar negara nak transfer ke akaun kita taktik penipuan
  • menerima parcel dari luar negara
  • penipuan hanta barang dari luar negara
  • penipuan parcel
  • penipuan parcel dari uk yang berjaya ditagkap
  • penipuan penghantaran baran barang barang berharga dari luar negara#spf=1
  • penipuan rakyat uk
  • Scam luar negara
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 21

  1. Wan Din October 15, 2016
  2. Masymul Anuar October 15, 2016
  3. sham October 16, 2016
  4. farhana October 17, 2016
  5. ziey October 17, 2016
  6. sabree hussin October 17, 2016
  7. Zulfikri Abdul Latib December 17, 2016
  8. sham December 17, 2016
  9. Siti December 24, 2016
  10. sham December 27, 2016
  11. norhayatoesa January 9, 2017
  12. sham January 9, 2017
  13. leeyna January 21, 2017
  14. a March 1, 2017
  15. sham March 1, 2017
  16. a March 1, 2017
  17. a March 1, 2017
  18. a March 1, 2017
  19. A March 13, 2017
  20. sham March 16, 2017
  21. Bunga March 22, 2017

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.