Scam Alert: Buat Duit Dengan Survey


Saya dah menerima beberapa pertanyaan mereka tentang buat duit dengan survey ini. Rasanya dah tiba masanya saya masukkannya dalam kategori scam kerana ia dimanipulasi yang kononnya mereka mendapat ribuat ringgit daripada survey. Malah ada yang memberikan screen capture paypal mereka.

Saya meraguinya kerana screen capture boleh dimanipulasi dengan Photoshop.Mereka yang mahir dengan Photoshop boleh mengubahnya dan menunjukkan “pendapatan” ribuan dollar mereka. Walau bagaimana pun, mereka yang mahir dengan Photoshop juga boleh mengesan kecacatan pada gambar yang diubahsuai. šŸ˜›

Adakah buat duit boleh dipercayai? Boleh ke buat duit dengan survey? Jawabnya boleh. Tetapi kebanyakan program survey ini hanya membayar mereka yang berada di US dan negara berkenaan sahaja. Jika anda dari Malaysia, menyertainya. Kemungkinan anda tidak akan dibayar atau tiada survey untuk anda.

Jadi boleh ke kita buat duit dengan mengisi survey ni?

Boleh la skit skit. Tapi nak dapat ribuan ringgit memang tipis la. DapatĀ  USD1 tu boleh la.

Malah anda yang mengatakan program survey di internet adalah scam. Yup. Mungkin jugak. Saya dulu pernah jugak pernah join program survey ini. Berpuluh puluh servey yang saya isi, dapat usd1 je. Buang masa jek.

Sesetengah survey percuma hanya memberikan point atau tiket untuk cabutan bertuah. Kalo nasib baik, terkena cabutan bertuah. Dapat la USD100 sebagai contohnya. Setakat saya tengok belum ada dari Malaysia yang dapat cabutan bertuah tu. Nampak sangat kan?

Pendapatan lumayan menerusi survey secara percuma tanpa modal?

Scam je tu.

Boleh dikatakan buang masa anda je. Kalo ada yang bayar pun, segelintir survey je.

Ada juga panduan buat duit dengan survey yang berada di pasaran menyarankan kita apply dengan alamat US. Boleh jugak tu. Tapi anda perlu sewa virtual address atau virtual office la.

TETAPI….

Diorang still boleh kesan kita berada di Malaysia menerusi IP Address kita yang berada di Malaysia. Mungkin tiada survey yang akan dihantar ke email kita untuk kita isi. Kalo ada tu, nasib la yek. Rezeki anda la tu.

SARANAN SAYA….

Elakkan dari program survey sebegini. Anda perlu mengkaji terlebih dahulu. Buat carian terlebih dahulu tentang sebarang program survey tersebut. Inilah kelebihan dunia tanpa sempadan di internet. Anda boleh tahu apa sahajaĀ  terutamanya program berkenaan scam atau tidak.

CARANYA….

Taip la kat google ” nama program scam”. Contohnya “surveyscout scam”, pasti ada orang yang menulis tentang keburukan atau ketidakpuas hatian mereka terhadapĀ  sesuatu terutamanya benda yang betul betul scam. Anda boleh tahu samada program survey yang anda sertai adalah tipu/scam atau tidak.

LINDUNGI HAK ANDA….

Jika anda tidak berpuas hati. Anda minta duit kembali. Jangan jadi penderma. Ini adalah kerana jika mereka mengatakan bahawa MONEY BACK GUARANTEE. Mereka perlu mengembalikan wang anda jika anda tidak berpuas hati dengan maklumat yang anda dapat. Kalau mereka enggan pulangkan duit anda, anda boleh buat laporan polis.

Atau terus ke KPDNHEP berdekatan untuk membuat tuntutan atau laporan. Mereka akan sarankan jabatan kerajaan mana yang boleh membantu anda. Dengan ini, anda membantu agar orang lain tidak tertipu dengan program berkenaan.

NASIHAT AKHIR…

Jangan beli ebook atau sebarang produk di internet jika penjual tidak mendedahkan identiti mereka. Ini adalah kerana mereka berkemungkinan hanya untuk “kapur” duit anda. Lepas dapat duit anda terus biarkan anda dalam dunia anda sendiri tanpa sebarang bantuan.

Walaupun laman web mereka mengujakan dengan testimoni yang sangat mengiurkan. Pendapatan USD3000 dalam masa 1 hari. Ia adalah scam semata mata untuk menarik minat anda dan juga mereka yang terdesak dengan masalah kewangan.

Elakkan daripada ditipu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • survey2u
  • survey2u biz penipu
  • survey2u penipu
  • survey2u betul ke
  • survey2u biz
  • survey2u tipu
  • survey2u review
  • survey2u biz review
  • www survey2u biz
  • survey2u boleh percaya ke
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 11

  1. anna May 30, 2009
  2. JohanMasran May 31, 2009
  3. sheffezen June 3, 2009
  4. mohdsabree August 25, 2009
  5. jee August 9, 2013
  6. sham August 17, 2013
  7. ruby raudhah September 11, 2014
  8. salmi October 16, 2014
  9. Atikah April 20, 2017
  10. sham April 20, 2017
  11. Atikah April 20, 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.