Scam Alert: Lottery Scam Kini Di Facebook


Biasanya scammer mencari mangsa menerusi emel. Hari ini saya ada menerima satu mesej di Facebook yang mengatakan saya telah menang 500,000 Pound Sterling. Pak cik kayo… Hehehe

Tetapi ia merupakan satu taktik baru scammer mencari mangsa. Mereka mula mengunakan media sosial untuk mencari mangsa mangsa terbaru. Bagi mereka yang masih baru, pasti ada yang tertipu.

Ayatnya mudah je:

You have been granted Five Hundred Thousand Great British Pounds as a facebook user, send email to facebookdesk2011@live.co.uk

Dr Patrick Peterson.
Facebook Team.

Mereka biasanya guna nama seperti DR agar meningkatkan kredibiliti penghantar atau scammer ini. Sebab sesetengah mangsa menganggap ia adalah benar kerana ada nama doktor didepannya. Dibawah adalah gambar mesej yang dihantar kepada saya.

Fb lottery scam

FB lottery Scam

Dengan FB sebenarnya kita boleh buat laporan jika ada penggunanya melanggar terma penggunaan Facebook. Apa yang perlu anda buat ialah klik pada nama orang tersebut. Jadi dalam gambar diatas ialah FBdesk Claims.

report scam

Report Scam

Kemudian klik pada Report/Block This Person. Seterusnya pilih la yang mana berkenaan dan tekan butang Continue. Facebook memang akan lambat skit bertindak. Tetapi jika ramai yang membuat laporan, akaun tersebut akan ditutup. Saya risau sebelum akaun tersebut ditutup, mereka sempat menipu beberapa orang.

Jadi saya berharap agar tidak tertipu dan terpedaya dengan pelbagai helah scammer ini. Semoga post pendek ini memberi manfaat kepada anda. Anda boleh tekan butang Share dibawah untuk membantu agar tiada rakan rakan anda yang tertipu dengan penipuan ini.

Jangan lupa share ye. 🙂

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!