Scam Alert: CIMB Low Rate Transaction Fee

Scammer sekarang ni memang sentiasa mencari mangsa dengan cukup kreatif. Terbaru yang saya terima ialah mengatakan bahawa

CIMB Low rate transaction fee bagi interbank transfer atau IBG. Pada kebiasaannya yuran bagi perkhidmatan ini adalah RM2, scammer ni menawarkan fee hanya RM1.

Mereka mengekspoitasi tawaran yang dibuat oleh CIMB dengan menghantar email yang  mengandungi link phising bagi mencuri password dan username perbankan internet CIMB.

Ini adalah URL phising yang dikesan pada email berkenaan.

Jika anda menerima email sebegini, abaikan atau terus delete. Jangan berurusan dengan perbankan internet menerusi link dari email.

Pastikan URL bank anda adalah yang betul seperti

Maybank – www.maybank2u.com.my

RHB – www.Rhb.com.my

Cimb – www.cimbclicks.com.my

dan sebagainya. Jangan klik jika anda melihat URL yang mengandungi domain dan URL yang lain selain dari bank anda walaupun antaramukanya adalah sama seperti laman web bank anda.

Saya berharap anda berhati hati ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.