Scam Alert: Penipuan Pelaburan Penternakan Layang Layang

Visited 1 times

May 11, 2010 · 12 comments

in Scam Alert

Keratan artikel dari Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 10 Mei – Penipuan membabitkan skim pelaburan burung layang-layang yang mencecah nilai RM400,000 terbongkar selepas Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melakukan serbuan ke atas premis Aeroswift Consultancy Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Kulim, Kedah.

Menurut kenyataan SSM, modus operandi syarikat tersebut ialah menawarkan penjualan lot pelaburan rumah burung layang-layang kepada orang awam tetapi hak pengurusan dipegang syarikat.

“Syarikat ini menjanjikan pulangan kepada peserta dengan pembahagian keuntungan mengikut nisbah 80:20.

“Peserta skim berkenaan juga diyakinkan dengan nilai penjualan kasar sarang burung yang kononnya boleh mencecah nilai RM120,000 sebulan sekiranya pelaburan maksimum dilakukan,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, siasatan kes tersebut dibuat mengikut peruntukan Seksyen 84(1) dan Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965.

Serbuan itu dibuat setelah pemantauan berterusan selama beberapa bulan terhadap syarikat itu.

Utusan Malaysia

Update: Sepengetahuan saya, syarikat berkenaan memang buat bisnes burung layang layang. Training pun ada. Saya tak pasti kenapa ada aduan pasal mereka. Mungkin cubaan sabotaj dari pesaing? Saya tak rasa ada penipuan yang berlaku oleh Syarikat Aerowswift tersebut.

Syarikat tersebut adalah antara syarikat Melayu antara yang paling berjaya dalam penternakan burung layang layang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share

Comments

Powered by Facebook Comments

{ 12 comments… read them below or add one }

bapak walet May 11, 2010 at 5:50 pm

to wm, kalau tak tau berita sebenar jangan pandai-pandai nak komen apa-apa..
dan tolong jangan percaya dengan akhbar yang suka buat berita sensasi dlm kes ini, u cari dahulu maklumat sebenar..

sham May 12, 2010 at 11:11 am

biarlah pihak berkenaan siasat dulu. kalau betul, ada la pendakwaan nanti. kalau tak, kes tutup & syarikat berkenaan boleh buat biz sperti biasa. Siasatan/serbuan dibuat apabila ada orang buat laporan.

sham May 12, 2010 at 11:15 am

biarlah pihak berkenaan siasat dulu. Serbuan/siasatan akan dibuat apabila ada laporan daripada orang ramai. kalau salah, ada la pendakwaan akan dilakukan. kalau tak bersalah, syarikat berkenaan akan bebas melakukan perniagaan.

akhbar hanya melaporkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa.

lagipun zaman sekarang, macam macam boleh terjadi. Kalau tak bersalah, tak perlu takut. Siasatan adalah satu prosedur biasa yang akan dilakukan apabila terdapat aduan.

sham May 12, 2010 at 11:22 am

Keratan akhbar utusan hari ini -http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

Semalam, SSM melakukan serbuan ke atas premis Aeroswift Consultancy Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Kulim, Kedah kerana disyaki melakukan penipuan membabitkan skim pelaburan burung layang-layang dengan wang pelaburan mencecah RM400,000.

Azmi memberitahu, SSM secara berterusan akan memastikan syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 tidak mengambil deposit daripada orang ramai kerana ia merupakan satu jenayah.

Syarikat tersebut disyaki sahaja. Dan proses siasatan masih berjalan. Kalau mereka bersalah, mereka akan didakwa. Ia akan berlaku kat mana mana syarikat yang ambik deposit untuk pelaburan tertentu. Mungkin dah banyak kes yang hampir sama sebelum ni. Jadi pihak berkuasa akan melakukan siasatan kat mana mana syarikat yang ambik duit deposit/pelaburan.

smartzul May 12, 2010 at 11:40 pm

Sham, saya kenal salah seorang pemilik syarikat itu. Beliau salah seorang pelanggan ebook saya. Setakat yang saya kenal peribadinya, beliau orang yang jujur. Wallahu ‘alam.

