Scam Alert: Maybank Phising Email (Critical-Problem)

Visited 1 times

April 22, 2009 · 6 comments

in Scam Alert

Hari ini terdapat satu lagi email phising yang kononya daripada Maybank2u. Memang semakin galak “Nigerian Scammer” sekarang ni. Jika dilaut, lanun dari Somalia. Tetapi di internet, ia dari negeria. Ia juga mungkin dari orang nigeria yang berada di Malaysia. Sebab itulah mereka focus untuk menipu penguna Maybank2u.

Ini adalah email scam berkenaan:

m2u-scam-alert

Url ataupun laman web phising pulak ialah

phising-url

Harap anda berhati hati agar tidak klik link tersebut kerana dikuatiri mengandungi spyware yang boleh mencuri maklumat perbankan anda. Anda jangan risau kerana ia bukannya daripada bank berkenaan. Akaun anda tidak menghadapi sebarang masalah.

Ia sebenarnya email phising bagi bertujuan untuk mendapatkan maklumat sulit perbankan seperti Username dan password anda. Jika dijangkiti spyware, mungkin lebih banyak maklumat sulit anda boleh dicapai oleh scammer berkenaan.

Jadi berhati hati la ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share

Comments

Powered by Facebook Comments

{ 6 comments… read them below or add one }

Alkisah June 29, 2011 at 10:24 pm

saya selalu juga dapat email macam ni tapi yang ni amat memeranjatkan saya..bukan nak menuduh tapi bila saya klik url yang diberi
https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login

ke sini tujuannya
http://www.bagaimana-nak.com/update/mbb/infomation/
dan bila saya lihat induk websitenya
http://www.bagaimana-nak.com/
saya amat terkejut

kemudian saya isi borang optin dan sah nama di depan sama dengan nama autoresponder.

sham June 30, 2011 at 8:56 am

Url asal ke laman tu kot. Boleh berikan print capture tak. Ia sebenarnya salah dari segi etika pemasaran. Saya kena muaz hadi tu..takkan dia yang buat.

Alkisah June 30, 2011 at 2:41 pm

Saya pun tak percaya juga.. saya hantarkan url download images melalui ruang contact. Bro boleh lihat sendiri. saya juga boleh foward email tu jika nak.

sham June 30, 2011 at 3:19 pm

Rasanya website kena hack kot. Saya pernah kena suatu masa dulu. Macam ni jugak. Nanti saya komfirmkan dengan beliau.

Alkisah June 30, 2011 at 4:06 pm

saya yakin beliau tak buat. biasanya penjenayah ni bersembunyi. Rasanya kena hacked tu.

sham June 30, 2011 at 10:42 pm

Muaz baru sahaja reply emel saya. Komputer beliau diserang trojan menyebabkan laman web beliau digodam. Nanti dia buat semakan balik kandungan laman web beliau.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: