Perbezaan Kopi Radix Asli dan Radix Tiruan

Saya pernah tengok kopi radix tiruan ini ketika di Taiping beberapa tahun lepas. Namun, tidak mengemabil kisah tentang perkara ini. Jenama HPA sememangnya merupakan antara syarikat MLM yang patuh syariah yang paling berjaya. Di Malaysia tidak banyak syarikat MLM yang patuh syariah.

Apabila Kopi Radix keluaran HPA (Al Wahida Marketing Sdn Bhd) mula mendapat sambutan, kopi ini mula diciplak dengan desain yang hampir sama. Cuma apa yang ditambah pada pakejing ialah Master. Ketika menetap di Taiping beberapa tahun lepas, kopi ini ada dijual di pasar malam. Yang menjualnya ialah orang Melayu juga. Mungkin masa tersebut mereka menyangka ia daripada syarikat yang sama walhal kopi tiruan ini dihasilkan di Taiping sendiri.

radix tiruan

Radix Tiruan

Daripada pakejing, kopi Master Radix ini hanya dihasilkan oleh syarikat berstatus bisnes (enterprise) berdasarkan nombor pendaftaran bisnes iaitu IP0292670-X. Ia bukanlah syarikat berstatus syarikat Syarikat. Dari segi jaminan kualiti, pastinya tidak dapat menandingi HPA yang mempunyai kilang di Perlis dan Kedah.

Apa yang lebih mengejutkan ialah Logo HALAL yang digunakan adalah PALSU. Saya telah membuat carian di laman Direktori JAKIM dan mendapati Master Radix tidak pernah memohon sijil halal daripada JAKIM. Bagaimana mereka boleh meletakkan logo HALAL pada pakejing mereka?

Saya berharap pihak berkenaan boleh membuat pemeriksaan diatas sijil halal kopi ini.  Mereka bukan sahaja menciplak produk yang dihasilkan oleh orang Islam, kemudian mengunakan Logo Halal yang tidak diiktiraf oleh JAKIM.

Bagaimana dengan HPA?

Saya menemui rekod sijil Halal yang dipohon oleh HPA. Anda boleh rujuk di http://www.halaljakim.gov.my/

Direktori Halal JAKIM

Direktori Halal JAKIM

Ini membuktikan produk HPA adalah disahkan HALAL. Manakala produk ciplak iaitu MASTER RADIX adalah tidak disahkan halal oleh mana mana badan yang bertanggungjawab. Sebelum ini negara digemparkan dengan Kopi yang mengandungi bahan daripada babi dimasukkan ke dalam kopi Kluang Rail Coffee yang majoriti diminum oleh pelanggan berbangsa Melayu dan Islam.

Bagaimana pakejing HPA yang ASLI?

Mudah sahaja. Pastikan ianya mempunyai logo HPA. Ia bermakna ia adalah Kopi Radix asli yang dihasilkan mengikut kaedah IMP atau Islamic Manufacturing Practical. Antaranya pekerja yang sedang bekerja diwajibkan dalam keadaan berwuduk dan berpakaian yang bersih.

Radix Asli

Radix Asli

Motto untuk Kopi Radix Asli juga ditiru. Yang asli ialah MAI SECAWAN manakala master radix meniru dengan MAI SATU LAGI.

Jika anda menjumpai kopi tiruan ini, jangan dibeli kerana kandungannya yang meragukan dan mengunakan logo halal tidak sah. Jika mereka yang berniaga, elakkan daripada membeli kopi Master Radix diatas sebab ini. Mereka tidak pernah memohon sijil halal, tetapi meletakkan logo halal untuk mengelirukan pengguna Islam.

Mohon sebarkan artikel ini. Dan sokonglah keluaran umat Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • kopi radix tiruan
  • kopi radix
  • kopi radix palsu
  • radix tiruan
  • radix
  • beza kopi radix tiruan
  • kopi radix hpa palsu
  • perbedaan kopi radix asli dan palsu
  • kopi master radix
  • kopi radix asli dan palsu
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. sayacomel June 30, 2011
  2. sham June 30, 2011
  3. alamonline July 11, 2011
  4. sham July 11, 2011

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.