Baca di blog beliau untuk cerita sebenar:

http://www.kamalswift.com/blog/?p=1585

Jika melayari blog beliau, banyak informasi yang didedahkan seperti tapak bisnes, malah maklumat beliau pun diletakkan (foto dan no tel).

Saya rasa, tindakan Utusan mendedahkan nama syarikat sebelum siasatan habis dibuat adalah satu KESILAPAN BESAR. Utusan perlu memohon maaf agar nama syarikat tidak dipandang negatid dan tercalar. Aishh…

ps. Utusan memang suka sensasikan cerita. Contohnya PLKN. Budak berdarah tamgan sikit jer, tapi kata tangan hampir putus. Hoho..

sham May 13, 2010 at 1:23 am

hehehe tula media zul. kalau metro lagi teruk. cerita dalam kelambu pun abis diselak.

Mungkin apa yang terjadi adalah tindakan sabotaj dari pesaing. SSM hanya akan buat lawatan/siasatan jika ada aduan.

harap apa yang berlaku tak melemahkan semangat mereka.

UMMI December 27, 2010 at 8:50 pm

Saya ada satu syarikat yang saya syak mereka juga jalankan perniagaan lebih kurang sama, penipuan macamni.

SYARIKAT TOPNET DIVERSIFIED,
158-2-3, KOMPLEKS MALURI, JLN JEJAKA, TAMAN MALURI CHERAS KL.

NAMA MANAGER: MR.LEE.
HP:(010-2200434, 0102200432,012-3199053, 017-8825124, 016-3371261)

DIA MENAWARKAN PAKEJ PERCUTIAN 3 HARI 2 MALAM, BILA PERGI JUMPA DIA, DIA PROMOTE UTK JOIN JADI PARTNER BISNES SARANG BURUNG LAYANG2. TAPI KENA SERTAI PD HARI TU JUGA, DENGAN BAYAR DEPOSIT. SEPATUTNYA DEPOSIT KENA BAYAR RM5000. KEMUDIAN DIA SURUH KITA BUAT PINJAMAN SEBANYAK RM25,000 DENGAN BANK. DIA ADA SARANKAN BANK RAKYAT, SIAP SEDIAKAN BORANG UTK ISI. DIA CKP KALAU TAK NAK JOIN, DEPOSIT TU DAPAT BALIK. TP BILA SAYA UBAH FIKIRAN KATA XDAPAT JOIN, DIA LANGSUNG LOST CONTACT. CALL XPERNAH NAK ANGKAT, DAN ADA STAFF DIA YANG TERUS TUTUP HP. SAYA TELAH KE KEDAI ALAMAT TERSEBUT UTK CEK KEDAI ITU, TP DAPATI TELAH TUTUP DAN LANGSUNG TIDAK DIBUKA. MEMANG DASAR PENIPU. SAYA YAKIN DIA JALANKAN BISNES MENIPU ORANG. MINTAK TOLONG SSM SIASAT HAL INI. YG PENTING SAYA TAKNAK ORANG LAIN TERUS TERTIPU, SEBAB SAYA ADA BACA DALAM INTERNET (LAMAN WEB TAK INGAT) RAMAI LG YG TELAH TERTIPU. INI SATU PENGANIAYAAN. KALAU DIA JALANKAN BISNES YANG BETUL, KENAPA LANGSUNG TAK BERI RESPOND BILA DIHUBUNGI. SEKIA TQ.

sham December 29, 2010 at 10:20 am

nampaknya menipuan la tu. Rasanya puan boleh buat laporan kat polis. Dah kira jenayah perdagangan dah tu.

khairul May 3, 2011 at 9:29 am

Saya ada satu syarikat yang saya syak mereka juga jalankan perniagaan lebih kurang sama, penipuan macamni.

SYARIKAT TOPNET DIVERSIFIED,
158-2-3, KOMPLEKS MALURI, JLN JEJAKA, TAMAN MALURI CHERAS KL.

