Penipuan Skim Perumahan PRIMA

Nampaknya pelbagai jenis penipuan telah berlaku. Dalam akhbar hari ini berkenaan dengan penipuan yang mengunakan nama PR1MA iaitu inisiatif kerajaan untuk membangunkan perumahan mampu milik. Dikatakan jumlah penipuan ini melibatkan kerugian berjuta ringgit.

Mereka yang kononnya boleh membeli rumah PR1MA pada harga yang murah di kawasan yang bernilai tinggi dan ingin menjualnya. Setakat ini rasanya belum ada rumah PR1MA yang mula dibina. Jika anda menemui ada pihak yang mendakwa ingin menjual rumah PRIMA ini. Buat laporan polis agar mereka dapat dibawa kemuka pengadilan.

Berikut adalah kenyataan daripada CEO PR1Ma berkenaan isu ini,

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) hari ini menyuarakan rasa marah dan bimbang dengan tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama perbadanan itu untuk menipu orang ramai membeli rumah di bawah kendaliannya sehingga mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, pihak terbabit menggunakan nama program ‘Perumahan Mampu Milik 1Malaysia’ bagi mempengaruhi mereka yang amat berkehendakkan rumah yang sedikit sebanyak mencemarkan imej PR1MA.

– Sumber Utusan Malaysia

Setakat ini polis telah menerima 2 aduan berkenaan penipuan ini. Jika anda salah sorang mangsa, mohon buat laporan polis dengan segera. Berikut adalah kenyataan akhbar berkenaan kes ini yang salin daripada Utusan Malaysia:

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd. Ghany berkata, kedua-dua laporan itu dibuat pada 18 April dan 5 Disember tahun lalu.

Menurut beliau, laporan pada 18 April lalu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini yang mana mangsa berusia 45 tahun me­rupakan seorang pengarah syarikat telah ditipu sebanyak RM600,000 oleh beberapa pengarah syarikat sebuah koperasi di Putrajaya sebagai wang memulakan sebuah projek perumahan PR1MA di Baling, Kedah.

“Mangsa telah pun membuat pembayaran pendahuluan selepas berurusan dengan beberapa pengarah daripada syarikat koperasi ber­kenaan namun apabila membuat semakan semula dengan Majlis Daerah Baling, mendapati tiada projek PRIMA dipohon seperti mana perjanjian.

“Untuk mengesahkan lagi se­kali, mangsa pergi semula ke syarikat tersebut dan mendapati syarikat tersebut telah ditutup dan kesemua pengarah syarikat menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Izany memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau seterusnya berkata, laporan pada 5 Disember pula dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini yang mana seramai 137 orang awam menjadi mangsa ditipu oleh seorang pengarah syarikat yang didapati pecah amanah wang pembayaran Rumah PR1MA Alam Damai.

“Laporan polis telah dibuat seorang lelaki iaitu ejen hartanah yang dilantik suspek bagi mencari pelanggan yang ingin memiliki rumah PR1MA dengan syarat membayar wang pendahuluan seba­nyak RM2,000 setiap permohonan.

Utusan Malaysia

Seramai 137 orang telah ditipu dengan menjual lot rumah PR1Ma. Nampaknya bukan sahaja emas yang banyak menyontot orang sekarang ni. Jual beli rumah pun dah mula menyontot orang dengan pelbagai skim tipu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • pengalaman beli rumah prima
  • berjaya dapat rumah prima
  • isu penipuan rumah prima
  • abdul muttalib penipu
  • harga rumah prima alam damai
  • kes tipuan dengan projek
  • pengalaman rumah prima
  • rumah prima
  • skim sewa beli prima 2016

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.