Penipuan Penternakan Burung Walit @ Layang Layang

Dalam akhbar Kosmo hari ada berita tentang penipuan tentang penternakan burung walit. Ia sebenarnya memang sudah dijangkakan kerana penternakan burung walit adalah antara perniagaan asas tani yang mendapat sambutan cukup tinggi. Masa saya balik ke Terengganu baru ini, di kampung saya sudah ada 5 bangunan khusus untuk ternakan burung walit yang diusahakan oleh sepupu-sepupu ayah saya.

Sendikit penipuan ini menawarkan untuk menjual tanah bagi tujuan penternakan burung walit ini. Kemudian mereka melarikan diri setelah mendapat wang daripada mangsa mereka. Berikut adalah keratan artikel berkenaan modul operandi mereka di akhbar Kosmo!:

ALOR SETAR – Polis meminta orang ramai agar berhati-hati dengan sindiket penipuan perniagaan burung walit dan penjualan tanah pada harga murah yang menjadikan pesara dan warga emas sebagai mangsa. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Nasbah Jusoh (gambar) berkata, polis sehingga kini menerima dua laporan mengenai kes itu.

Katanya, sindiket itu dianggotai empat orang terdiri daripada tiga lelaki Cina dan seorang lelaki Melayu berusia antara 30 hingga 40-an. “Mereka dipercayai bergerak di seluruh negara bagi mengelak dikesan dengan menyasarkan pesara dan warga emas yang menjalankan perniagaan sendiri,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, dalam kes terbaharu Sabtu lalu, seorang pesara kerajaan berusia 58 tahun yang menamatkan perkhidmatan April lepas kerugian RM60,000. Katanya, anggota sindiket terbabit menghubungi mangsa pada 15 Julai lalu dan mengadakan perbincangan mengenai perniagaan burung walit dan penjualan tanah pada 5 Ogos lepas. “Mangsa diperdaya dengan kata-kata manis selain menawarkan penjualan tanah di Johor pada harga murah bagi tujuan projek burung walit itu,” katanya.

Beliau berkata, esoknya mangsa menghubungi anggota sindiket terbabit, namun gagal menyebabkan dia membuat laporan polis. Katanya, kes pertama pula melibatkan seorang warga emas berusia 70 tahun yang menjalankan perniagaan sendiri dan dia kerugian RM35,000.

Jika ada yang berminat untuk menceburi bidang ternakan ini. Lebih baik anda merujuk kepada Jabatan Pertanian dan Jabatan Haiwan bagi mengetahui proses untuk mendapatkan lesen menternak burung walit.  Ya. Ternak burung walit sudah ada lesen. Mereka yang menternak tanpa lesen boleh dikenakan tindakan undang undang. Ia adalah kerana terdapat garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi jika ingin membuka rumah burung walit seperti lokasi, sistem bunyi dan sebagainya.

Jika anda didekati oleh mereka yang meragukan tentang perniagaan dan penternakan burung walit ini. Anda boleh buat laporan polis. Mungkin ada diantara ahli sendikit penipuan sedang mencari mangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • burung walik
  • cara menternak burung layang-layang
  • skim burung walit

Comments

Pin It
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App IDotherwise your plugin won't work.

One thought on “Penipuan Penternakan Burung Walit @ Layang Layang

  1. Pingback: Buat Bisnes Burung Walit - Blog Perniagaan Internet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>