Penipuan Spekulasi Dinar Iraq


Spekulasi tentang dinar Iraq ini saya dengar sejak 2005 lagi. Hari ini saya ditanya dengan soalan yang sama. Adakah ia benar atau tidak?

Saya ada dapat offer beli 2500 dinar iraq pada harga rm150. Katanya, nilai dinar akan naik mendadak lepas IMF dan lain2 badan dunia isytihar sekatan ekonomi iraq ditarik balik. Nilai 2500 dinar akan bersamaan rm300,000.

Betulkah dakwaan ini? Atau berasaskah?

Ia adalah spekulasi yang tidak berasas. Malah saya boleh kategorikan sebagai menipu sebab keadaan di Iraq tidak seperti yang berlaku pada Kuwait. Peranan kuasa besar ketika itu tidak begitu aktif. Kini ISIS pula telah mengambil alih 1/4 negara Iraq.

Situasi di Kuwait juga berbeza kerana rezab minyak di Kuwait sangat banyak berbanding di Iraq dan jumlah penduduk Kuwait hanya 3 juta berbeza dengan Iraq seramai 33 juta orang dan bergantung kepada pinjaman pada IMF untuk survive. Iraq menyerang Kuwait kerana nak mendapatkan telaga minyak yang terdapat di Kuwait. Hasil minyak Iraq kemana? Ia disedut US dan sekutunya seperti hak mereka sendiri..

Jadi adakah dinar iraq akan naik mendadak? Tidak sama sekali!

Situasi politik di Iraq juga tidak menentu. Pentadbiran Syiah di Iraq telah meniayai masyarakat Sunni di sana. Bom berlaku di sana sini. Ia ditadbir dengan teruk sekali. Malah hasil minyak Iraq entah kemana perginya sebab US mengawalnya.

Berapakah nilai 2500 Dinar Iraq jika dibandingkan dengan duit Ringgit kita yang sedang menyusut sekarang?

dinar iraq vs rm

Inilah nilai Dinar jika dibandingkan dengan RM pada 19hb Februari 2015, pada hari Tahun Baru Cina. Ia hanya RM7.80. Ada pula yang nak menjualnya pada harga RM150?

Itu mencari bala.

9 Sebab Anda Tak Patut Beli Dinar Iraq

1.  Kerajaan Iraq sedang mengalami kejatuhan. 1/4 IS sudah tawan dan tiada tanda untuk pulih.

2.  Ekonomi Iraq sedang kelemasan.

3.  Dinar Iraq tidak didagangkan di Pasaran Tukaran Asing Antarabangsa

4. Dinar Iraq hanya boleh digunakan di Iraq

5. Banyak Negara sudah mengeluarkan amaran tentang Penipuan Dinar Iraq

6.  Matawang Dinar mungkin tidak sah pada masa akan datang.

7. Dinar Iraq dikeluarkan secara besar besaran. Nanti nak beli teh secawan perlu bawa 1 lori duit dinar.

8. Inflasi di Iraq sangat tidak menentu.

9. Nilai Dinar semakin menyusut setiap hari.

Sumber : Investopedia

Boleh search Iraqi Dinar Scam kat google. Ada banyak laman web pelaburan membincangkan tentang perkara ini. Mereka semua mengatakan jangan beli dinar iraq. Jadi cari pasal dengan membeli dinar iraq pada harga yang tinggi.

Ia hanya spekulasi yang takkan terjadi berdasarkan keadaan semasa di Iraq.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • dinar iraq tipu
  • penipuan dinar iraq
  • dinar iraq
  • dinar iraq terkini 2016
  • dinar iraq terkini
  • dinar iraq tipu 2015
  • bila dinar iraq akan rv
  • skim dinar iraq
  • kesahihan dinar iraq
  • apa itu duit dinar
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 8

  1. yukaman February 20, 2015
  2. sham February 21, 2015
  3. kiddd February 21, 2015
  4. sham February 23, 2015
  5. Ahmad Helmi April 10, 2015
  6. Fadzil January 3, 2016
  7. Johat August 7, 2016
  8. Zack January 22, 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!