Saya Nak Bagi 35 Juta Dollar. Anda Nak Tak?


Best tak tajuk tu? Hehehe. Sebenarnya itulah taktik yang digunakan oleh Nigerian Scammer untuk menipu dan mencari mangsa mereka. Dibawah adalah contoh email mereka:

nigerian scammer

Rasanya ramai yang pernah terima email sebegini. Mereka akan cakap mereka lawyer atau kenalanĀ  kepada pegawai bank la, jutawan la, menteri la dan pelbagai lagi orang kaya. Mereka akan cakap mereka ada maklumat tentang duit yang tidak dapat dituntut “tokoh” terbabit danĀ  cara untuk mendapatkannya.

Mereka akan meminta tolong daripada kita & sanggup beri beberapa peratus daripada duit yang berjuta tu. Apa yang akan berlaku kemudian?

Mereka akan meminta wang yang kononnya untuk bayaran menyelesaikan masalah bagi mendapatkan wang yang berkenaan. Bila mereka dah dapat wang tersebut daripada anda, mereka terus senyap atau cuba untuk mendapatkan lagi wang daripada mangsa mereka dengan menyatakan wang yang diperolehi masih belum mencukupi. Sekali lagi ada yang membayar akan tertipu.

Begitulah cara mereka beroperasi. Ada scammer ini yang lebih extreme sehinggakan memberikan cek kepada mangsa mereka untuk menambah kepercayaan mangsa kepada mereka.

CHEQUE

Sebenarnya cek tersebut adalah cek tendang dan tidak bernilai. Burkina Faso merupakan antara negara termiskin di dunia. Mereka boleh beri USD930,000 kepada anda. Bagi mereka yang tak tahu, pasti akan tertipu apabila rambang mata.Cek diatas adalah cek sebenar yang diterima daripada seorang yang bertanya kepada saya tahun lepas.

Bank setiap negara boleh mengeluarkan cek dalam bentuk matawang negara mereka sahaja. Jika di Malaysia, cek kita mestilah dalam matawang RM. Jika anda tulis cek dalam USD, pasti ia akan ditolak.

Jadi hati hati ye. Abaikan email yang nak berikan wang kepada anda. Delete je terus email berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • cek tendang
  • contoh cek tendang
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.