NAMA MANAGER: MR.LEE.
HP:(010-2200434, 0102200432,012-3199053, 017-8825124, 016-3371261)

DIA MENAWARKAN PAKEJ PERCUTIAN 3 HARI 2 MALAM, BILA PERGI JUMPA DIA, DIA PROMOTE UTK JOIN JADI PARTNER BISNES SARANG BURUNG LAYANG2. TAPI KENA SERTAI PD HARI TU JUGA, DENGAN BAYAR DEPOSIT. SEPATUTNYA DEPOSIT KENA BAYAR RM5000. KEMUDIAN DIA SURUH KITA BUAT PINJAMAN SEBANYAK RM25,000 DENGAN BANK. DIA ADA SARANKAN BANK RAKYAT, SIAP SEDIAKAN BORANG UTK ISI. DIA CKP KALAU TAK NAK JOIN, DEPOSIT TU DAPAT BALIK. TP BILA SAYA UBAH FIKIRAN KATA XDAPAT JOIN, DIA LANGSUNG LOST CONTACT. CALL XPERNAH NAK ANGKAT, DAN ADA STAFF DIA YANG TERUS TUTUP HP. SAYA TELAH KE KEDAI ALAMAT TERSEBUT UTK CEK KEDAI ITU, TP DAPATI TELAH TUTUP DAN LANGSUNG TIDAK DIBUKA. MEMANG DASAR PENIPU. SAYA YAKIN DIA JALANKAN BISNES MENIPU ORANG. MINTAK TOLONG SSM SIASAT HAL INI. YG PENTING SAYA TAKNAK ORANG LAIN TERUS TERTIPU, SEBAB SAYA ADA BACA DALAM INTERNET (LAMAN WEB TAK INGAT) RAMAI LG YG TELAH TERTIPU. INI SATU PENGANIAYAAN. KALAU DIA JALANKAN BISNES YANG BETUL, KENAPA LANGSUNG TAK BERI RESPOND BILA DIHUBUNGI. SEKIA TQ.

bodoh giler syarikat ni…saudara aku pun ada kena jugak tipu dengan dewang ni..lagi teruk dah labur hampir 40k mula bulan sept 2010.. dewang janji dapat bulan2 rm 750 dgn tanpa buat apa2..ruparupanya dapat sampai dec 2010 je rm750 tu..pastu sekarang bila call tetiba dewang bg tau duit bulan-bulantu xboleh nk bagi sebab manager besar kena tangkap di negara china sebab kes seludup sarang burung tu (setahu aku xda lagi dengar bos besar yang jadi penyeludup-agak2 la menipu woii)..petang ni aku nak pergi serang tempat korang, aku nak mintak duit sedara aku tu.report polis dah buat,..bodoh giler dewangni…cam siallllllllllllllllllll

Zam June 27, 2011 at 4:36 pm

Saya dah berjumpa dng pegawai dari SSM dan beliau menyatakan bahawa memang jelas Aeroswift Menjalankan kegiatan skim kepentingan dan kepada sesiapa yang ingin membuat rujukan bolehlah menghubungi pegawai di bahagian SKIM KEPENTINGAN DI TALIAN 0322995374 (Mr Yow)

leyla July 2, 2011 at 6:16 am

actually,yg topnet diversified t tmpt sye prnh bkerja…sye sdri pn kne tpu..mr lee tu lari xbyr gaji pekerja..nk report polis,takut xckup bukti…yg sye tau,dye ade cawangan di terengganu dan pahang…yg dekat terengganu tu tu,sye ade alamat dye..alamat rumah mr lee tu pn sye ade…pd sp2 yg nk bantu sye,email sye k….sye xtau nk buat ape….sye minx maaf pd spe2 yg sye prnh kol utk dtg ke pjbt tu..sye sgt2 rse bersalah…sye xtau pn syarikat tu menipu…fikir nk kje cri duit je…..tlg bantu sye tangkap mr lee tu…..sye rse geram sgt2….

sham July 2, 2011 at 6:43 pm

Kalau tak bayar, gaji. Buat laporan kat jabatan tenaga kerja. Tentang penipuan, boleh buat laporan polis. Tetapi biar mangsanya yang buat laporan sebab mereka ada bukti lain seperti slip,perjanjian dan sebagainya.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: