Scam Alert: Penipuan Menerusi Facebook


Facebook merupakan satu trend terbaru kepada ramai orang hari ini untuk berkomunikasi. Jutaan orang menyertai dan mengunakannya untuk bersosial. Ini menjadikan facebook tempat yang popular untuk penipuan. Lagi besar komuniti tersebut, lagi tinggi ia untuk disalahgunakan.

Terbaru ialah email dan facebook usahawan internet Malaysia iaitu Sabri Saifulsham telah diceroboh masuk. Malah hacker ini telah mengunakan untuk melakukan penipuan ala ala taktik nigeria. Tetapi ia mengunakan alamat di London, UK. Ini adalah email yang berkenaan:

Sumber: saifulsham

Ia mungkin terjadi kepada sesiapa sahaja walaupun pakar. Apatah lagi mereka yang kurang pengetahuan dalam bidang IT. Hacker mungkin akan mengunakan identiti anda untuk menipu jika berjaya mengodam email dan juga facebook anda. Mungkin rakan rakan anda tertipu kerana menyangka apa yang terjadi adalah betul.

Bagi kes Sabri diatas, beliau menyedari apa yang berlaku. Walaupun berjaya dapatkan kembali akaun Facebook beliau, tetapi hacker tersebut membuat laporan bahawa Sabri yang hack akaun tersebut menyebabkan Facebook bekukan akaun beliau.

Scammer memang licik untuk menipu orang. Mereka boleh guna segala macam kaedah dan sangat profesional sehingga ada yang tertipu.

Begitu juga mengunakan application yang terdapat di Facebook. Jika pereka application ingin mengambil kesempatan, banyak akaun facebook boleh diambil alih kerana ia memerlukan kebenaran untuk access akaun kita. Begitu juga laman web phising Facebook yang digunakan untuk mencuri username dan password facebook.

Diharap dengan pendedahan ini, anda dapat lebih berhati hati agar ianya tidak terjadi kepada anda. Ini adalah kerana semakin canggih sesuatu sistem, semakin canggih juga lah scammer untuk mencari mangsa mereka.

p/s: < Keyword “facebook hack” merupakan antara keyword yang terkenal di enjin carian. Ia menunjukkan ramai scammer berminat untuk mencari mangsa di sana.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. saifuddin February 8, 2010

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.